Genap sebulan kelahiran puteri sulungnya, pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim kini dilihat kembali aktif melakukan senaman.
Meskipun baru bergelar ibu, ia bukan menjadi penghalang untuk pelakon berusia 41 tahun ini melakukan senaman dengan keadaannya yang kini sedang berpantang.
Bukan semata-mata untuk dapatkan bentuk badan cantik, Sarimah akui senaman ini untuk pastikan stamina badannya bertenaga memandangkan dia dah memasuki usia 40-an.
Kecergasan dan kesihatan dalaman penting dalam lingkungan usia ini dan mana yang boleh dilakukan secara perlahan-lahan tanpa memaksa diri buatkan kita rasa lebih gembira.
Ads
“It’s been 30 days post delivery. So I’ve started to walk around more.
“Gentle light exercises. Starting to feel a bit stronger and more myself..not bad for a 41 year old first time mum i think..
“Thanks to keeping to my workouts for my entire pregnancy plus breastfeeding…my Tummy is almooooost back to pre pregnancy..
Ads
“Pantang food and urut has also helped a lot!. What a journey this is…honestly i dont have much time for any makeup or even choosing a beautifying filter ..
“So you will have to get used to seeing me at my real self even more!!
Sebelum ini, Sarimah sering melakukan senaman di gimnasium untuk kesihatan dirinya dan ketika mengandung pun dia turut aktif sehinggalah minggu terakhir sebelum kelahiran anak.
Sarimah bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 dan dikurniakan permata hati sulungnya YM Tunku Sofia Najihah Tunku Nadzimuddin pada 19 Julai lalu.
Sumber: ig Sarimah Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
HB rendah atau anemia juga turut dihadapi kanak-kanak, tidak hanya ibu hamil. Ia selalunya akan muncul bersama masalah berat badan yang rendah. Sungguh merunsingkan! Ikuti penerangan pegawai dietetik ini.
Betapa resahnya ibu apabila anak menghadapi masalah. Setiap kali pemeriksaan, anak tidak mencapai berat yang sepatutnya mengikut graf yang ditetapkan. Tambah membimbangkan jika ujian darah menunjukkan paras Hb dalam darahnya rendah walau pun suplemen zat besi telah diberikan.
Perkongsian daripada pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri ini diharapkan dapat membantu. Kemungkinan cara pengambilan yang salah dan makanan yang menghalang penyerapan yang menyebabkan Hb si anak tidak naik.
HB low, anak kurang selera makan. Berat pula tak naik. Ibu bapa buntu walau pun dah berikan suplemen yang diberikan
Suplemen yang dibekalkan itu hanya 30% sahaja peranannya untuk naikkan Hb. Mesti elak makanan halang penyerapan zat besi.
4 langkah berikan anak suplemen zat besi. Salah satunya jangan ambil dengan makanan.
Daripada link yang dinyatakan, antara makanan yang kaya zat besi ialah seperti berikut;
Ramai ibu bapa terkejut apabila anak kecil mereka mengalami ekzema sejak bayi, sedangkan mereka merasakan penjagaan sudah dilakukan sebaik mungkin. Hakikatnya, anak kena ekzema bukan sekadar masalah kulit biasa. Ia boleh menjadi petanda awal kepada satu keadaan genetik yang dikenali sebagai Atopic March atau Langkah Atopik.
Jadi, jangan pelik sekiranya ibu mempunyai asma dan ayah pula ada masalah resdung, kemudian anak pula mengalami ekzema. Berdasarkan perkongsian Public Health Malaysia, keadaan ini bukan berpunca daripada “terkenan” atau kesilapan pemakanan ketika mengandung, sebaliknya melibatkan faktor genetik dan sistem imun.
Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa ekzema, asma (lelah) dan resdung (allergic rhinitis) sebenarnya berada dalam satu kumpulan penyakit yang sama, iaitu penyakit atopik. Ketiga-tiganya sering digelar sebagai “tiga beradik” kerana berkongsi punca yang sama.
Punca utama kepada keadaan ini ialah sistem imun yang terlalu sensitif terhadap persekitaran seperti habuk, alergen, perubahan cuaca dan jangkitan virus. Sensitiviti ini pula boleh diwarisi secara genetik daripada ibu bapa. Sebab itu, apabila mak asma dan ayah resdung, risiko anak kena ekzema menjadi lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Atopic March merujuk kepada perkembangan penyakit atopik yang berlaku secara berperingkat mengikut usia. Ia tidak berlaku serentak, tetapi “bergerak” dari satu organ ke organ lain seiring dengan tumbesaran anak.
Fenomena ini penting untuk difahami supaya ibu bapa boleh mengambil langkah pencegahan lebih awal dan tidak hanya merawat simptom semata-mata.
Pada peringkat awal, bayi mula menunjukkan tanda-tanda seperti kulit kering, kemerahan dan gatal. Ini menandakan benteng pertahanan kulit atau skin barrier anak lemah. Keadaan inilah yang menyebabkan anak kena ekzema.
Ekzema ini sebenarnya menjadi “pintu masuk” kepada alergen dan kuman dari persekitaran, sekali gus mencetuskan tindak balas imun yang berlebihan.
Apabila ekzema mula berkurang, masalah atopik boleh “naik” ke bahagian hidung. Anak mungkin kerap bersin pada waktu pagi, hidung tersumbat, gatal atau berair. Inilah fasa resdung atau allergic rhinitis.
Pada peringkat ini, ramai ibu bapa menyangka anak hanya selesema biasa, sedangkan ia sebenarnya berkait rapat dengan sejarah ekzema sebelum ini.
Fasa terakhir Atopic March melibatkan paru-paru. Anak mungkin mula mengalami batuk pada waktu malam, nafas berbunyi atau sesak dada, dan ada yang memerlukan penggunaan inhaler. Ini adalah fasa asma.
Walaupun tidak semua anak kena ekzema akan menghidap asma, kajian menunjukkan risikonya jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak tanpa sejarah ekzema.
Kunci utama dalam mencegah Atopic March daripada menjadi lebih teruk ialah dengan “mengawal pintu masuk”, iaitu kulit anak. Kulit merupakan benteng pertama sistem imun.
Kajian mendapati bahawa jika ekzema bayi dikawal dengan baik sejak awal, terutamanya melalui penggunaan pelembab secara konsisten, benteng kulit dapat diperkuatkan. Ini membantu mengurangkan risiko alergen menembusi kulit dan mencetuskan rantaian Atopic March.
Kesimpulannya, jika mak asma dan ayah resdung, jangan terkejut jika anak kena ekzema. Yang penting, ibu bapa peka, bertindak awal dan konsisten dalam penjagaan kulit anak demi mencegah komplikasi di masa hadapan.
Sumber: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman telah berkongsi satu khabar yang mengejutkan apabila salah seorang anak kembar mereka, Zayyan cedera ringan selepas bibirnya tertusuk besi alat kawalan jauh kereta mainan.
Dipercayai Tergigit Besi
Menurut Syaheera menerusi laman Instagramnya, bibir anaknya iaitu Favian Adrazin Zayyan yang juga pasangan kembar, mengalami kecederaan berkenaan dipercayai akibat tergigit besi tersebut.
Sejurus selepas itu, anak selebriti ini dikejarkan ke hospital bagi membuang besi dan mendapatkan rawatan lanjut.
Selamat Jalani Pembedahan
Kongsi Syaheera lagi, besi tersebut berjaya dikeluaran dan anaknya selamat menjalani pembedahan sekitar 1.30 pagi. Dalam pada itu, dia turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan keselamatan anak mereka.
“Alhamdulillah semuanya selamat dah .1:30 pagi semalam masuk OT. Fully bius sebab dalam keadaan dia sakit memang susah untuk tarik keluar. Doktor jahit balik gusi. Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih yang tak henti-henti tanya dan doakan anak mommy sorang ni”
Selain Zayyan dan pasangan kembarnya, Favian Adrazin Hayyan Fad dan Syaheera yang berkahwin pada 14 Mac 2015 juga dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Sumber: ig Syaheera Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Botol susu polikarbonat boleh mendedahkan bayi kepada risiko BPA apabila terdedah kepada air panas. Ketahui cara penggunaan, penjagaan, pensterilan dan pilihan botol yang lebih selamat untuk bayi.