Setiap kali perkhabaran baru mengenai buah hati rakyat Malaysia ini, Ainul Mardhiah di kongsikan pastinya ramai nak tahu dan teruja melihatnya.
Bukan apa daripada seorang bayi yang diuji dengan penyakit yang jarang berlaku dan kini semakin sihat, ia sesuatu yang sangat mengembirakan buat semua yang pernah mendoakan si kecil ini.
Kini selepas lapan bulan menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) untuk membuang ketumbuhan di mulut, cinta hati rakyat Malaysia ini dah mencecah berat badan sebanyak 6.2 kilogram (kg).
Perkara tersebut dikongsi oleh bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di laman Instagram dengan memuat naik sekeping Ainul Mardhiah.
Menurut Ahmad Safiuddin, pakar nutrisi di UK turut berpesan jangan dibiarkan berat badan Ainul naik mendadak sebaliknya secara perlahan tetapi konsisten.
“Even dietitian ketika di UK dulu pun pesan jangan bagi Ainul naik berat badan secara mendadak sebab bila berlaku perkara seperti itu..
Ads
“…Ainul akan susah nak belajar meniarap dan sebagainya disebabkan berat badannya yang ketara. Lagipun, Ainul jangan membesar laju sangat nanti mama & walid rindu,” tulisnya.
Ads
Rata-rata netizen tidak terlepas memuji dan menitipkan doa supaya Ainul terus membesar dengan sihat.
Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja supaya susu tidak rosak dan menghilangkan segala khasiatnya.
1. Susu ibu yang baru diperah boleh disimpan pada suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.
2. Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajian.
Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.
3. Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 hingga 8 hari didinginkan.
4. Membeku susu ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan.
5. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.
6. Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan.
7. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain.
Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.
8. Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.
Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecoh di laman sosial semalam apabila pengacara popular, Fara Fauzana memuat naik video rakaman antara dia dan anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Dalam rakaman yang menarik dan lucu itu, Fara yang lebih dikenali dengan nama Fafau, mengajukan soalan kepada Aafiyah sekiranya Fafau sepadan jika disatukan dengan penyanyi tersohor, Anuar Zain.
“Aafiyah rasa, auntie Fara dengan uncle Anuar Zain sesuai, sedondon dan secocok tak?
“Kalau auntie Fara dengan Anuar Zain sesuai, goyang kepala,” tanya Fara kepada Aafiyah.
Pada rakaman itu, selepas cubaan pertama gagal mendapatkan jawapan yang diinginkan, akhirnya kali kedua Aafiyah kebetulan menggoyangkan kepalanya sedikit sebagai tanda setuju.
Apa itu ‘High demand baby’? Bagi ibu bapa yang tidak pernah mempunyai bayi yang high need (berkemahuan tinggi) mungkin tidak tahu tentang istilah ini. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Tapi bagi golongan bayi yang berkemahuan tinggi ini, mereka memerlukan perhatian lebih atau lebih tepat bayi yang cerewet.
Sedih saya bila mendengar kisah dan rintihan ibu yang ada high demand baby.
Mak, mak mertua semua bandingkan cucu high demand dengan cucu lain yang mudah di jaga. Sudahlah membandingkan, lepas itu tidak pula menyokong apa yang ibu buat untuk anak. Marah sebab pasang white noise kuat. Marah sebab ibu bedungkan baby dan lock kat tangan. Marah sebab ibu biarkan anak menangis seketika dalam bedung.
Ada yang anak 5 orang, tak pernah ada high demand baby. Lepas tu cakap dekat ibu tu tak pandai jaga anak sebab anak asyik menangis, meraung.
Ada yang cakap anak kena sampuk.
Ibu yang masih dalam pantang makin stress. Rasa malu dengan anak sendiri.Malu nak bawa anak jumpa orang. Malu nak bawa anak ke klinik. Semuanya sebab anak high demand yang kuat menangis.
Saya sangat faham apa yang ibu tersebut lalui. Dengan keadaan masih berpantang, anak high demand…di tambah lagi dengan mulut orang dan keluarga yang tidak memahami dan membandingkan anaknya..
Memang ibu boleh meroyan!!..
Saya nasihati ibu itu.
Jika kita struggle nak layan anak high demand kita, sebenarnya anak kita more struggle. Di dunia yang sangat asing berbanding alam rahim. Dunia yang kejap sejuk kejap panas.. Dunia yang luas.. Semuanya menyesakkan baby kita.
Puan kena usaha juga kenal apa itu high demand baby. Belajar dari consultant tangis bayi. Bila kita faham dan ada ilmu, ia sedikit sebanyak membantu kita berfikiran rasional apabila menghadapi raungan anak dan mulut manusia lain.
Memang ada kalanya kita hilang sabar, tapi ilmu dan kefahaman itulah yang membantu kita untuk berfikiran rasional.
Please abaikan kata-kata negatif orang lain termasuklah kata-kata keluarga.
Anda yang tidak pernah ada high demand baby, kalau tak mampu membantu..tolonglah jangan menambah kata-kata negatif kepada ibu.
-Baby high demand bukan teruk.
-Baby high demand bukan susah dijaga.
-Baby high demand bukan menyusahkan.
-Tapi baby high demand adalah baby special
-Baby high demand anak yang bijak.
Mereka tahu apa yang mereka mahukan. Sebab itulah mereka akan meminta dan berusaha hingga mereka beroleh apa yang mereka inginkan.
Baby high demand anak yang sihat. Walaupun sering menangis dan kuat menangis, tetap dia tetap sihat.
Suatu hari nanti, ibu akan tersenyum bahagia..
Apabila baby high demand tersebut suka tersenyum. Suka sengih.. dan lebih mudah dijaga berbanding baby yang easy going.
Anak saya was high demand baby, dan saya bangga menjadi ibu kepadanya.❤
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.