Masuk hari ke sembilan, penyanyi Ameer Sofarz mendedahkan wajah si comel, permata hati kesayangannya dan isteri yang baru dilahirkan pada 27 Oktober lalu.
Menerusi instagram miliknya, Ameer juga turut mengumumkan nama pilihannya bersama isteri buat puteri sulung mereka. Sebuah nama yang cukup indah, Liana Eldora Delisha.
Bagi mengumumkan nama itu, Ameer turut membingkaskan sebuah video khas dengan koleksi beberapa keping gambarnya bersama puteri kesayangannya itu. Comel sekali.
” Hari ni hari ke-9 saya dilahirkan,” katanya berkongsi di ruangan kapsyen.
Dalam bingkisan ringkas itu, Ameer turut mendoakan moga perjalanan anak kecilnya itu sentiasa dilindungi Allah SWT serta dirahmati dunia akhirat. Semoga si kecil ini menjadi penyambung generasi dan membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.
“Doakan saya menjadi anak yang solehah dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t serta sentiasa dirahmati dunia akhirat. Amin,” katanya lagi.
Ads
Wargamaya teruja tengok pipi
Dalam pada itu, wargamaya dan seluruh peminat Ameer turut melontarkan pelbagai reaksi dengan perkongsian itu. Ramai yang memuji kecomelannya tidak kurang juga yang teruja dengan pipi labuhnya. Cukup comel.
“Ya Allah pipi dia, bambam….”
Ads
“Aamiin..alo lo comeynya dia. Nama pun unik la..auntie doakan semoga awak jadi puteri cantik yang baik hati”
“Kemain lagi pipi dia! Cobet kang! Bape kali bangun malam ni? Good luck yer daddy mummy”
“Comeyl wehhhhhh…tolong cubitkan pipi dier untuk aku”
Terdahulu, Ameer telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015. Kini selepas lima tahun menunggu zuriat, pasangan ini dikurniakan cahaya mata comel, Liana Eldora Delisha.
Saat-saat kehamilan dan melahirkan anak adalah detik yang sangat istimewa buat semua ibu ayah namun tidak dapat dinafikan ianya adalah satu proses yang memenatkan. Namun begitu kepayahan dan kesusahan tersebut seakan hilang dalam sekelip mata apabila anak yang dikandungkan kini berada dalam dakapan.
Bila punya anak kecil, rutin ibu ayah turut berubah sementelah perhatian lebih banyak dicurahkan buat si kecil. Apabila anak lapar ibu susukan, sukar tidur ayah dodoikan, terberak, terkencing ibuayah bersihkan, pendek kata semuanya perlukan pertolongan kerana bayi yang baru lahir tiada kemahiran hidup. Tapi betul ke bayi yang baru lahir tiada kemahiran hidup?
Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
PenciptaanNya sempurna malah dengan sifat-sifatNya, Allah menjadikan manusia dari awal kelahiran lagi penuh dengan kemahiran (survival skill). Survival skils inilah yang membuatkan seorang manusia itu mampu beradaptasi dengan persekitaran baru. Betapa luasnya kasih sayang Allah hinggakan di awal kehidupan pun Allah tak sekali-kali mengabaikan hambaNya, malah Allah lengkapkan lagi dengan kemahiran hidup (survival skill). Dalam istilah sains, survival skill ini lebih dikenali sebagai PRIMITIVE REFLEXES.
🧸APA SEBENARNYA PRIMITIVE REFLEXES?
Primitive reflexes adalah refleks awal yang ada pada bayi sejak dilahirkan. Refleks ini adalah satu tindakan yang dikeluarkan oleh otak apabila menerima stimulus dan dinterpretasi sebagai cetusan pergerakan (respon) tanpa boleh kita kawal. Setiap kali terdapat rangsangan/pencetus (sensory stimulus), bayi secara automatik akan menunjukkan respon tertentu terhadap rangsangan tersebut. Kata kuncinya disini refleks terjadi secara automatik dan tidak boleh dikawal.
Refleks yang paling mudah dan pasti diketahui umum adalah ‘Rooting Reflex’. Rooting Reflex adalah survival skill terpenting untuk manusia kerana kemahiran ini adalah kemahiran untuk mencari rezeki yakni susu bagi bayi. Selagi tiada rooting reflex, selagi tu bayi tak boleh discharge dan perlu sentiasa di bawah pantauan doktor dan medical team yang lain.
Apa rooting reflex ni? Mudah sahaja. Letak jari ditepi bibir bayi, dan perhatikan bayi akan automatik pusing ke arah jari tersebut. Ini kaedah yang biasa para ibu lakukan untuk menguji samada bayi lapar ataupun sudah kenyang. Percaya atau tidak, sebenarnya setiap kali ada stimulus yang menyentuh pipi bayi, tidak kiralah, jari, kain atau bantal sekalipun, bayi tetap akan menjuihkan bibirnya kerana kita sebenarnya telah mengaktifkan rooting reflex bayi tersebut.
Oleh itu, kaedah meletakkan jari ditepi bibir bayi tidak boleh dijadikan indikator untuk mengetahui sama ada bayi lapar atau kenyang. Tak percaya? Cuba letak jari anda walaupun selepas 45 minit menyusukan bayi. Bayi tetap akan menjuihkan bibir ke arah jari anda dan cuba untuk menghisapnya. Kenapa begitu? Sebab susu sikit ke? Atau lekapan bayi salah ke? Bukan! Respon yang dikeluarkan bayi adalah refleks dan ingat, refleks bukan sesuatu respon yang boleh dikawal. Ianya terjadi secara automatik.
🧸FUNGSI PRIMITIVE REFLEXES.
Itu baru satu refleks. Ada banyak lagi refleks yang lain. Primitive reflexes ini dikatakan akan ‘hilang’ setelah bayi membesar namun sebenarnya, ia tidak hilang. Ianya akan ‘bertukar’ (reflex emergence) menjadi pergerakan yang berfungsi (functional movement).
Maksudnya, semakin bayi membesar, setiap refleks ini akan berintegrasi seiring dengan perkembangan otak bayi dan pergerakan luar kawalan itu tadi mula menjadi matang dan berubah menjadi pergerakan yang terkawal. Kenapa begitu? Kerana bayi perlu beradaptasi lagi dengan dunia yang berkembang seiring tumbesarannya.
Sebagai contoh, sekiranya kita meletakkan sesuatu di tapak tangan bayi yg baru lahir, bayi akan automatik menggenggam objek tersebut dengan kuat. Cuba letak jari anda atas tapak tangan bayi, dan lihat bayi akan terus menggenggam jari anda dengan tangan kecilnya.
Tindakan ini dinamakan sebagai ‘Palmar Reflex’. Palmar reflex ini adalah survival skill untuk menggenggam dan skill ini lama kelamaan akan berintegrasi dan membentuk kemahiran motor halus (fine motor skill) atau bahasa mudahnya kemahiran menggunakan tangan. Kita boleh perhatikan di mana sekitar usia bayi 4 bulan, bayi akan mencapai dan menggenggam apa sahaja yang dilihatnya utk dimasukkan ke dalam mulut. Ini bererti palmar reflex tadi sudah pun bertukar menjadi satu ‘fungsi’ yang lain. Kematangan palmar reflex menjadikan bayi mampu belajar untuk memegang objek dan mula bereksplorasi dengan objek tersebut untuk meningkatkan lagi kemahiran hidupnya (skill upgraded).
Sekitar usia 10 bulan, kemahiran tadi akan lebih dipertingkat kerana dalam usia ini bayi akan belajar untuk melepaskan objek di tangannya untuk diberikan kepada orang lain. Biasa kita berikan klu verbal ‘nakkkk..’ atau ‘bakkkk…’ supaya bayi memberikan objek dalam genggamannya kepada kita. Semakin bayi membesar, semakin banyak kemahiran motor halus yang bayi akan pelajari seperti membaling, mencubit, memutar sehinggalah kepada kemahiran menulis dan menggunting.
Sama juga dengan refleks pada kaki yang dinamakan sebagai Plantar Reflex atau nama lainnya Babinski Reflex. Plantar reflex adalah pergerakan jari jemari kaki yang meregang (stretching out) yang dilakukan oleh bayi saat kita menggelikan (stroking) tapak kakinya.
Plantar Reflex akan mula berintegrasi sekitar umur bayi 12 bulan dan membolehkan bayi berjalan dengan ‘grip’ supaya tapak kakinya tidak licin (feet grip on the ground). Ada juga refleks yang akan matang dan berintegrasi menjadi kemahiran merangkak (symmetrical tonic neck reflex; STNR) , ada yang membantu mengawal postur badan dan keseimbangan (tonic labrynthine reflex; LTR), yang membantu untuk kesediaan membaca dan menulis pun ada (assymetrical tonic neck reflex; ATNR)!
🧸APA TERJADI SEKIRANYA PRIMITIVE REFLEXES TIDAK BERINTEGRASI/BERKEMBANG/MATANG (Retained Primitive Reflexes)?
Masalah terlalu memilih makanan (picky eater), masalah mudah hilang fokus ketika belajar, masalah tidak dapat menegakkan kepala ketika menulis, kesukaran membaca, kelemahan koordinasi pergerakan sampai dah darjah 6 tapi ikat tali kasut pun masih terkial, ini semua adalah masalah yang berkait rapat dengan kegagalan primitive reflexes untuk berintegrasi.
Primitive reflexes yang gagal untuk matang akan mengganggu tumbesaran semulajadi kanak-kanak dan menyebabkan masalah pada perkembangan psikomotor dikemudian hari.
Satu kajian terkini yang dijalankan di Poland ke atas 35 kanak-kanak pra-sekolah berumur 4-6 tahun yang sihat mendapati, 35% kanak-kanak mempunyai masalah primitive reflexes yang tidak matang dan tidak berintegrasi dengan baik. Dari sudut perkembangan psikomotor pula, 62% melalui perkembangan yang normal manakala selebihnya mempunyai masalah kelewatan perkembangan (Gieysztor, Choińska & Paprocka-Borowicz, 2018). Itu adalah hasil kajian di negara maju, bagaimana pula dengan keadaan negara membangun seperti Malaysia? Yang pasti, semakin ramai ibubapa yang mengadu akan kegusaran melihat anak-anak yang semakin kurang kemahiran menguruskan diri (kemahiran yg berkait rapat dengan kematangan primitive reflexes) walaupun sudah meningkat dewasa.
Sekarang sudah jelas dengan fungsi primitive reflexes? Primitive reflexes merupakan asas kepada semua koordinasi pergerakan. Melalui primitive reflexes, bayi akan belajar untuk menguatkan otot pada badan, bertoleransi dengan input deria dan membantu perkembangan visual. Semua kemahiran ini diperlukan untuk pembentukan perkembangan yang normal. Ketiadaan primitive reflexes akan menyebabkan masalah perkembangan pada kanak-kanak secara holistik. Primitive reflexes yang tidak berintegrasi dan masih belum hilang pada usia yang sepatutnya refleks tersebut menjadi matang akan turut menjurus kepada masalah perkembangan.
Jadi apa tunggu lagi, jom periksa primitive reflexes bayi anda! Ibu ayah yang ada anak yang lebih besar juga boleh mencuba dan lihat sekiranya primitive reflexes pada anak masih belum hilang walaupun sudah mencecah ke usia yang sepatutnya.
Ingat, ketiadaan primitive reflexes pada awal kelahiran adalah red flags masalah perkembangan, dan kegagalan primitive reflexes untuk ‘emerge’ pada usia lebih 1 tahun juga merupakan red flags masalah perkembangan!
Rujukan:
1. Gieysztor, E., Choińska, A., & Paprocka-Borowicz, M. (2018). Persistence of primitive reflexes and associated motor problems in healthy preschool children. Archives Of Medical Science, 1, 167-173.
2. Goddard Blythe, S. (2012). Assessing Neuromotor Readiness for Learning. Hoboken: John Wiley & Sons
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Jamal Abdillah selamat bersalin anak kelima. Isteri kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.38 pagi tadi.
Bayi comel seberat 2.9 kilogram juga anak kelima Pasangan itu diberikan nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah.
Jamal menerusi ucapan ringkasnya melahirkan kesyukuran terhadap kelahiran puterinya.
“Terima kasih kerana ucapan tahniah dan mendoakan,” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.
Terdahulu hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia dua tahun.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Pelakon, Hanis Zalikha menyatakan rasa terharu dan sebak melihat zuriatnya di depan mata. Menerusi perkongsianya di instagram, dia memberitahu terharu melahirkan Alisa kerana terasa lama Alisa, anak keduanya itu berada di dalam perut.
Hanis yang mendirikan rumahtangga bersama Hairul Azreen dikurniakan sepasang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 3 tahun dan Alisa Aisyah (18 hari).
Muka-muka pagi kesayangan saya. Masih terharu sebab dah beranak, sebab terasa lama @thealisaaisyah dalam perut. Sekarang dua beradik dah ada dalam hidup Mommy Daddy
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm , Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Rata-rata netizen geram melihat kecomelan Yusuf dan Alisa. Ada juga yang menyatakan rupa Alisa saling tak tumpah seperti Yusuf Iskandar.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.