Penyanyi Ameer Sofazr meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata pertama selepas lebih lima tahun berkahwin. Biarpun berdepan detik sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun segalanya dipermudahkan.

Katanya menerusi Astro Gempak, dia bersyukur dan cukup terharu apabila sudah mempunyai zuriat dari darah daging sendiri. Satu tanggungjawab baru buatnya.

“Hanya Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby”, Ameer Sofazr Tak Sabar Nak Jumpa Anak & Isteri!

Pun begitu kata Ameer, sehingga kini dia masih tidak dapat berjumpa isteri dan hanya sempat melihat anaknya disebabkan prosedur PKPB. Namun katanya dia akur dengan standard operasi prosedur sepanjang PKPB yang membataskannya untuk bertemu dengan isteri dan anaknya.

“Buat masa sekarang saya hanya dibenarkan iqamat tanpa pegang baby. Tapi dapatlah sentuh baby sikit saja. Memang terharu sangat-sangat apabila kita ada waris atau zuriat dari darah daging kita sendiri,” katanya berkongsi.

“Hanya Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby”, Ameer Sofazr Tak Sabar Nak Jumpa Anak & Isteri!

IKLAN

Kata Ameer lagi, isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah dimasukkan ke wad lima hari lebih awal untuk pemantauan doktor ekoran diabetes ketika hamil (GDM).

“Isteri saya dimasukkan ke hospital lima hari lebih awal. Tambah pula bukaan lambat sebab anak pertama.

“Doktor juga terpaksa ‘induce’ sebanyak tiga kali sebelum isteri saya dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Selama sembilan jam dia menunggu dan akhirnya pada pukul 7.40 malam 27 Oktober lalu lahirlah puteri sulung kami.

“Suami langsung tak dibenarkan untuk berjumpa dengan isteri jadi saya sangat risau dengan keadaan dia.

IKLAN

“Malah, saya juga tidak dapat bersemuka untuk memberikan kata-kata semangat kepadanya. Yang mampu hanyalah panggilan video dan doa banyak-banyak agar dipermudahkan segala urusan,” katanya.

“Hanya Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby”, Ameer Sofazr Tak Sabar Nak Jumpa Anak & Isteri!

Dalam pada itu, Ameer turut mendoakan pasangan yang belum dikurniakan zuriat agar jangan berputus asa dan yakinlah dengan percaturan Allah. Biarkan apa orang kata dan teruskan berdoa pada Allah. Begitu kongsinya.

IKLAN

“Bagi yang belum dikurniakan zuriat lagi janganlah berputus asa atau patah semangat kerana perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak cakap, yang penting kita sebagai suami isteri kena sabar dan saling memahami,” katanya kepada Gempak.

Ameer dan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif mendirikan rumah tangga pada Januari 2015. Ameer juga bakal mengumumkan nama anak perempuannya itu selepas tujuh hari kelahirannya.

Menarik: Semangat Mommy Meneran, Ingatkan 3kg Rupanya, Syaheera Syukur Allah Mudahkan Perjalanan Bersalin Kali Ni!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Sumber: Astro Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI