Adakalanya malang tidak berbau. Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar. Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak-anak, terutama apabila anak sudah pun mendapatkan gigi kekal mereka. Jaga gigi dengan sebaiknya sambil mengamalkan pemakanan yang sihat agar gigi anak kita terjaga dengan baik.

Masalah gigi anak patah atau tercabut misalnya berlaku tanpa kita jangka. Jika gigi anak terkeluar daripada soketnya, ibu bapa harus cepat-cepat bertindak. Jangan biarkan sahaja kerana ia memberi kesan pada masa depan anak kita. Apa ibu bapa perlu buat? Ini yang dikongsikan oleh Dr Iffah Izzaty dari Klinik Pergigian Al-Huda Balok, Kelantan.

“Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal” Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak!

“Gigi anak saya terkeluar doktor, masa dia jatuh basikal tadi”

Ini kes sebenar yang kami dapat baru-baru ni. Ada klien datang ke klinik kami sebab gigi anaknya terkeluar sebatang selepas terjatuh masa main basikal.

“Gigi kekal anak saya tercabut dari landasan gigi. Apa yang saya perlu buat. Darah pulak tak berhenti-henti mengalir ni”

IKLAN

Ngeri bukan?

“Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal” Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak!

Tahukah anda bahawa gigi kekal anak anda yang tercabut dari soket gigi secara keseluruhan tanpa patah separuh sebenarnya boleh dicantum semula ke dalam soket JIKA tindakan awal dari ibubapa diambil seawal 15 minit hingga 1 jam.

Kebiasaanya gigi kekal akan tercabut dari soket apabila hentakan yang kuat terjadi contohnya seperti terjatuh, terhantuk, atau tergelincir. Dari sudut pergigian pula dipanggil “AVULSION” (dibaca: E-Val-Syen)

IKLAN

“Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal” Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak!

Ini adalah perkara pertama yang perlu/wajib anda lakukan jika terjadi AVULSION:

1. Jika gigi dijumpai, pastikan anda memegang bahagia korona gigi, atau bahagian yang berwarna putih. Bukan akar gigi (yang berwarna sedikit kuning).

IKLAN

2. Boleh basuh dahulu dengan air yang mengalir (sambil memegang bahagian berwarna putih tersebut). Dilarang memberus semua bahagian gigi.

3. Sebelum membawa anak anda pergi berjumpa doktor, pastikan gigi di simpan di dalam susu segar atau letak sahaja di dalam mulut bersama dengan air liur.

“Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal” Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak!

4. Terus pecut ke klinik gigi berdekatan untuk mencantum semula gigi pada soket asalnya. Paling kurang 15 minit hingga satu jam.

Ingat. Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan masa depan anak anda.😁

Dr Iffah IJ
Klinik Pergigian Al-Huda Balok

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI