Baru sahaja lepas kemas rumah 5 minit, tiba-tiba anak sepahkan balik. Tarik nafas dalam-dalam si mama dan papa tengok rumah bersepah. Bukan tak kemas rumah, bukan pemalas tapi anak-anak yang sedang membesar seronok meneroka dalam rumah.
Mungkin ada mulut yang berkata-kata “sepahnya rumah dia” ataupun “nampak tak buat apa pun itu yang rumah dia asyik bersepah” tapi disebalik rumah yang disepahkan anak-anak itu sebenarnya anak dia sangat bijak. Namun, jika anda mempuyai anak yang sudah mencecah 2 tahun anda perlu mengajar dia selepas sepahkan kena kemaskan rumah. Jangan dibiarkan sikap tersebut sehingga dia dewasa. Untuk lebih penjelasan, kita baca apa kata pakar.
“TAK PANDAI KEMAS RUMAH KEEE???” 😪
Kalau ada yang tanya soalan di atas, tolong “invite” masuk group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? . Baru dia tahu langit tinggi atau rendah 😎
Dulu sebelum saya masuk dalam bidang terapi, saya pun pernah tertanya.
“Macam mana boleh biar je anak conteng dinding?”
“Macam mana boleh terlepas bagi anak main alat solek?”
“Macam mana rumah boleh jadi huru hara?”
“Mak bapak tak pantau anak ke?”
Tapi itulah realitinya, anak seorang pun dah boleh menghuru harakan rumah kita. Tak perlu tunggu anak ramai 😂
Kalau rumah yang ada anak normal pun dah macam itu, apatah lagi rumah yang ada anak istimewa. Saya pernah ada klien yang ada anak autisme cerita yang rumahnya tak ada apa-apa pun, di ruang tamu kosong sehinggakan TV pun tak ada. Mana kan tidak,
Lapik tikar getah rumah pun anak cabut buat main.
Pen sebatang tertinggal dah boleh buat 1 sisi dinding terconteng. ✍🏾
Mak ayah basuh tangan 5 saat, anak dah tabur nasi 1 ruang meja makan. 🍚
Setiap kali beli tv mesti anak pecahkan. 😫
Kabinet dapur yang berat dan tinggi pun boleh roboh dibuatnya, mujur sangat anak sempat selamatkan diri. 🧘♂️
Di pusat terapi saya juga tidak lari dari sepahan anak-anak didik, pernah juga berlaku episod:
1. Anak korek tahi sendiri dan makan. 💩
Ya, makan!
Memang ada isu ini sejak sebelum dapatkan bantuan terapi. Akhirnya, kami minta mak ayah pakaikan baju renang zip belakang badan ataupun sediakan tali pinggang supaya anak tak boleh masuk tangan dalam diaper baru selesai masalah.
2. Anak membuang air besar di diaper, sejurus selesai membuang terus calit semua “hasilnya” di dinding. 😭
Kes ini, memerlukan kehandalan deria baru mak ayah dan Teachers. Saat lepas habis membuang terus kena tukar diaper. Sesaat pun tak boleh lepas!
3. Anak buka zip bean bag yang digunakan semasa terapi. Habis 1 ruang terapi penuh “benda alah” putih itu. 🤯
Sesiapa yang pernah berada di situasi ini pasti tahu keazaban nak kutip “benda alah” putih itu. Azab! Akhirnya, semua bean bag kena jahit di bahagian zip. Bila anak cuba buka zip tak boleh, Teacher yang zip akan tersenyum lebar.
4. Anak obses dengan label barang-barang.
Habis nak berebut semua benda. Sabun basuh pinggan, sabun mandi atau benda yang berlabel kena buka label kalau tak mahu anak bawa dan cium label ke hulu ke hilir.
5. Anak makan semua benda termasuklah bekas bungkusan plastik. Paling suka getah tempe! 😱 Ya MAKAN, bukan tersalah baca ya. Kami terpaksa jauhkan anak ini dari segala benda. Perlu 100% pantauan, tak boleh terlepas walaupun 1 saat.
Ini baru 5 episod, tiap-tiap hari berdepan dengan episod lain-lain. Kadang-kadang terfikir, kami yang baru berdepan berapa jam pun dah macam ini. Macam mana mak ayah di rumah?
Memang tak dapat bayang. Tapi nak buat macam mana, itulah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita bila dah jadi mak ayah.
Disebalik rumah yang bersepah, terdapat makhluk kecil yang sedang berusaha mengembangkan otaknya sendiri.
Kena pilih, nak rumah bersepah tapi otak anak berkembang ataupun rumah tak bersepah tapi perkembangan anak terbantut?
Jangan terkejut kalau saya kata terbantut, sebab anak suka buat sepah itu adalah NORMAL bagi anak umur bawah 3 tahun. Paling ekstrim semasa umur 1-2 tahun, fasa dimana anak dah mula aktif kesana sini dan pantang lihat barang terkemas. Waktu ini normal anak RIMAS
– Barang dalam bakul.
– Barang dalam almari.
– Baju terlipat.
– Barang dalam kotak.
– Barang dalam beg.
Normal juga anak MARAH kalau kita kemas, sebab waktu ini anak rasa bila kita mengemas masuk benda dalam bakul, almari, beg atau kotak, barang itu HILANG selama-lamanya. Ada anak yang boleh menangis macam kena dera setiap kali mak ayah mengemas mainan dia 😂
Inilah dipanggil skil “object permanence” masih dalam pembinaan. Biasanya umur 2-3 tahun, skil ini akan mula berkembang dan barulah anak redha bila mak ayah mengemas ataupun dia pun akan mula belajar kemas mainan.
Saya pernah ada kes anak lewat bercakap, mak ayah dengan bangganya beritahu:
“Anak saya baik, tak pernah buat sepah, conteng dinding dan boleh dengar kata cuma masalah bercakap”
Bila dah buat terapi, deria-deria anak sudah “dibangunkan” barulah mak ayah tersebut tahu yang dia tidak lari dari masalah rumah bersepah dan biasanya saya akan pesan awal-awal untuk lakukan persediaan. Bila mak ayah layankan sepahan anak, tiba-tiba semua komponen perkembangan anak meningkat.
Tapi sepah-sepah juga, jangan abaikan keselamatan keselamatan dan kebersihan. ⚠️ Mohon:
1. Elakkan beri anak main tali yang 12 inci ke atas untuk elak anak terjerut. ⛔
2. Untuk anak yang masih masukkan benda dalam mulut, jangan beri anak main mainan yang lebih kecil dari saiz mulutnya. Boleh cuba masukkan dalam ruang silinder bekas tisu tandas. 🚫
3. Belon atau bekas plastik, jangan beri anak main tanpa pantauan. Simpan di tempat yang anak tak boleh capai sebab sudah banyak kes anak tercekik ataupun lemas disebabkan ini. 👶
4. Pisau, cecair pencuci, bahan api atau mudah terbakar mohon sorokkan dari pandangan anak. Letak di kabinet berkunci.
5. Bedak talkum sebenarnya bahaya untuk anak, ramai pakar kanak-kanak tak sarankan anak guna bedak talkum sebab risau habuk-habuk bedak masuk dalam saluran penafasan anak dan boleh buat penafasan tersekat dan risiko kanser paru-paru. ⚠️
6. Jangan beri anak main lidi, kayu panjang, straw ataupun apa-apa yang panjang dan tajam tanpa pantauan. Risiko tercucuk mata atau anak letak. Dulu pernah jiran saya tercucuk anak tekak sebab menyanyi dan buat mikrofon guna lidi. Seriau! 😨
7. Pastikan balkoni atau tingkap sentiasa tertutup jika tidak ada gril. 🏢
Tapi itulah, bila nak cerita bahaya. Anak main selimut pun bahaya. Anak-anak pun panjang akal, ada sahaja projeknya. Maka, jalan terbaik adalah usaha dahulu, tawakal kemudian.
Sebab itu, saya tak pernah judge rumah orang bersepah. Sebab rumah saya pun selalu bersepah! Bila ada orang nak datang, kelam kabut kemas. Bila rumah terkemas, tak ada pula orang nak datang. Masalah mak anak kecil seantero dunia. 😂
Tugas ibu bapa ini bukan saja melahir dan besarkan anak semata-mata. Ada beberapa lagi elemen lain yang perlu kita ambil tahu. Dan salah satunya ialah cara bagaimana kita didik mereka.
“Didikan pertama itu bermula dari rumah”
Ramai dikalangan kita, bila ada sesuatu perkara itu tak kena, ini tak kena, suka sangat libatkan anak-anak dengan muntahkan maki hamun, marah & tengking!
Ada kajian yang dijalankan telah membuktikan hanya dengan satu tengkingan saja mampu rosakkan berjuta sel-sel otak anak.
Sebenarnya, bagi anak yang masih dalam proses membesar iaitu dalam usia 2 – 3 tahun pertama (golden age), suara keras atau menengking yang keluar dari mulut ibu bapanya dapat merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses tumbuh.
Kita kalau kena tengking dengan bos pun dah berair mata kan…. HAHAHA!
Bagi kesan jangka masa panjang pula, anak akan jadi seorang yang kurang rasa percaya pada diri. Bahasa mudahnya jadi penakut!
Ini termasuklah budak-budak yang suka menyendiri dan tak terbuka dalam pergaulan walaupun dengan kanak-kanak lain yang sebaya umur.
In fact, kesan jangka panjang juga, mereka akan ada perasaan tidak selesa & terlalu rendah diri bersama orang lain atau masyarakat.
Perkara ini sebenarnya anda boleh lihat kesannya mengikut turutan. Antara kesan yang kritikal ialah pada minda dan fikiran anak itu sendiri.
Bayangkan, selepas tinggalkan kesan yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri, sekarang golongan anak ini juga mudah meluapkan emosi negatif.
Emosi-emosi aneh ini muncul bila anak tersebut tidak faham tentang masalah yang mereka hadapi.
Didiklah mereka dengan cara yang sesuai mengikut zaman mereka sekarang. tanpa tinggalkan kesan buruk pada anak.
Sudah tentu kita mahukan seorang anak yang membesar dengan sihat, pintar dan tak gugup bila berdepan dengan dengan masayarat kelak bukan? Dari sekaranglah kena pantau dan tidak melampaui batas dalam mendidik mereka.
Sebab itu adakalanya mak ayah ni, dah bagi macam-macam ubat minda pun anak still masih tak berganjak dari prestasi dulu.
Jangan biarkan sel otak anak rosak asbab tindakan luar kawal anda!
Semua orang tak suka kena marah. Baik budak kecil sampailah orang besar.
Suara marah dan tengkingan yang terlalu kerap boleh akibatkan anak alami gangguan pendengaran.
Kesannya, seseorang anak itu susah nak jadi seorang pendengar yang baik.
Sukar nak dengar bila cikgu cakap atau mengajar.
Atau mungkin lepas ni bila anda panggil, 10 kali baru dia datang!
Masalah ini terjadi kerana hidup anak tidak berkembang di dalam persekitaran yang positif tetapi berada di zone merah yang sangat gelap dan negatif!
Jika proses tumbesaran anak terpaksa dilalui dengan kaedah marah & tengking setiap hari… kemungkinan masalah lebih serius boleh berlaku.
Contoh: Masalah pada jantung.
Jantung anak mudah jadi lemah kerana setiap kali suara-suara ‘Monster’ dari anda itu keluar, ia akan buatkan jantung mereka berdegup lebih deras!
Fuhh kasar bahasa.
Sabar-sabar…
Begini
Bila dah kerap sangat hari-hari asyik kena jerit, kena maki, tu belum kes kena pukul lagi. Anak itu sendiri akan tiru perbuatan anda kelak.
Bukan itu saja, komunikasi dengan ibu bapa juga akan mengalami kesan yang buruk.
Anak berpotensi besar suka menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya.
Tidak mendengar panggilan anda, atau sengaja melawan cakap.
Antara kesan lain, mereka jadi mudah marah dan susah nak kawal emosi.
Kepada parent diluar sana, tolong bantu diri anda supaya ubah tabiat dalam mendidik anak.
Zaman sekarang memang zaman teknologi, digital dan semua canggih manggih.
Semua perkara kita nak on the spot. Mahu cepat dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang teknologi macam ini dah ambil alih peranan kita dalam mendidik anak.
Ada banyak situasi dimana kesan macam ini merosakkan hubungan antara anak dan ibu & bapa.
Bayangkan…
Anda dah penat-penat melahirkan anak.
Lepastu
Fikir siang malam pula nak berikan nama yang indah-indah pada anak yang bakal lahir.
Tapi..
Bila sudah depan mata, mungkin kita sendiri tak sedar cara didikan kita sebenarnya telah merosakkan jiwa dan fikiran anak tersebut. Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan.
Tukar kata-kata makian dan bentakan sekarang.
Ingatlah bahawa kata-kata itu suatu doa tau.
Apa kata kita doakan yang baik-baik untuk anak. Mudah-mudahan anak lebih mudah dengar cakap dan berjaya membentuk peribadi yang mulia.
Last but not least…
Sekali sekala, peluklah anak kerana suatu hari nanti mereka akan berjauhan dengan kita.
Sumber: info.gerobokanim.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak terkadang ada sahaja perangai mereka yang “menduga” kita. Bukan berniat nak berkasar dengan anak-anak namun tekanan kerja, tekanan urusan seharian kadang-kadang mencabar emosi.
Anak-anak yang “berperangai” sebenarnya dia hanyalah inginkan perhatian kita sebagai ibu bapa. Cuba mama atau papa ketepikan laptop ataupun hand phone dan layan anak untuk seketika pasti ada perubahan pada tingkah laku anak. Namun ramai yang tidak dapat mengawal emosi apabila anak mula tantrum.
Saya pernah jadi bengis pada anak saya dulu
Yela, anak saya si Solahuddin ni dia punya ragam tu mintak ampun. Anak nombor 2 kan. Memang dia punya perangai ‘attention-seeking’ tu lain macam sikit.
Menangis tanpa sebab munasabah, jadi excited melampau bila saya balik rumah sampai dia terpukul adik beradik yang lain, suka bergaduh berebutkan riba saya, suka merengek tak berhenti dan banyak lagi lah.
Cuma saya perasan, bila saya jadi bengis ni perangai Solahuddin akan berubah tapi dia akan berubah jadi sedikit penakut dan penikus. Aduh! Bahaya ni kalau berterusan sampai dewasa. Silap haribulan benda ni boleh efek sampai ke usia tua!
Jadi saya ubah pendekatan saya. Daripada gunakan pendekatan bengis kepada cara yang penuh loving & caring tetapi pada masa yang sama tetap tegas dan firm dengan keputusan.
Satu lagi benda yang saya ubah, saya tukar mindset dan perkataan saya daripada duk mengata anak saya ni ‘attention-seeker’ kepada ‘connection-seeker’.
Ya, anak kita bukannya ATTENTION-SEEKER, mereka cuma CONNECTION-SEEKER! Bila kita ubah mindset macam ni la baru kita akan kurang ‘annoying’ sikit dengan bermacam ragam anak kita kerana kita tahu mereka bukan sengaja buat ragam tu tapi mereka perlukan ‘connection’ dalaman yang sedang kehabisan!
Ye, anak yang buat hal ni kebanyakannya sebab dia sedang mencari ‘connection’ yang tak terisi. Depa ni macam telefon yang tak dicas hingga akhirnya lowbat ( low-battery ).
Jadi otak anak kita tu akan hantar signal bahawa mereka perlu buat hal supaya mak ayah boleh bagi sedikit ‘connection’ untuk penuhkan kembali tangki emosi yang tak terisi.
Tu je sebenarnya cuma kerana kurangnya kita dalam ilmu parenting la membuatkan kita lupa tentang benda ni sehingga kita hamburkan segala amarah kita pada anak anak kita.
Tu yang kita malam malam rasa sebak je tengok anak tidur dalam tangisan kerana deep down inside, kita tahu kita bersalah pada mereka