Ramai ibu hamil pernah alami situasi ni bila mana gigi tiba-tiba rasa longgar, cepat berlubang, atau jadi sensitif. Tapi betul ke semua ni berlaku sebab bayi dalam kandungan ‘sedut’ kalsium dari gigi ibu?
Menurut perkongsian Dr Anitawaty Mukhtar dari Klinik Pergigian Anitawaty, gigi yang rapuh ketika hamil disebabkan oleh perubahan hormon ketika ibu mengandung.
Menurutnya, sebenarnya bukan bayi yang ‘curi’ kalsium dari gigi ibu, tetapi ia lebih kepada perubahan hormon semasa hamil yang menyebabkan kesihatan mulut terjejas.
“Bayi memang perlukan kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi, tapi badan ibu ambil dari simpanan tulang, bukan dari gigi.
“Jadi, kalau ibu kurang ambil kalsium semasa hamil, bukan bayi je terkesan – ibu pun boleh alami masalah tulang lemah dan gigi mudah rosak.
Ads
Hormon seperti estrogen dan progesteron boleh membuatkan gusi jadi lebih sensitif, mudah bengkak dan berdarah – dan ini semua menyumbang kepada kerosakan gigi.
Morning Sickness Pun Ada Kesan!
Ramai ibu alami alahan teruk pada awal kehamilan. Muntah yang kerap boleh buat asid dari perut naik ke mulut, yang seterusnya boleh menghakis enamel gigi (lapisan pelindung gigi). Bila enamel makin nipis, gigi pun jadi cepat rapuh, sensitif dan senang rosak.
Ads
Tip mudah jaga gigi semasa hamil
* Gosok gigi dua kali sehari – pastikan guna ubat gigi berfluorida.
* Elakkan makanan dan minuman terlalu manis atau berasid.
* Berkumur dengan air kosong lepas muntah (jangan terus gosok gigi).
* Ambil kalsium cukup dari susu, keju, sayur hijau atau suplemen (atas nasihat doktor).
Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya sekali masa hamil – jangan tunggu sampai sakit baru pergi.
Kesihatan gigi bukan perkara kecil semasa hamil. Ia boleh beri kesan pada kesihatan ibu secara menyeluruh. Jadi jangan tunggu gigi goyang baru nak jaga. Mulakan dari awal, dan jangan takut untuk dapatkan nasihat doktor gigi sepanjang kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat kerap terasa lapar semasa hamil, ramai ibu yang makan dalam kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Tanpa sedar, anda sebenarnya telah terlebih kalori dan mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Wanita hamil perlu mengawal pengambilan makanan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan hanya satu hidangan minuman coklat berais setiap pagi tanpa penambahan minuman manis dalam hidangan berikutnya sepanjang hari tidak akan menjadi penyebab utama kandungan bersaiz besar (macrosomia).
Menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, bayi normal di kalangan penduduk Malaysia mempunyai berat badan dalam lingkungan 3kg hingga 3.5kg.
Bayi macrosomic pula ditakrifkan sebagai berat lahir melebihi 4kg.
Lazimnya apabila ukuran pertumbuhan bayi yang diperolehi daripada ultrasound bersiri diplotkan pada graf pertumbuhan janin, kadar pertumbuhan bayi macrosomic melebihi kadar pertumbuhan yang sepatutnya untuk umur kandungan tersebut (lebih 90% centile).
Antara faktor yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan bayi macrosomic termasuklah:
Bagi wanita hamil yang berisiko tinggi dan mempunyai metabolisme badan yang tidak berupaya untuk menangani perubahan hormone HPL ketika hamil, keputusan tidak normal akan ditunjukkan dalam modified glucose tolerance test (MGTT).
Berikut adalah golongan berisiko menghidap diabetis ketika hamil? Sekiranya berisiko, puan perlu menjalani ujian saringan MGTT!
TIP MENGELAKKAN BAYI BESAR
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dinafikan memuncak apabila di hujung kehamilan. Naik hingga 88.4kg, Datin Zizie Izette target turunkan berat lepas bersalin.
Datin Zizie Izette beritahu beratnya naik hingga 88.4kg saat menghampiri tarikh bersalin. Impiannya ialah untuk makan apa yang diidamkan sebelum bersalin. Katanya selepas berpantang pemakanan akan dijaga perawat pantang & akan ada target penurunan berat badan.
Ibu kepada empat iaitu si kembar Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette, 1 tahun dan dua anak angkatnya Naila Nurjenna, 4 tahun dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.
Para peminat dan rakan artis mendoakan agar proses bersalin Zizie akan berjalan lancar dan target penurunan berat yang diimpikan akan dicapai selepas berpantang nanti.
SURE YOU WILL REACH YOUR TARGET
TAK SABAR NAK TENGOK BABY GIRL
CANTIKNYA MAK BUYUNG
88.4KG STILL BEAUTIFUL
ALWAYS CANTIK
Sumber: Instagram @zizieizette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu atau produk tenusu memberikan nutrisi kepada ibu dan kandungan. Susu kaya dengan kalsium untuk gigi dan tulang. Ibu hamil yang kurang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium akan berisiko tinggi untuk kehilangan kalsium dari tulang. Sendi ibu akan berasa sakit, gigi tak kuat kerana kalsium si ibu ditarik oleh bayi dalam kandungan.
“Kak, kaki saya selalu ‘cramp’ lah malam-malam. Ada kaitan ke saya tak minum susu?” Tanya adik M.
Ibu muda di depan saya ini adalah salah seorang penghuni rumah Raudhatus Sakinah, iaitu rumah perlindungan untuk remaja perempuan dengan pelbagai masalah sosial. Usianya baru 14 tahun. Masih keanak-anakan saya lihat, tetapi sudah melalui alam kehamilan yang penuh mencabar.
“Susu semasa mengandung ni perlu ambil untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi. Kalsium bukan sahaja penting, malah adalah kritikal untuk ibu mengandung, kerana kalsium diperlukan untuk bayi membina tulang dan gigi yang kuat.”
“Kalsium juga berfungsi untuk memastikan bayi dapat membentuk jantung, saraf dan otot yang sihat disamping memastikan bayi memastikan ritma jantung yang normal dan proses pembekuan darah berlaku dengan baik.” Terang saya.
“Sekiranya kalsium ibu ambil tidak mencukupi, kalsium akan diambil daripada tulang dan gigi ibu yang boleh membawa kepada osteoporosis dan osteopenia kepada ibu di kemudian hari.”
“Tapi saya tak suka minum susu. Nak muntah rasanya bila minum susu.” Balasnya lagi.
“Cuba angkat tangan, siapa yang tak suka minum susu?” Tanya saya.
Separuh daripada 20 orang pelatih mengangkat tangan mereka. Ramai juga yang tak minum susu.
“Sebenarnya,susu adalah antara sumber kalsium paling mudah didapati dari diet harian. Selain daripada itu, ikan bilis, keju, sayur seperti brokoli, pak choi juga kaya dengan kalsium. Cumanya jumlah kandungan kalsiumnya agak rendah untuk cukupkan jumlah kalsium sehari. Kena ambil dalam jumlah yang banyak baru cukup. Contohnya secawan sayur pak choy hanya memberikan 74mg kalsium. Jika mahu ambil daripada sayur saja mestilah tidak mencukupi keperluan harian kalsium ibu.”
” Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari. Jika ibu di bawah usia 19 tahun, perlukan 1300mg kalsium sehari.”
“Sebagai contoh, segelas susu atau lebih kurang tiga sudu besar susu tepung akan memberikan antara 200-300mg kalsium untuk satu hidangan. Maka, ibu perlu ambil antara 2-3gelas sehari atau lebih untuk mencukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Jika diambil susu yang tinggi kandungan kalsium yang boleh beri sehingga 500mg kalsium untuk satu hidangan, dua hidangan sehari sudah mencukupi.”
” Selain itu, 100g ikan bilis memberikan 500mg kalsium juga. Jika tidak mahu ambil susu sehingga tiga gelas sehari, mungkin boleh masukkan 100g ikan bilis sehari ke dalam diet harian untuk cukupkan keperluan kalsium 1000mg sehari. Tapi… Boleh ke hari-hari nak makan ikan bilis sahaja?”
Para pelatih ketawa.
” Maka, saranan untuk mempelbagaikan pilihan makanan harian yang kaya dengan kalsium adalah penting diikuti untuk mencukupkan keperluan kalsium harian. Bukan sahaja daripada susu, malah ikan tertentu, sayur juga kaya dengan kalsium.”
“Tetapi… Jika susu pun tak minum, sayur tinggi kalsium pun tak ambil, ikan pun kurang, terpaksa juga ambil suplemen kalsium setiap hari.” Jelas saya lagi.
“Kak, orang kata susu soya boleh minum. Ada kalsium juga. Betul ke?” Tanya Adik M.
“Susu dan produk soya antara makanan yang tinggi kalsium. Biarpun tidak setinggi kandungan susu, tapi boleh diambil untuk mencukupkan keperluan kalsium. Sebagai contoh, susu soya boleh mempunyai antara 80 ke 500mg kalsium. Bergantung kepada jenis susu yang telah difortifikasikan. Ataupun ditambah kandungan kalsium ke dalamnya. Boleh makan juga tauhu, tofu, fucuk dan sebagainya sebagai penambah kalsium dan juga sumber protein.” Cerita saya lagi.
” Tau fufah pun boleh kan kak? Sedapnya…” Tanya sahabat adik M.
” Boleh. Tanpa air gulanya. Makan banyak-banyak kena kencing manis pula nanti.” Balas saya.
” Alaaaaaah…Itu yang sedap.” Kata mereka beramai-ramai.
” Nak sedap ke nak sakit. Pilih? Allah bagi pilihan untuk kita buat. Ingat, apa kita makan, anak pun akan dapat. Tetapi jika makan tidak cukup zat, anak tetap akan ambil zat dari ibu. Ibu akan kurang zat. Kasihan ibu kan. Itu antara hikmah kenapa Allah, suruh taat dan hormat ibu yang banyak berkorban untuk kita.”
“Semasa saya mengandungkan anak dahulu, saya rasa sebak setiap masa. Bila rasa sakit, letih, teringat pada mak saya.” “Macam ni lah Ummi kandungkan aku dahulu. Susah payah bawa diri, semua untuk aku.” “
” Saya mula jadi anak yang taat pada Ummi saya, lebih ambil berat dan hargai ummi saya. Sebab saya tahu, saya balas macamana pun takkan mampu balas semua jasa Ummi saya. Selagi ada mak, berbaktilah. Jika ada rasa dendam, marah pada mak, buanglah. Andai ada salah dia, maafkanlah. Kerana, semua tu takkan dapat balas semua kesakitan dan pengorbanan dia untuk bawa kita ke dunia.” Saya akhiri sesi petang itu dengan sedikit nasihat.
Para pelatih tunduk. Ada rasa sebak dalam hati saya juga apabila memikirkan hebatnya pengorbanan seorang ibu.
” Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman:14)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak cemerlang matematik bukan ditentukan oleh genetik semata-mata. Ketahui bagaimana aktiviti harian, sokongan ibu bapa dan rangsangan awal sejak usia 3 tahun membantu membina asas matematik yang kukuh.