Penyakit gila meroyan boleh menyebabkan ibu terdengar suara halus berbisik menyuruhnya membunuh si anak yang asyik menangis sahaja.
Bukan pertama kali kita dengar berita ibu kelar anak tanpa sedar selepas dengar ada suara halus berbisik di telinganya.
Seluruh negara terkejut mendengar berita tersebut dan terfikir macam mana seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri dengan pisau sampai mati.
Ia bukan perkara mustahil. Ibu tersebut dikatakan tidak sedar semasa mengelar leher anaknya. Ibu itu sebenarnya menghadapi masalah gila meroyan.
Dr Afiq Rahim pernah menulis mengenai hal gila meroyan di kalangan wanita baru bergelar ibu. Fahami betul-betul apa simptomnya supaya rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku perkara lebih buruk.
Apa itu Gila Meroyan aka Postpartum Psychosis?
Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak.
Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.
Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH.
Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan.
Ads
Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan.
Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Tanda-Tanda Ibu Gila Meroyan
Antara tanda-tandanya adalah
– bercakap seorang diri
– berhalusinasi
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
Dan pelbagai lagi masalah.
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi.
Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.
Ads
Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Rawatan Gila Meroyan
Rawat penyakit gila meroyan sebelum jadi melarat!
Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka.
Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.
Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
Ads
Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan.
Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan.
Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa)
Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
Kebiasaannya apabila anak tak sihat, pergi ke klinik atau hospital, doktor akan bertanya dulu ada alergik ubat atau tak. Ini bagi mengelakkan masalah kesihatan sampingan yang mungkin boleh menyebabkan kemudaratan.
Memandangkan kesan sampingan ubat ini boleh menyebabkan kematian, jenis ubat dan dos yang betul harus diberi perhatian. Memang setiap jenis ubat ada dijual di farmasi, namun jika dibeli tanpa nasihat ahli farmasi ia mungkin agak berisiko.
Seperti perkongsian ibu ini di FB Naa Daisy, ubat demam yang dibeli di farmasi tak sesuai dengan anak, habis muka jadi bengkak sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor.
Berikut adalah perkongsiannya:
Saya PJJ dengan suami jadi bukan senang saya nak pergi hospital sebab ada lagi 3 orang anak kat rumah. Bagi yang kata bukan-bukan tu saya maafkan.
Alhamdulillah semuanya ok. Baby pun dah ok. Jadi sedikit ringkasan cerita dari saya.
Ni pukul 7 start naik sikit bengkak
Saya akui ni kesilapan saya sebab baby demam tak bawa pergi klnik. Memang biasa pergi farmasi je beli ubat tapi kali ini dapat ubat lain.
Pukul 5 petang bagi ubat, pukul 7 start naik bengkak kat mata dan mulut. Ingatkan alergik makanan, tapi rupanya alergik ubat. Nasib baik ibu bertanya di fb, semua suruh ibu pergi klinik/hospital.
Ibu pilih pergi klnik sebab susah ibu bawa semua anak-anak kalau nak ke hospital. Sampai klinik doktor periksa memang sahkan alergik ibuprofen. Jadi anak terus kena suntik untuk redakan bengkak.
Kesan ibuprofen kalau tak sesuai dengan anak:
1) bengkak muka
2) sesak nafas
3) pendarahan dalam otak
4) mati
Baby kena drip air tu sebab dia demam. Jadi saya cuma nak pesan kat ibu-ibu semua. Kalau dapat ubat ibuprofen ni, silalah tolak. Sebab kita tak tahu anak kita sesuai ke tak kan?
On the way ke klinik
Saya belajar dari kesilapan dan ini pengalaman pertama saya selama menjaga 4 orang hero saya. Alhamdulillah Allah masih bagi saya peluang untuk bersama dengan anak saya lagi.
Sementara menunggu masuk jumpa doktor
Latest pukul 11 malam tadi. Baru sampai rumah. Dah ok kan sikit walaupun belum sepenuhnya.
Saya juga nak ucap terima kasih teramat sangat pada semua ibu-ibu yang doakan baby, yang bagi semangat dan nasihat. Terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah balikkan semua doa-doa tu pada anak-anak ibu semua. Sayang semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soal anak jika Allah nak bagi tak cepat atau tak lambat. Jika sampai waktunya itulah yang terbaik untuk pasangan suami isteri itu. Biasalah bila dah berumah tangga soalan cepumas dari orang luar mesti tanya “dah ada isi ke”?
Siapa kita nak menentukan semua itu. Jika dapat cepat alhamdulillah. Tapi jika Allah bagi lambat sikit pun bersyukurlah. Usaha dan sentiasa berdoa insya-Allah akan dipermudahkan urusan itu nanti.
Menerusi perkongsian instafamous popular Beby Toratora atau nama penuhnya Atierah Zulfatie yang berkahwin sejak 6 bulan lalu, “soalan dah ada ke” itu antara paling popular dan sering kali di tanya ramai.
Baru aku faham perasaan sesetengah perempuan bila orang tanya “dah mengandung ka, belom ada lagi ka and bila nak ada ni” ..macamtu la bila aku jumpa sesiapa ..soalan first keluar dari mulut depa mesti pasal anak.
Kadang bila aku demam atau laki aku demam mesti orang kata ada dah la tu ..hehe aku senyum ja la mampu and cakap tak ada rezeki lagi 😅btw aku tak planning ..bagi aku kalau ada rezeki tu, ada la ..ada kawan aku pernah bagitau aku, dia pernah planning tak mau anak 4 tahun tapi Allah bagi dia 11 tahun tanpa zuriat sebab itu yang diminta.
Jadi ada ka takda kita kena terima rezeki dari Allah. Ramai lagi yang tunggu rezeki zuriat. Bukan kita jaa malah ada yang lebih lama tapi tira tak kisah pun orang tanya itu ini. Bagi tira kita kena fikir positif ..depa tak ada soalan nak tanya sebab tu first jumpa kita depa tanya soalan mcmtu 😀just think positif.
Kepada yang masih menunggu rezeki anak, don’t worry okey ..Allah bagi cpat atau lambt..kita kena trus usaha dn doa ❤️ hehe sronok tengok orang yang dapat main dengan anak-anak. Buat masa sekarang, tira main dengan adik-adik jelah. Allah pasti bagi satu hari nanti. Enjoy your honeymoon with your husband nanti ada anak kena fokus anak dan suami pula. hehehee
Percayalah jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, ingatlah bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak. Allah akan bagi bila kita dah bersedia. Insya-Allah hanya masa yang akan menentukan segalanya.
Sumber: ig beby_toratora
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemalangan yang melibatkan kanak-kanak sebenarnya banyak berlaku di kawasan rumah. Sifat anak-anak yang suka meneroka dan mencuba benda baru dan tidak tahu tentang bahaya sesuatu benda membuatkan golongan ini paling tinggi terdedah dengan bahaya walaupun berada di dalam rumah.
Seperti perkongsian ibu ini, anaknya yang berusia 7 tahun melecur di bahagian tangan akibat extensions plug yang meletup secara tiba-tiba. Tambahnya lagi, ibu bapa perlu lebih berhati-hati jika ada anak kecil di rumah.
Tangan Anak Melecur Teruk
Hati saya sedih ketika saya membaca berita yang tengah trending sekarang, tangan anak itu terkena renjatan elektrik.
Perkara yang sama juga terjadi pada anak perempuan saya yang berusia 7 tahun pada 2 minggu yang lalu, wayar sambungan meletup di tangannya ketika dia mencucuk extensions plug.
Cumanya dia tidak terkena renjatan arus elektrik, tetapi tanganya melecur teruk. Berhati-hati, kami tidak tahu bila kemalangan akan berlaku. Ugh
Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
Keseluruhan kulit terbakar.
Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
Melecur akibat renjatan elektrik.
Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.