Chicken Dumpling tidak kurang hebatnya dalam mewarnai menu anak-anak kita. Rupa dan bentuknya yang berwarna adakalanya menarik perhatian si kecil untuk makan. Itu kisahnya dengan dumpling stim atau rebus, manakala dumpling goreng pula terlebih rangup dan cukup disukai anak-anak kita.

Rupanya hendak menyediakan dumpling homemade tidaklah sesukar mana. Bahannya juga mudah disediakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Nurhazwana Nazir. Mudah!

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!

Disebabkan Melur suka sangat Dumpling, so mama buatkan lagi untuk kudapan dia esok. Sekali buat dapat la untuk dua tiga kali makan. Bila cari kulit dumpling kat pasaraya tak jumpa pulak yang takde salt. Maka tepaksa la mama rajinkan diri buat yang homemade punya. Ingatkan payah, rupanya mudah je. Mama share resepinya kat bawah.

Kulit Dumpling:
1/2 cup tepung gandum unbleach
1/2 cup tepung jagung
1 sudu minyak masak
1/2 cup air panas

IKLAN

Inti Dumpling:
Isi Ayam – blend
Carrot – sagat
Pak Choy – cincang
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu tepung jagung
1 sudu minyak

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!Campurkan semua bahan dumpling. Uli sehingga jadi doh. Rehatkan sekejap dalam 2 hingga 3 jam.

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!

IKLAN

Lepas tu bulat-bulatkan menjadi bentuk guli besar sikit.

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!

IKLAN

Gelek je sampai nipis. Siapkan kulit dulu semua baru letak inti dan betukkan.

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!Bahan inti pula, gaulkan semua bahan.  Ambil kulit dan letak inti satu sudu kecil.

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!Basahkan hujung kulit dengan sedikit air baru tampal kedua bahagian dan bentukkan. Simpan dalam freezer. Nak makan keluarkan dan rehatkan kejap lepas tu boleh rebus. Siap!

Goreng Boleh Rebus Pun Boleh, Buat Sendiri Chicken Dumpling, Lagi Puas Hati!Dumpling ni boleh goreng atau rebus. Buat sup pun sedap makan dengan ni. Tapi anak mama lagi suka versi goreng. Sekali makan 4 ketul boleh habis.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI