Bosan dengan brownies biasa, jom cabar diri sendiri untuk hasilkan Red Velvet Cheese Brownies ni pula. Sedapnya tak terkata. Paling menarik nak buatnya pun amatlah mudah. Malah tidak memerlukan proses yang sukar. Hujung minggu ini apa kata kita sediakan sendiri untuk anak-anak dan keluarga.

Resipi yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah ini memang awesome. Rasanya cukup hebat, ditambah pula dengan keju yang tebal dan padu. Jom cuba!


Sedapnya Red Velvet Cheese Brownies Ni, Nak Buat Pun Senang Sangat!

Bahan-bahan (Loyang 7 inci x 7 inci):

Lapisan Brownies
1/2 ketul (125g) mentega
1/4 cawan minyak jagung
1 cawan tepung kek
1 sdb serbuk koko
6 sdb (+-100ml) yogurt asli
1 sdt pewarna merah
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur (A)
1/2 sdt pes vanila
1/2 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Lapisan Keju:
350g krim keju
1 cawan gula aising
1 biji telur (A)
1 sudu besar jus lemon

Sedapnya Red Velvet Cheese Brownies Ni, Nak Buat Pun Senang Sangat!Cairkan mentega & campurkan bersama dengan minyak jagung. Ayak tepung kek & serbuk koko.

IKLAN

Campurkan yogurt & pewarna merah. Kacau sehingga sekata. Masukkan gula kastor & telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati selama +-1 minit dengan menggunakan mixer.

Masukkan campuran mentega cair & minyak jagung. Pukul seketika sehingga sebati. Masukkan yogurt & pewarna merah yang telah dibancuh. Pukul lagi selama +- 30 saat.

Masukkan tepung & serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sekadar sebati sahaja.

Sedapnya Red Velvet Cheese Brownies Ni, Nak Buat Pun Senang Sangat!Masukkan pes vanila. Pada masa yang sama, satukan jus lemon & soda bikarbonat ke dalam bekas kecil. Kacau rata & masukkan terus ke dalam adunan brownies. Pukul seketika selama +-30 saat.

Ketepikan 2 sdb adunan yang akan digunakan untuk membuat corak pada lapisan atas. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci x 7 inci yang telah digris dengan mentega & dialas dengan kertas pembakar yang dilebihkan sedikit supaya mudah untuk dikeluarkan nanti. Ratakan.

IKLAN

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C/ api atas bawah/ rak tengah selama 40-50 minit.

Semasa brownies sedang dibakar, boleh sediakan untuk lapisan keju. Pukul krim keju dengan mixer sehingga berkrim.

Sedapnya Red Velvet Cheese Brownies Ni, Nak Buat Pun Senang Sangat!Masukkan gula aising & pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur. Pukul seketika sehingga sebati.

Masukkan pula jus lemon. Kaup balik sehingga rata. Setelah brownies masak & masih panas, tuangkan adunan keju & ratakan.

IKLAN

Letakkan adunan brownies & corakkan mengikut kreativiti masing-masing. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C/ api atas bawah/ rak tengah selama 30 minit.

Setelah 30 minit, biarkan brownies seketika di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan & disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

Nota:
* Resipi lapisan krim keju sesuai untuk brownies berukukuran 10 inci x 10 inci. Gandakan resipi lapisan brownies & gunakan loyang 10 inci x 10 inci supaya lebih seimbang. Saya sukakan lapisan keju yang tebal. Jadi, saya gunakan terus 350g krim keju dalam resipi ini.

* Resipi asal menggunakan suhu 175C untuk membakar lapisan keju.

* Boleh abaikan langkah terakhir dalam resipi ini.

* Sukatan pewarna merah yang digunakan bergantung kepada jenis & jenama pewarna.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI