Ads

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Mak-mak, pening kepala nak fikir nak masak apa untuk anak-anak hari ni? 😅 Hujung Ramadan ni, selera anak kadang turun, lauk biasa pun dah jemu. Apa kata cuba resipi baru yang mudah tapi sedap  gulai kerutuk ayam memang antara hidangan yang boleh buat anak-anak kembali berselera.

Selera Kelantan memang lain macam, mak-mak! Kuah gulai pekat, wangi rempah, siap bungkus macam nasi berlauk kat kedai memang ‘umphhh’ betul!  Anak-anak pasti suka, dan keluarga pun akan tersenyum puas lepas makan.

Masih teringat rasa gulai kerutuk gelap pekat melekat kat nasi kembang tu. Bila makan guna cara bungkus kertas macam cikgu dulu, nikmatnya lain macam, setiap suapan rasa heaven. Resipi ni bukan saja sesuai untuk hidangan keluarga harian, tapi juga sesuai untuk jamuan kecil di rumah atau makan sama-sama dengan anak-anak. Jom ikuti resipi oleh cikgu Afy AL Habibi

Kenapa Mak-Mak Patut Cuba Gulai Kerutuk Ayam

Salah satu sebab ramai orang suka gulai kerutuk ayam ialah rasa kuahnya yang pekat dan kaya dengan rempah. Berbeza dengan gulai biasa, kerutuk mempunyai warna yang lebih gelap dan aroma yang lebih kuat kerana penggunaan rempah ratus yang dimasak sehingga pecah minyak.

Bila kuahnya meresap ke dalam ayam, setiap gigitan jadi lebih sedap. Anak-anak yang biasanya cerewet makan pun boleh tiba-tiba bertambah nasi. Tambah pula kalau makan panas-panas dengan nasi putih atau nasi kembang, memang susah nak berhenti.

Resipi tradisional ini juga sangat popular di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan. Malah, ramai yang kata gulai kerutuk ayam lagi sedap kalau dimasak lama sedikit supaya kuahnya jadi lebih pekat dan rempah benar-benar meresap.

Bahan-Bahan Kisaran Lumat

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

  • 2 biji bawang merah (saiz sederhana)

  • 1 ulas bawang putih (kalau kecil, guna 2 ulas)

  • Sehiris nipis halia

  • 1/2 hiris nipis lengkuas

  • 2 hiris nipis serai (jangan lebih, nanti rasa terjejas)

  • Opsyenal: Serbuk ketumbar sangai kisar sendiri, sedikit

Langkah Memasak

Panaskan minyak – sebelum tumis, cikgu goreng sebiji kentang untuk hiasan tambahan nanti.

Leraikan sebatang serai kecil, dan tumis bersama 5 sekawan (biji bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga cengkih).

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Ads

Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi dan sedikit kekuningan.Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Tambahkan 1/4 sudu besar serbuk cili Babas (boleh ganti cili kering kisar).

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Masukkan 4 sudu besar rempah gulai kerutuk Kelantan pilihan cikgu. Gunakan api paling perlahan, kacau sebati hingga terbit minyak sedikit.

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Tambahkan air asam jawa:

Ads
    • 1 gelas air

    • Secubit asam jawaMak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

      Masukkan perasa peringkat pertama:

      • 1/2 keping nisse (kalau habis, guna gula merah)

      • 1 sudu besar gula

      • 1 sudu kecil garam

      • 1/3 sudu kecil serbuk perisa

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

  1. Tutup periuk seketika, biar api paling perlahan, kira-kira 5 minit hingga pecah minyak.

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Masukkan ayam, tambah sedikit air untuk proses kecutkan ayam hingga hampir empuk. Kacau sesekali.

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Bila ayam hampir empuk (30-40 minit), tambahkan santan kotak (50 ml atau lebih sikit). Jangan terlalu banyak, supaya warna kuah tidak pudar.

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Ads

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Tambahkan 1/4 cawan air (ikut kepekatan kuah).

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

 

Bahan Hiasan & Perasa Peringkat Kedua

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

  • 1 tangkai cili hijau Siam

  • 1 tangkai cili merah

  • 1/4 biji bawang holland

  • 1 biji kentang digoreng (opsyenal untuk jualan besar, elakkan)

  • 1/2 sudu kecil kerisik

  • Perasakan garam & gula ikut citarasa, bagi rasa masin manis menyerlah. Jika anti manis, boleh skip gula.

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

Tip & Cara Hidang

  • Lepas mendidih 2-3 minit, tutup api.

  • Jika masak malam, bahan hiasan (kecuali kerisik) boleh dimasukkan keesokan harinya semasa panaskan kuah.

  • Rasanya makin sedap keesokan hari, kuah makin gelap & pekat.

Mak-Mak Pening Kepala Nak Masak Untuk Anak? Cuba Resipi Gulai Kerutuk Ayam Ini, Confirm Semua Makan Berselera!

  • Sedap dimakan bersama sambal jantan atau sambal belacan.

Nota: Lapisan pecah minyak merah sikit je; jangan kacau banyak, nanti kuah warna gelap, bukan macam kari ya.

Sumber: Afy AL Habibi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Basuh Baju Baru Anak Dulu! Bau ‘Fresh’ Sebenarnya Bau Bahan Kimia!

Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.