Gabungan ayam berempah dan nasi panas tidak lengkap tanpa sambal geprek pedas yang membangkitkan rasa hidangan. Sambal jadi tambah superb rasanya bila ditumis lama, rasa lagi pedas dan menyengat.

Resipi sambal padu dengan ayam berempah yang dikongsikan oleh Pn Puteri Hana Sofia ini anda wajib cuba. Superb!

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy, Sambal Ditumis, Rasa Lebih Padu!


RESEPI AYAM GEPREK BEREMPAH EXTRA SPICY

Bahan-bahan:
15 btg Cili padi
2 btg Cili besar
3 biji Bawang putih
6 biji Kacang gajus (ikut selera masing-masing)
olive oil
Tauhu
Gula
Garam
Timun
*grill cili padi,cili besar,bawang putih dan kacang gajus

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy, Sambal Ditumis, Rasa Lebih Padu!

Cara-cara masak ayam berempah
========================
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil gula
secubit garam
1/2 inci halia
3 helai cili kering
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung gandum
* Blend semua bahan diatas kecuali tepung. Perap ayam dalam 30 min sebelum goreng.

IKLAN

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy, Sambal Ditumis, Rasa Lebih Padu!

Cara-cara buat sambal geprek
=======================
1. Letak cili padi,garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung batu biasa je.

2. Lumatkan semua bahan tu guna lesung.

3. Masukkan cili besar,gula dan garam secukup rasa.

IKLAN

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy, Sambal Ditumis, Rasa Lebih Padu!

4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun tak pedih huhuhu..

5. Gaul rata.

6. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal.

IKLAN

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy, Sambal Ditumis, Rasa Lebih Padu!

7. Siapppppp!! Boleh dimakan bersama nasi putih panas-panas nyummmmm.

Selamat mencuba!!

Artikel berkaitan: Stok Sambal Geprek Untuk Buka Puasa, Lagi Laju Makan, Nak Diet Pun Boleh

Resipi Ayam Geprek Berempah Ekstra Spicy, Sambal Ditumis, Rasa Lebih Padu!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI