Setiap kali kupas buah epal, tak lama lepas tu terus lebam. Nak bekalkan anak dengan buah epal pun risau takut tak dimakan bila tengok buah dah nampak hitam lebam-lebam.
Nak pastikan buah epal berada dalam keadaan baik walaupun sudah dikupas, boleh gunakan empat bahan yang dikongsikan di bawah ini. Mudah dan senang nak dapat. Mama bolehlah bekalkan anak buah epal untuk ke sekolah nanti!
4 PETUA ELAK EPAL LEBAM LEPAS DIPOTONG, SEGAR WALAUPUN TERDEDAH
LM guna cara 1&2 je selalunya terutama klu bawa bekal buah, lepas letak dlm bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian “chiller”…
Petuanya elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu.
Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak ajer la.
MADU
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan.
Ads
Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
JUS LEMON
Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
Ads
PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
*Sumber asal adalah daripada Puan Malina melalui blog Teratak Mutiara Kasih
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah yang kini masuk hari ke enam hari ini sudah membuatkan mak-mak mula buntu menyiapkan sarapan pagi dan minum petang untuk anak.
Bosan nasi goreng dan roti, kali ini buatkan cucur rangup pula untuk anak-anak. Paling menarik rupanya ada cara untuk memastikan adunan lagi rangup di luar dan lembut di dalam. Dr Mazliana Mazlan berkongsi tipnya.
Rangup betul cucur bilis ni tak boleh bawak bincang. Makan dah berapa ketul tak terasa, sebab sedap sangat.
Korang boleh try buat tau. Syarat dia mudah je, kena ada ais panas 100 darjah.
Bahan yang saya guna kalini;
Bilis
Kentang
Bawang besar
Tepung gandum tanpa peluntur non GMO
Garam Himalaya
Raw cane sugar
Chop bilis, kentang, bawang 5 saat.
On kettle mode untuk dapatkan air suhu 100 darjah.
Masuk semua bahan, mix 15 saat.
Selesai!
Kemudian bulatkan dan goreng.
Makan masa panas rangup betul. Cucur ni lembut sampai ke petang tau.
Nasi bijirin yang kaya dengan khasiat. Nasi berlebihan semalaman jangan dibuang, pelbagaikan kegunaannya dengan menghasilkan sajian buat si kecil.
Nasi mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, fosforus, selenium dan zat besi. Kebanyakan kanak-kanak tidak gemar sajian nasi yang kosong. Jadi ibu perlu mempelbagaikan cara masakan dan bentuk supaya selera si kecil boleh ditambat. Makan nasi tanpa mereka sedari!
Ibu ini, Syida Dea Lurve’ A berkongsi tentang sajian nasi yang disediakan olehnya untuk si manja
Breakfast Opa hari ni Crispy Rice Patties sebab semalam punya nasi tak laku ?. Ok alang-alang tu nak share terus antara menu Opa yang guna leftover rice. Tahu tak kebaikan dan khasiat nasi sejuk semalam tu?
Kata nya nasi sejuk tu prebiotik. Tau kan prebiotik and probiotik tu penting untuk usus yang sihat? Immune yang kuat datangnya dari usus yang sihat. So jangan takut-takut nak guna nasi sejuk (selagi tak basi la kan) as long as anak anda tak ada masalah GERD atau kembung perut ok?
Berikut ialah resepinya;
Cheesy rice egg muffin
masukkan capsicum, udang cincang, nasi, baby spinach dalam muffin tray
pukul telur. Season dgn garlic powder and sedikit lada hitam. Boleh jugak nak letak serbuk ikan bilis
masukkan telur ke dalam tray. Jgn penuh sgt. Tabur cheese. Tabur parsley flakes.
bakar dalam oven. 180°c 15minit. Siap.
Nasi goreng simple
Tumis bawang merah, bawang putih cincang sampai garing.
Pecah telur and hancurkan. Perasakan dgn serbuk bilis. And masuk nasi. Gaul sebati. Siap
Rice omelette
Pukul sebiji telur.
Masukkan sayur pilihan and nasi.
Gaul sebati and goreng mcm telur dadar. Siap
Jejari cucur nasi
Blend nasi, udang dgn sikit air
Masukkan dalam mangkuk. Tambah sikit tepung. Macam nak buat jemput kepekatan adunan dia ya.
Campur la sayur mayur apa yg nak. Mama campak daun kucai, carrot je.
Gaul adunan sebati. Masukkan adunan dalam plastik bersih and gunting hujung plastik tu (mcm cara piping org buat kuih tu).
Dengan minyak panas and byk, pipe adunan terus ke dalam minyak panas. Potong ikot size yg sesuai. Biar garing and angkat toss minyak siap.
Baked cheesy rice
Blend baby spinach, nasi and cheese.
Masukkan dalam cup cake and bakar 180c 25mins. Dah siap
Nasi goreng seafood
Tumis tomato paste (blend bawang merah, tomato, bawang putih and capsicum) sampai pecah minyak. Masukkan serai and daun limau purut.
Masukkan udang. Gaul sebati
Masukkan nasi. Gaul2 and goreng sampai nasi agak garing. Siap
Kalau dulu apam marble berwarna merah, kali ini chef masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans tampil berkongsi resipi Apam Gula Merah pula untuk pengikut setianya.
Bukan resipi biasa bahkan apam istimewa ini ditambah santan bagi melemakkan lagi rasa apam sebenarnya. Memang lembut dan gebu. Rugi tak cuba!
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
1 cawan air masak
2 cawan tepung beras
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 cawan air masak
1/2 cawan santan pekat
3 sb yis kering
Masak gula merah, gula putih dan air masak. Biarkan larut. Boleh tambah simpulan daun pandan. Matikan api tapis dan bila sejuk.
Masukkan bahan-bahan lain, whisk kan sebati atau kacau rata dan boleh blender sebati. Senang je kan.
Tuang dalam bekas besar tutup pakai kain lembab biar 1 jam.
Dah kembang kacau kan dia tuang dalam loyang. Sapu siap-siap minyak ya.
Kukus 40 minit, kalau acuan kecil-kecil tu 10 minit je kukus.
Okey siap dah, makan la dengan kelapa muda. Letak garam gula sikit macam biasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.