Ada bermacam resipi makanan superfood yang dikongsi bagi merawat penyakit batuk berkahak di kalangan anak kecil.

Biasanya resipi yang banyak dikongsi menggunakan bahan-bahan seperti halia, bawang putih, kunyit, kaki ayam, seleri yang dimasak menjadi chicken bone broth yang terkenal menguatkan kembali sistem imun badan anak.

Sebenarnya ada lagi superfood yang jarang dikongsi iaitu singo pear. Perkongsian oleh Herny Hafiz dalam Geng Memasak Untuk Anak (GMUA) mengenai buah superfood ini sebagai makanan semula jadi terbaik menaikkan sistem imun badan.

Salah satu superfood yang saya tak pernah share rasanya ialah singo pear soup. Singo pear agak mahal berbanding chinese pear biasa (Lai Pear).

Singo pear selalu dijual 2 biji sebekas. Harga dalam RM8-10 utk 2 biji. Singo pear atau Korean Pear antara buah yang bagus diberikan pada anak-anak seawal 6 bulan sama ada dibuat puri atau sup.

Sup Singo Pear Bagus Untuk Rawat Batuk Berkahak Anak. Cuba Resipi Dikongsi Ibu Ini

IKLAN

Singo pear soup ini juga merupakan healing soup (chinese medicine) terutama untuk baby yang sedang batuk dan berkahak.

Resepi Singo pear soup ni mudah saja. Asas soup untuk baby dan toddler cukap sekadar buah pear ini, dipotong besar, direbus bersama tulang ayam dan suap kepada anak. Boleh juga tambah kurma merah sekali.

Ini pula perkongsian resipi sup singo pear yang dibuat oleh Syafiqa Hasnul apabila anaknya Afiq Althaf tak sihat dan nampak macam nak berkahak. Jadi dia masakkan sup ini untuk kuatkan imun.

IKLAN

Sup Jernih Singo Pear

Sup Singo Pear Bagus Untuk Rawat Batuk Berkahak Anak. Cuba Resipi Dikongsi Ibu Ini

Bahan-bahan:
Singo pear
Sesudu barli
Kaki ayam

IKLAN

Cara memasak:
1. Rendam barli semalaman. Toskan.
2. Masukkan barli, kaki ayam & air ke dalam periuk.
3. Masak hingga barli kembang.
4. Apabila barli hampir kembang, masukkan singo pear.
5. Masak hingga pear lembut.
6. Sesuaikan ikut tekstur yang anak suka.

Sumber: Geng Memasak Untuk Anak

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI