Bila tiba hari raya, Kanak-kanak lah insan yang paling gembira meraikanya kerana mereka tahu mereka bakal mendapat duit raya. Tak kisahlah sikit atau banyak mereka tetap ternanti-nantikan duit raya dari orang dewasa.

Guna Duit Raya Beli Keperluan Anak-Anak Cetus Perdebatan Ramai

Kebiasaanya duit raya anak-anak dipegang oleh ibu ayah dan disimpan di dalam bank untuk masa depan mereka. Ada juga ibu ayah yang terpaksa meminjam duit raya anak-anak untuk kelangsungan hidup dan barang keperluan anak-anak.

Guna Duit Raya Beli Keperluan Anak-Anak Cetus Perdebatan Ramai

Sama seperti ibu ini yang menggunakan duit raya anak untuk membeli susu serta lampin pakai buang. Kisahnya dikongsi dalam video berdurasi pendek di laman TikTok nya sendiri.

IKLAN

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai, ada warga maya yang bersetuju malah ada yang tidak bersetuju ibu ini menggunakan wang raya anak kerana nafkah anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

Guna Duit Raya Beli Keperluan Anak-Anak Cetus Perdebatan Ramai

Persoalan tentang hukum boleh atau tidak menggunakan duit anak untuk perbelanjaan diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan seperti dalam AL-KAFI #1171: HUKUM IBU BAPA MENGGUNAKAN HARTA ANAK-ANAK , ringkasan:

Kami berpendapat bahawa pendapat jumhur (majoriti) ulama’, iaitu ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukannya sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara’. Hukum ini juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut. Mengenai hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ), para ulama’ menjawabnya dengan dua jawapan:

IKLAN

Huruf lam pada perkataaan (لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan penuh, tetapi ia membawa makna keharusan mengggunakannya.
Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: “Huruf lam pada hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan mutlak, sesiapa yang mengatakan bahawa ia membawa maksud keharusan menggunakannya, maka ia lebih menepati makna hadith. Jika tidak, maka hilanglah faedah dan makna hadith tersebut” Lihat I’lam al-Muwaqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (1/116)

Seorang anak apabila meninggal dunia, hartanya akan diwarisi oleh isteri, ibu, anak-anaknya serta ahli keluarga lain. Bukan hanya ayahnya sahaja yang mewarisi harta tersebut. Jika harta seorang anak dimiliki sepenuhnya oleh seorang ayah, maka waris lain tidak memiliki hak untuk mewarisi hartanya.

Imam asy-Syafie Rahimahullah telah berkata:
“Sesungguhnya ketika mana Allah mewajibkan bagi seorang ayah mewarisi harta anaknya, Dia menjadikan ayah tersebut seperti waris-waris yang lain, iaitu berkemungkinan seorang ayah memperoleh bahagian yang lebih sedikit berbanding waris-waris yang lain. Ini menjadi bukti bahawa seorang anak memiliki sepenuhnya hak ke atas hartanya, bukan orang lain” Lihat ar-Risalah (hlm. 468)

Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

IKLAN

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

Kredit: TikTok

Guna Duit Raya Beli Keperluan Anak-Anak Cetus Perdebatan Ramai

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI