Bila nak bagi anak makan, mama mestilah mahu berikan yang terbaik. Bukan sahaja menitik beratkan kandungan nutrisi yang ada malah mengambil kira tentang makanan yang tidak memudaratkan anak.
Selalu kita dengar menumis menggunakan butter atau mentega dalam masakan anak atau ada juga yang menggunakan minyak zaitun. Untuk pengetahuan mama semua, selain bahan tersebut, minyak sapi juga baik untuk digunakan dalam masakan anak.
Ads
Menurut perkongsian Pn Mazliana Mazlan minyak sapi boleh menjadi ganti kepada bahan-bahan di atas terutamanya untuk anak mama yang mempunyai alahan kepada produk tenusu atau yang ada alahan dengan butter.
Ads
Tambahnya lagi minyak sapi juga sesuai untuk diberikan kepada anak-anak yang mempunyai alahan seperti asma dan juga ekzema.
Minyak sapi, kaya dengan omega 3, bagus untuk akal dan minda anak-anak. Bantu pertumbuhan dan fungsi otak anak berjalan dengan baik. Anak mudah nak belajar, anak cepat ingat sesuatu.
Korang pun boleh cuba guna minyak sapi dalam makanan anak, sebagai ganti kepada minyak sawit atau butter.
Minyak sapi ni lebih mesra dengan anak-anak yang ada alahan dengan butter, insyeAllah.
Seawal anak umur 6 bulan korang boleh guna. Nak masak bubur, tumis dulu sikit bebawang dengan minyak sapi. Nak grill sayur, goreng telur tak perlu guna minyak biasa atau butter, ganti je dengan minyak sapi. Masuk dalam air coklat anak pun sedap sangat.
Minyak sapi, asalnya dari butter. Produk tenusu jugak.
Tapi bila dipanaskan butter pada suhu tertentu, akan terurai lemak, pepejal susu dan air.
Lemak yang tinggal, itulah namanya minyak sapi. Yang best lagi, minyak sapi takde laktosa dan takde protein kasein tau.
Laktosa dan protein kasein lah yang selalu bagi kesan alahan atau alergik bila anak ambil produk tenusu.
Kalau anak-anak yang ada alahan macam asma dan eczema, yang mana kalau diorang makan butter akan hterukkan keadaan mereka, korang boleh cuba ganti dengan minyak sapi. InsyaAllah alahan mungkin takde, atau kurang.
Tinggi omega 3, takde laktosa dan protein kasein. Tinggi lemak baik, kurangkan radang dalam badan.
Antara pilihan terbaik untuk makanan anak kecil.
Kalau nak beli minyak sapi, korang kena jugak tengok belek label bahan ramuan tau. Sebab ada jugak minyak sapi yang datang dari minyak sawit. Itu bukan minyak sapi yang sebenar tau.
Minyak sapi yang asli, hanya datang dari 1 bahan je. Lemak susu. Ini je bahan minyak sapi tau. Kalau ada banyak sangat bahan, nama pelik pulak tu, korang jangan bagi anak k.
Kalau korang nak guna macam saya, minyak sapi grass fed dari lembu makan rumput je, boleh cari kat sini k. Wangi lain macam minyak sapi yang ini, siap ada vanilla bean lagi. Khasiat pun tinggi kan.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Sayur terung sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Bagi mama papa yang nak cuba menu baru dan sedikit kelainan, boleh cuba resepi terung bakar dengan air asam bersanta. Menu cukup simple tapi boleh membangkitkan selera makan anda.
Selamat mencuba!
Kalau kita tengok dekat rumah mak kita ada terung di pokok, kita mengeceklah sikit. Ada 10 batang, kita dapat 2 jadilah. Hehe! Hari tu tengok orang kongsi terung bakar air asam santan. Macam sedap, jadi kita cuba.
Terung Bakar dengan Air Asam (bersantan)
Bahan-bahan:
2 batang terung
1-2 biji bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili api/padi/burung
1 sudu asam jawa
100ml santan
2 cubit belacan bakar
2 helai daun bawang
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Hari ni kita akan bakar atas “grill pan” sahaja. Saya buka api sederhana, dan tak letak minyak. Pan yang saya gunakan ni tak lekat. Saya bakar setiap belah tu, dalam 3-4 minit, lepas terbalikkan.
Ni hasilnya setelah terbalikkan beberapa kali. Ada garis-garis hitam tu yang bikin sedap. Isi nya lembut, dan ada bahagian terkaramel. Manis!
Sambil bakar terung tadi, saya buat air asam. Hiris cili dan bawang, campurkan dalam mangkuk bersama air asam, belacan dan santan(dimasak).
Akhir sekali, curah air asam bersantan atas terung bakar. Tabur daun bawang untuk hiasan. Terung tu manis, air asam pula masam, masin dan berlemak. Memang padan. Cili dan bawang tu pelengkap.
Close up. Hidangan ini ringkas, tapi kalau kena padanan lauknya, memang berseleralah makan. Selamat menjamu selera!
Kali ni saya padankan dengan ikan bawal goreng masak sos tiram berhalia. Lepas tu ada ubi rebus goreng berempah, cicah sambal kicap (orang Johor). Resepi bawal ni lain kalilah saya kongsi.
Cromboloni manisan viral yang bentuknya tidak ubah seperti roti bom dan disalut dengan pelbagai perisa leleh. Biasanya anak-anak sukalah dengan manisan manis begini. Perisa yang sering menjadi kegemaran ramai antaranya coklat, pistachio, strawberi dan macam-macam lagi. Topping pula boleh ikut selera masing-masing.
Cromboloni atau dipanggil New York Rolls ini juga sangat sesuai untuk peminat hidangan viral. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba walaupun sekali seumur hidup. Harganya juga agak keras, jadi kalau hendak makan puas, jomlah kita buat sendiri. Boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Farisya Annisa ini.
RESIPI CROMBOLONI
Bahan-bahan:
250 gram tepung roti
1/2 sudu kecil Garam
20 gram marjerin cair
1 kuning telur
125 ml susu cair penuh krim
30 gm gula
1 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil garam
100 gm korsvet/pastri marjerin
Jem coklat coklat berlapis
Alatan khas, rolling pin
Cara membuat:
1. Sediakan papan leper kayu atau meja bagi membentangkan puff pastri.
2. Sapukan pada puff pastri di atas papa tersebut dan canainya perlahan-lahan guna rolling pin.
3. Apabila doh terasa mudah untuk dibentuk serta anjal, anda boleh mula membentuk cromboloni.
4. Potong pastri dengan memanjang dan lebar ikut cita rasa anda.
5. Susun di atas satu persatu pastri yang anda potong tadi.
6. Gulungkan dari hujung ke hujung secara kemas dan cuba bentukan bulatan bola sehingga doh habis.
7. Sekiranya anda inginkan cromboloni yang besar boleh tambahkan sahaja gulungan pastri puff.
8. Susun pastri yang dibentuk tadi dalam loyang leper bulat.
9. Pukul kuning telur dan sapukan pada setiap pastri yang siap digulung tadi.
10. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
11. Bakar cromboloni lebih kurang dalam 20-25 minit.
12. Setelah kelihatan warna keperangan dan masak, boleh terus keluarkan dari oven. Sejukkan ke suhu bilik.
13. Apabila cromboloni sudah sejuk, bolehlah sapu jem kesukaan anda guna penyepit dan alat yang tajam untuk membuat rongga ditengah.
14. Masukkan jem tersebut ke dalam lubang dengan bantuan piping bag.
15. Cromboloni anda sudah siap! Bolehlah dinikmati bersama keluarga.
Garam memang menyedapkan masakan tapi jangan letak garam dalam makanan anak umur 2 tahun ke bawah. Kadang-kala ada ibu yang tahu tentang info ini tapi rasa macam ok kalau setakat letak sikit sahaja garam dalam masakan anak.
Jangan main-main ya ibu! Baca penerangan kenapa garam tak dibenarkan dalam makanan anak bawah umur 2 tahun yang dikongsikan oleh Dr.Mazliana Mazlan.
Tahukah ibu-ibu, dalam makanan anak-anak terdapat garam semula jadi di dalamnya.
+ Dalam susu ibu dan air, ada garam
+ Dalam nasi, ikan, ayam dan daging, ada garam
+ Dalam telur dan kekacang, ada garam
+ Dalam sayuran dan buahan, ada garam
Hatta dalam bebawang, pun ada garam!
Keperluan garam seharian, bergantung kepada tahap umur anak-anak ya.
1. 0 hingga 1 tahun
Hanya memerlukan garam sebanyak, kurang daripada 1g sehari (bersamaan dengan 0.4g sodium atau 1/6 sudu kecil garam).
Anak-anak yang berumur 6 bulan dan ke bawah, kandungan garam dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan harian mereka. Sebab tu, anjuran untuk perkenalkan solid food pada anak adalah selepas umurnya 6 bulan.
Kebiasaanya, selepas umur 6 bulan, ibu-ibu perkenalkan makanan buat anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan kurang sedikit demand untuk menyusu. Jadi, balance lah kandungan garam dalam susu ibu dan juga pemakanan real food anak-anak.
2. 1 hingga 3 tahun
Hanya memerlukan garam sebanyak, kurang daripada 2g sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium atau 1/3 sudu kecil garam).
Dalam tempoh 1 hingga 2 tahun, anak biasanya masih mendapat sumber garam daripada susu ibu, dan juga pemakanan real food.
Selepas umur 2 tahun, tidak ada masalah jika ibu-ibu ingin menambahkan garam dalam makanan anak, tetapi cukuplah sekadar kuantiti yang sedikit.
Garam sebaiknya, tidak diberikan pada anak-anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Maksud Ummi di sini, garam tambahan seperti garam himalaya. Ataupun garam putih, yang mana sepatutnya dielakkan terus kerana tidak punya kandungan nutrisi, walaupun sedikit.
Oh, dalam makanan terproses jugak sebenarnya ada kandungan garam yang tersembunyi. Maka, lebih baik ianya juga dielakkan. Sebaiknya baca label sebelum membeli sesuatu untuk anak.
Jap. Tertinggal satu. Ikan bilis pun ada garam tambahan tau. Cuba ibu-ibu try study bagaimana ikan bilis diproses.
Hmm. Ada masalah ke kalau bagi anak-anak garam ‘tambahan’ atau garam ‘tersembunyi’ sebelum 2 tahun?
Jika kandungan garam masih di paras normal, mestilah takde masalah. Tapi boleh ke kita nak kira manually banyak mana garam yang masuk dalam badan anak kita? Haaaa.
Pernah tak kita tapis air kopi dalam penapis kain yang sangat halus. Serdak kopi akan terperangkap ke dalam kain tu. Kali pertama dan kedua tuang air kopi, smooth je air turun. Kali ketiga, kali keempat, agak susah air nak turun sampai perlukan bantuan sudu untuk kacau serdak kopi tersebut.
Gitulah jugak buah pinggang anak-anak. Lebihan garam akan memberi kesan kepada buah pinggang untuk lebih bekerja, sampai satu tahap mungkin perlukan bantuan seperti dialisis.
Kandungan garam yang tinggi juga boleh menyebabkan naiknya tekanan darah ye. Jangan ingat darah tinggi warga emas je boleh dapat tau.
Hal sebegini, bukan harini buat esok dapat hasilnya. Kesannya akan beri pada anak mungkin 10 tahun, 30 tahun atau 50 tahun akan datang. Jika kita sebagai ibu tidak membantu anak-anak untuk menjaga kesihatan mereka dari sekarang, siapa lagi kan?
Sekian dari Ummi.
Moga bermanfaat.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.