Gurauan Pecah Air Ketuban, Abang Ipar Afifah Nasir Cuak, Part Baling Tuala Paling Win

Share

Baru-baru ini, pelakon dan figura media sosial, Afifah Nasir, berkongsi berita gembira bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebagai anak sulungnya. Momen ini nyata membawa erti baru buat Afifah mula melangkah ke dunia baru bergelar ibu buat pertama kali.

Menariknya, satu video prank yang tular memaparkan Afifah bertindak seakan mengalami “pecah air ketuban” sehari sebelum dijadualkan bersalin. Dalam prank tersebut, suasana makan malam sekeluarga tiba-tiba menjadi kecoh apabila Afifah menjerit seakan air ketubannya benar-benar pecah.

Ibunya sempat berkata, “Call doktor!” Semua kelihatan kelam kabut bangun dari tempat meja makan menuju ke arah Afifah untuk menghulurkan bantuan. Abang Ipar Sulung Afifah terus membertindak memberitahu segera membawa kereta.  Pada masa yang sama, kelihatana suaminya cukup tenang menunju ke arah isterinya. Namun tidak lama kemudian, Afifah ketawa, membuatkan suasana cemas bertukar menjadi gelak ketawa namun ada wajah ahli keluarga jelas kelihatan cuak.

“tak kelakar… ”

Walaupun ada suara yang menegur jangan buat main-main benda serius ” Tak Kelakar…” siap baling dengan tuala sekali. Tegas tapi jelas begitu prihatin apabila ia jadi gurauan di saat Afiffah menunggu hari untuk bersalin.  Afifah tetap dengan ketawa ceria menunjukkan sisi dirinya yang “happy go lucky” dan sentiasa inginkan kebahagian buat diri dan keluargannya.

Penghujung video kelihatan Afifah memeluk suaminya sebagai menggambarkan sokongan emosi yang kuat bahawa dalam setiap gelak tawa dan drama, ada ikatan yang teguh antara dua insan.

NETIZEN KAGUM ABANG IPAR CARING

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pemintanya terhibur dengan gelagat secara spontan yang dilakukan oleh Afifah. Ada yang beranggapan suami Afifah seorang yang ‘cool’ dan memberi jelaskan bahawa Afifah bertuah mempunyai abang -abang ipar yang begitu prihatin dan bertindak pantas.

“Husband dia cool jee…”

“Cuak dan caring tu terserlah. “Dik2 pegi amik kereta..” terbaikk lah dapat abang ipar camni…”

“tak kelakar gila sambil kena baling tuala…”

 

Sumber: afifahnasir93

 

Published by
Nor Yusoff