Habbatus sauda sangat baik dijadikan minuman harian bagi membantu menurunkan berat badan. Ia juga merupakan salah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah.
Keberkesanan herba ini dalam merawat beberapa penyakit kronik berkenaan dikaitkan dengan ciri-cirinya yang mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat. Potensi dan kelebihan habbatus sauda dalam bidang perubatan serta kesihatan bukanlah perkara baharu.
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).
Bagi mama yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mama bolehlah mencuba petua yang diamalkan oleh wanita ini. Bahan asas yang digunakan ialah habbatus sauda.
RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Ads
Bahan-bahan:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-cara:
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
Ads
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
Ads
5- Kacau rata. Sedia untuk diminum. Memang sedap rasanya. Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.
Dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. Sebab itulah ia berkesan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan saponin dalam habatussauda ini juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringan. Selain untuk menurunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selesema.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan menjadi luahan kesakitan.
Muhammad Khalish Affan, 1 tahun 5 bulan, anak yang aktif dan ceria kini sering diserang demam. Semenjak beberapa bulan yang lalu selepas disahkan menghidap leukemia, selera makannya tidak seperti dulu. Malah rambutnya yang lebat kini semakin menipis. Badannya yang dulu tembam dan gebu kini menyusut.
Menurut ibunya, Nuhanabilla Hazani berkata ketika mula-mula dia melihat itu Khalish sering demam dan kurang selera makan, tidak menyangka ada sel kanser sedang menyerang. Paras Hb ketika itu hanya 5 dan platelet juga sangat rendah. Ketika itu Khalish berusia 11 bulan. Ketika leukemia mula-mula dikesan, kira-kira 15% sel kanser sedang agresif di dalam darah anak kecil ini. Ia meningkat kepada 28% ketika kali kedua.
HB & PLATELET RENDAH
Sejak itu, Khalish telah pun melalui beberapa kali kimoterapi dan kini memasuki cycle ketiga. Hati ini mana yang dapat melihat kesakitan ditanggung anak. Setiap kali mendengar tangisan kesakitan anak, ia benar-benar menghiris hati ibu ini. Tapi Nabilla perlu terus kuat.
Penderitaan cinta hati ummi abi. Tak sanggup lihat adik begini, ummi reda apa yang berlaku & berserah kepada Allah.
Sel darah putih meningkat, bimbang sel kanser aktif balik. Ada nanah pada chemoport, patutlah demam suhu tinggi 40.4°C
Ada nanah dalam perut Khalish sebesar 2sm berdekatan limpa.
Tak pernah terlintas membesarkan Khalish di hospital. Ketika anak seusiamu belajar untuk berjalan dan bercakap, Khalish terlantar di sini. Ummi rindu gelak tawa & selera makan Khalish.
Demam tinggi & nanah dalam perut belum selesai. Selera makan tak ada langsung. Berat dari 10kg dah menyusut ke 8.2kg.
Keputusan imbasan menunjukkan nanah dalam perut masih dalam keadaan yang sama.
Rawatan chemo terpaksa tangguh Khalish demam. Patelet dan Hb semakin menurun. Kos pembayaran sampel darah RM600 dipermudahkan dengan sumbangan & bantuan.
Dalam perkembangan terkini, Khalish bertahan. Anak kecil yang comel ini anak yang kuat. Menurut Nabila, Khalish akan melalui rawatan kimoterapi semula esok.
“Khalish masih macam ni, tak ada perubahan. Esok start treament chemo balik. Lama dah tangguh kimo ni sebab dia demam. Kalau demam tak boleh kimo. Nanah dalam perut tu masih ada.
“Minggu lepas kami membuat bayara RM700 untuk hantar sampel darah ke Australia. Nanah dalam perut bermula dari bulan 11 tahun lepas dan punca tidak diketahui sama ada kuman atau pun sel kanser.
BANYAK DUDUK WAD DARI RUMAH. BALIK RUMAH HANYA TIGA EMPAT HARI DATANG SEMULA
“Khalish banyak berada di wad hospital berbanding di rumah. Mula-mula masuk ward 3 bulan duduk hospital tak balik-balik. Pernah sekali selepas balik tak sampai 24 jam datang balik hospital kerana Khalish tiba-tiba demam,muntah. Paling lama duduk rumah ialah 3, 4 hari je. Apabila sakit, Khalish hanya mampu menangis. Saya hanya mampu memujuk diri supaya terus bersabar dan berdoa,” kata Nabila.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Khalish Affan boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun Agro Bank 2006362000090140 milik Nurhanabilla Hazani atau akaun CIMB 7051760371 Mohamad Khairul Azhar Bin Khalir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan anak yang dikandung 40 minggu adalah ujian yang hebat, boleh menyebabkan trauma sepanjang hayat.
Hanya sempat bersama beberapa hari, si anak kembali kepada Maha Pencipta ialah satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Sudahlah menunggu 2 tahun untuk mendapatkan cahaya mata ini. Namun segalanya diserahkan kepada Allah Maha Mengetahui yang telah merencanakannya, ujian yang hebat hanya untuk hambaNya yang kuat.
Hasil post mortem yang dilakukan menunjukkan si kecil mengalami keretakan tempurung kepala dan kerosakan tisu kepala. Menurut catatan IG Story ini, pihak forensik juga memaklumkan ia adalah disebabkan oleh kesalahan pihak hospital.
Si ibu sempat mencoretkan kenangan melahirkan anak syurganya itu di ruangan Instastory. Keterujaan ibu dan ayah untuk bertemu dengan si kecil yang ditunggu-tunggu turut dirakamkan dalam bentuk catatan ini.
Ketika di labour room
Dibawa ke dewan bedah
Mana baby saya?
Baby 50-50, ada kesan luka di kepala
Pertama kali dapat lihat anak yang dikandung selama ini
Pangku & cium buat kali terakhir. Sebaknya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gigi terbentuk dalam pelbagai saiz, bentuk dan lokasinya di rahang. Perbezaan ini membolehkan gigi berfungsi bersama-sama untuk membantu anda mengunyah, bercakap dan tersenyum.
Malahan gigi juga membantu memberikan wajah terbentuk. Pada setiap kelahiran, seseorang biasanya mempunyai 20 gigi bayi (primer), yang mana mula terhasil pada usia kira-kira 6 bulan.
Kemudian ianya tertanggal atau tercabut pada pelbagai masa sepanjang zaman kanak-kanak. Menjelang umur 21, kesemua 32 gigi kekal biasanya terhasil.
Apabila ia berlaku… Sakit gigi (pulpitis) adalah apabila pulpa di dalam gigi menjadi meradang dan dijangkiti. Pulpa adalah bahagian lembut di dalam gigi yang mempunyai saluran darah dan saraf.
Apa punca sakit gigi pada kanak-kanak?
Sakit gigi sering berlaku selepas kecederaan pada gigi. Bentuk yang paling biasa untuk kecederaan gigi adalah dari rongga. Ia adalah lubang dalam gigi atau dengan bahasa mudah keadaan gigi berlubang. Satu rongga sering disebabkan kebersihan gigi yang lemah.
Gula dan kanji dalam makanan membolehkan bakteria di dalam mulut merosakkan gigi. Bakteria di dalam mulut memakan gula dan kanji dan membuat asid yang boleh dimakan melalui gigi. Ini membawa kepada kerosakan gigi.
Apakah simptom sakit gigi pada kanak-kanak?
Setiap kanak-kanak mungkin merasakan simptom yang sedikit berbeza.
Tetapi di bawah adalah simptom yang paling biasa bagi keadaan sakit gigi:
Bagaimanakah mendiagnosis sakit gigi pada kanak-kanak?
Pembekal penjagaan kesihatan anak anda sering boleh mendiagnosis sakit gigi dengan sejarah kesihatan lengkap dan pemeriksaan anak anda.
Dia mungkin akan merujuk anak anda kepada doktor gigi untuk penilaian dan penjagaan. Ketika di doktor gigi, anak anda mungkin melakukan X-ray.
Sinar X menghasilkan imej tisu dalaman, tulang, dan gigi. Doktor gigi juga boleh memeriksa rongga menggunakan peranti yang dipanggil transilluminator. Ia tidak menggunakan radiasi.
Simptom sakit gigi mungkin kelihatan seperti masalah kesihatan atau pergigian yang lain. Pastikan anak anda berjumpa pembekal penjagaan kesihatannya atau doktor gigi untuk diagnosis.
Bagaimanakah merawat sakit gigi pada kanak-kanak?
Jika anak anda mengalami sakit gigi, anda perlu membuat temu janji dengan doktor pergigian am atau pediatrik di kawasan anda. Rawatan akan bergantung kepada simptom, umur, dan kesihatan umum anda. Ia juga bergantung kepada keterukan keadaannya.
Selain itu, anda boleh memberikan bantuan sementara dengan rawatan di rumah.
Rawatan boleh merangkumi:
Bilasan air garam suam Pastikan anak anda berkumur dan membilas mulutnya dengan air suam yang dicampur dengan garam. Ini kerana garam berfungsi untuk membunuh bakteria, sementara air suam dapat membantu meringankan rasa sakit dan mengurangkan bengkak dalam gusi. Anda boleh melakukan ini berulang kali sepanjang hari.
Minyak bunga cengkih
Sapu beberapa titisan minyak cengkih ke dalam bola kapas sehingga sedikit basah, kemudian sapukan langsung ke gigi untuk meringankan rasa sakit. Minyak cengkih boleh membantu menenangkan sakit gigi dan membuatkan mati rasa atau kebas pada mulut di sekeliling gigi. Anda juga boleh memerah beberapa titis ke dalam bahagian minyak kelapa dan berkumur dengan campuran itu.
Minyak kelapa itu sendiri boleh mengurangkan pembentukan plak, melawan penyakit gusi dan mencegah kerosakan gigi, jadi walaupun anda tidak mengalami sakit gigi, anda boleh menggunakannya.
Ubat sakit bukan preskripsi
Mengambil ubat melegakan kesakitan OTC boleh membantu meredakan kesakitan, tetapi sila ikuti dos yang disyorkan untuk kanak-kanak.
Tuam sejuk
Tuam sejuk di luar pipi anak anda boleh membantu rasa sakit dan melegakan bengkak jika sakit gigi disebabkan oleh trauma atau kecederaan dan bukannya kerosakan gigi atau plak.
Hidrogen peroksida
Bilas sedikit hidrogen peroksida dengan air dan berkumur seperti cecair mulut. Ia boleh membawa anda melegakan dan menangkis gingivitis. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati bahawa anak anda tidak menelan atau memakannya kerana ia boleh menyebabkan masalah perut.
Pudina
Tumbuhan aromatik ini sering digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, selesema dan loya dan ia juga boleh menyembuhkan sakit gigi.
Cuba kaedah ini:
Bawang putih
Untuk meringankan sakit gigi, bawang putih boleh digunakan sebagai antibiotik semula jadi.Anda boleh mencincang halus bawang putih, menghancurkannya dan, setelah membiarkannya selama 10 atau lebih minit, sapu terus ke kawasan terjejas itu.
Selepas satu atau dua minit, bilas mulut anda dengan air garam suam, jika boleh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!