Bagi peminat sukan Badminton pasti cukup mengenai kegigihan pemain profesional beregu wanita dari Indonesia yang sering mengharumkan nama negara itu.
Kini selepas pencen secara rasmi, dua bulan selepas berehat, Greysia Polii mengesahkan dia kini hamil 6 bulan.
Berkongsi perkhabaran gembira itu kepada peminatnya di seluruh dunia, bekas atlit badminton yang disegani di Indonesia ini meluahkan rasa syukurnya kerana rezeki yang tidak terhingga itu.
“Dua bulan setelah pencen sebagai atlet profesional bulu tangkis, sekitar Agustus 2022, saya dan @felixdjimin menerima hadiah yang sangat indah dari Tuhan, sekarang kandungan sudah berusia 6 bulan,” kongsinya penuh bahagia.
Jika dahulu wajahnya sering muncul dengan gaya cukup tangkas bersama pasangan beregunya, Apriyani Rahayu, kini kehidupannya berubah sejak disahkan hamil.
Ads
“Dulu dunia mama hanya seputar bulu tangkis dan fokus menjadi seorang juara saja.
“Setelah mama menyatakan pensiun (pencen) dari bulu tangkis profesional, diumur mama yang sudah 35th (bukan usia yang produktif buat seorang wanita untuk mengandung – sekali lagi Tuhan menunjukan kesetiaannya terhadap manusia).
Ads
“Ternyata papa @felixdjimin dan mama tidak perlu menunggu lama untuk kehadiran kamu. Hanya 2 bulan, kamu hadir menjadi benih di perut mama. Mungkin kamu sudah gak sabar kali ya mau dilahirin.
“Sekarang setelah kamu bertumbuh dalam perut mama, buat mama, kamu adalah seorang juara. Mama jadi lebih mengerti lagi arti seorang juara sejati yang sesungguhnya. Kamu mengalahkan ribuan benih lain yang juga ingin berjuang mendapatkan kehidupan,” tulisnya lagi.
Malah kongsi Greysia Polli lagi, dia amat bersyukur dan mohon untuk terus mendoakan kehamilannya hingga detik melahirkan kelak.
Ads
“Kami sangat bersyukur untuk semua yang sudah mendoakan kami. Mohon terus doakan kami hingga hari persalinan nanti ya,” kongsinya lagi.
Tahukah anda bahawa dapur di rumah ada boleh menjadi ‘farmasi’ segera sekiranya anda sekeluarga mengalami penyakit ringan tertentu. Sama jugalah halnya dengan ibu hamil. Memandangkan bahan-bahan ini adalah semula jadi, maka ia lebih baik berbanding ubat-ubatan lain.
Apabila ada lima bahan ini di dapur rumah setiap masa, jadi anda dengan mudah membuat langkah pencegahan atau rawatan awal jika berlaku serangn penyakit. Malah, memandangkan ia turut dikenali sebagai superfood, maka bolehlah anda mengamalkannya secara rutin demi memastikan diri dan kandungan kuat
Bawang putih
Daripada sudut kesihatan, bawang putih terkenal sebagai bahan yang dapat menguatkan sistem imun tubuh. Jika anda mengalami masalah batuk dan selesema, inilah bahan yang patut digunakan. Ia sangat berkesan!
Antara lain ia turut membantu anda menyihatkan tulang, menstabilkan gula dalam darah kerana ia dapat meningkatkan kadar insulin dalam darah sekaligus mengelakkan penyakit diabetes.
Halia
Sangat efektif melegakan masalah loya ketika fasa morning sickness yang kemungkinan anda alami semasa hamil.
Malah, ia membantu melegakan masalah sakit otot dan sengal badan. Selain itu, ia dapat menolong mengurangkan kandungan gula dalam darah dan masalah angin dalam badan.
Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Ia juga membantu melegakan masalah sembelit dan pada masa yang sama menyingkirkan toksik daripada dalam tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.
Jika anda demam semasa hamil, lemon dapat membantu merawatnya. Hal ini kerana lemon berfungsi menurunkan suhu badan yang tinggi dengan menggalakkan perpeluhan.
Madu
Ia turut bertindak sebagai makanan pemberi tenaga. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan. Jadi, dapatlah anda melaksanakan tanggung jawab harian dengan efisyen.
Madu juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Amalan memakannya setiap hari dapat menguatkan tubuh dan mengelakkan diri anda daripada mudah dijangkiti penyakit.
Antara lain, madu juga bersifat laksatif dan ini dapat membantu dalam proses penghadaman dengan lancar sekiranya anda mengalami sembelit semasa hamil.
Untuk anda yang mengalami masalah sukar tidur terutamanya di akhir trimester kehamilan, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai penenang semula jadi.
Cuka epal
Cuka epal juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit yang anda alami. Campurkan sesudu kecil madu bersama sesudu kecil cuka epal ke dalam segelas air kosong. Minum setiap kali sebelum waktu makan.
Amalan meminum cuka epal sehari-hari juga dapat membantu anda menigkatkan kecergasan tubuh kerana kandungan asid amino, pottassium dan enzim yang terkandung di dalamnya sangat berkesan dalam menghilangkan rasa keletihan badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri. Berusaha untuk mencuba, pasangan suami isteri berbeza etnik dan budaya, Nur Afilah Amir Rusdi dan suaminya, Adama Mohamed Camara yang juga warganegara Afrika juga turut mencuba untuk memperoleh zuriat selepas tiga tahun bergelar suami isteri.
Rupanya pasangan ini telah lama menjalani rawatan IVF (in-vitro fertilization) sejak 2019 yang lalu dan berulang alik selama tujuh bulan untuk menjalani rawatan itu.
Namun ternyata rezeki tidak berpihak kepada mereka bila mana rawatan itu ternyata tidak membuahkan hasil.
Melalui Instagramnya, Fila berkongsi kisah perjalanan IVF nya namun bersyukur atas pengalaman mahal itu biar pun tidak berjaya.
“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah.
“Kami bersyukur diberi peluang untuk jalani IVF. Kami bersyukur diberi peluang untuk usaha cari jalan,” jelasnya berkongsi.
Malah katanya lagi, biarpun tidak berjaya namun perjalanan itu membuatkan hubungannya bersama suami semakin mencambah rasa bahagia.
Bahkan anak jati kelahiran negeri Kedah ini juga turut memohon doa dari semua agar usahakan untuk memperoleh zuriat dipermudahkan.
“Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat, buatkan kami lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam (tiber nak jiwang).
“Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dah banyak doktor kami jumpa, sampai la doc ni ❤️.
“InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dari 2019 dulu. Dah lama ni simpan sorang-sorang. Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya ❤️,” tulisnya lagi berkongsi.
Pemantauan anda terhadap pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan (stillbirth).
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Kelana Jaya Medical Centre, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu.
Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).
MSB melibatkan bayi yang meninggal dunia lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
#1. Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu
muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
#2. Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
#3. Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
#4. Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama
dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
#5. Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
#6. Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
#1. Pembesaran terbantut
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
#2. Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
#3. Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
#4. Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan perubatan. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala.
Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. Tingkatkan kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.
Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa. untuk mengelakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahiran. Hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
Sementara itu, bayi biasanya tidur (tidak bergerak) selama 20 minit dan berjaga. Jika anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!