Penyanyi Lan Solo bersyukur, prosedur pembedahan membetulkan bibir sumbing anaknya, Nur Amna Quxandra selamat dan berjalan lancar.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata prosedur yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi semalam.
Melalui instagramnya, Lan memanjat rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan dan dia juga turut memuat naik status yang mengambarkan dirinya seolah-olah lega dengan keadaan Quxandra
Ads
Assalamualaikum semua… Saya nak perkenalkan diri saya ni.. .Nama saya Nur Amna Quxandra.. Iye..Baby Xandra yang kiut miut sebelum ni tu..sekarang pun kiut miut lagi tau.
Sementara itu, isteri Lan, Nur Sheila Hassim turut berkongsi perasaan gembira sebagai ibu.
Ads
Arrival Of New-Baby Xandra. Alhamdulillah..semua berjalan lancar.Hampir 3 jam bertarung. Finally Xandra hadir dengan wajah baru.
“Terima kasih kepada semua yang sama-sama mendoakan Xandra. Pembedahan berjalan dengan lancar dan tiada komplikasi berat.
Ads
“Sejuk hati dan tenang je tengok muka dia bila keluar dari dewan bedah. Alhamdulillah Ramadhan terindah 2018,” kata Sheila.
Ramai ibu bapa baru menganggap sendawakan bayi hanyalah rutin kecil selepas menyusu. Hakikatnya, ia jauh lebih penting daripada itu. Sendawa bukan pilihan, tetapi satu langkah asas untuk memastikan bayi selesa dan selamat.
Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tetapi sebagai peringatan supaya mak ayah lebih peka. Angin yang terperangkap dalam perut bayi boleh membawa kepada pelbagai masalah, malah dalam situasi tertentu, boleh menjadi serius.
Menurut Lactation Educator, Ms. Elpeni Ramli dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, bayi perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu, sama ada menyusu badan atau menggunakan botol.
Setiap kali bayi menyusu, mereka bukan sahaja menelan susu tetapi juga udara. Udara ini akan terkumpul dalam perut dan menyebabkan ketidakselesaan jika tidak dikeluarkan.
Antara kesan yang boleh berlaku:
Lebih membimbangkan, jika bayi terus dibaringkan tanpa sendawa, susu boleh naik semula ke kerongkong dan masuk ke paru-paru. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak atau lemas ketika tidur. Perkara seperti ini boleh dielakkan dengan langkah yang sangat mudah.
Menurut beliau lagi, terdapat tiga posisi asas yang boleh membantu bayi sendawa dengan lebih mudah.
Pegang rahang bayi dengan lembut dan condongkan badan bayi sedikit ke depan. Tepuk atau gosok belakang bayi secara perlahan sehingga bunyi sendawa keluar.
Letakkan kain di bahu anda, kemudian sandarkan bayi di bahu. Tepuk belakang bayi dengan perlahan sambil menggosok dengan gerakan lembut.
Letakkan bayi secara meniarap di atas paha atau lutut anda. Sokong bahagian muka dan dada bayi, kemudian gerakkan perlahan sambil menepuk belakangnya.
Mengabaikan sendawakan bayi boleh meningkatkan risiko bayi terjeluak atau tersedak, terutama apabila terus dibaringkan selepas menyusu.
Antara kesan yang mungkin berlaku:
Angin yang terperangkap membuatkan perut bayi terasa penuh dan tegang. Ini menyebabkan bayi mudah meragam dan tidur terganggu.
Udara dalam perut menolak susu naik semula ke atas. Keadaan ini boleh menjejaskan pertambahan berat badan dan meningkatkan risiko tersedak.
Susu yang naik semula boleh masuk ke saluran pernafasan apabila bayi baring, menyebabkan batuk tiba-tiba atau sesak nafas.
Bayi yang tidak disendawakan lebih mudah mengalami kolik, sembelit atau cirit-birit serta ketidakselesaan selepas menyusu.
Ini antara yang paling ditakuti. Jika susu atau angin mengganggu saluran pernafasan semasa tidur, risiko lemas dan kematian mengejut boleh meningkat tanpa tanda awal.
Sendawakan bayi mungkin nampak seperti perkara kecil, tetapi kesannya sangat besar. Ia hanya mengambil masa dua hingga lima minit, namun mampu memberi kelegaan kepada bayi dan mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini.
Jangan tunggu sampai bayi tidak selesa. Jadikan sendawa sebagai rutin wajib setiap kali selepas menyusu. Kadang perkara paling simple itulah yang paling penting untuk keselamatan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sindrom Down adalah kecacatan fizikal dan mental yang disebabkan oleh masalah genetik yang berlaku sebelum kelahiran. Kanak-kanak yang mempunyai sindrom Down cenderung untuk mempunyai ciri-ciri tertentu, seperti muka yang rata dan leher yang pendek. Mereka juga mempunyai kecacatan intelektual.
Apa yang menyebabkan sindrom Down?
Sindrom Down berlaku disebabkan oleh kesilapan genetik pada peringkat awal kehamilan dimana terdapat tiga kromosom 21 berbanding dua kromosom 21 untuk bayi yang normal. Ia juga dipanggil trisomi 21. Setakat ini mengapa Sindrom Down terjadi masih menjadi tanda tanya tetapi terdapat beberapa faktor yang meningkat risiko wanita untuk mendapat bayi Sindrom Down.
Risiko menjadi lebih tinggi jika:
Bagaimana sindrom Down dikesan?
Terdapat beberapa ujian saringan yang boleh doktor anda sarankan:
Nuchal Translucency (NT)
Semasa ujian ini, ultrasound yang digunakan untuk mengukur ruang pada bahagian belakang leher bayi anda. Risiko menjadi tinggi jika lebih cecair terkumpul dalam tisu leher ini. Ketepatan sehingga 70% untuk mengesan janin dengan Sindrom Down.
Ujian Darah
Ujian darah mengukur tahap hormon kehamilan yang dirembes oleh placenta. Tahap tidak normal mungkin menandakan adalah masalah dengan bayi. Jika ujian ini digabungkan dengan dengan NT ia boleh memberikan ketepatan sehingga 87%.
NonInvasive Chromosomal Check (NICC)
NICC adalah satu kaedah terbaru untuk menyaring ketidaknormalan pada kromosom pada kromosom janin.
Ia merupakan ujian darah dimana DNA janin dari darah ibu dapat diekstrak untuk dianalisa dari sebarang ketidaknormalan. Ia boleh dibuat seawal 10 minggu dengan ketepatan yang sangat tinggi melebihi 98%.
Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik selalunya disarankan jika ujian saringan anda memberikan keputusan yang positif atau anda berisiko tinggi untuk mendapat Sindrom Down. Ujian diagnostik akan memberikan keputusan sebenar samada betul anak anda mengalami Sindrom Down dengan ketepatan 99.99%.
Amniocentesis
Adalah prosedur dimana air ketuban akan diambil menggunakan jarum yang di tusuk ke dalam rahim ibu. Sampel air ketuban tersebut akan dikaji untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom. Ujian selalunya dilakukan pada usia kandungan 15-20 tahun dengan risiko keguguran cuma 1%.
Chorionic villus Sampling
Chorionic villus (CVS) sampling adalah prosedur dengan mengambil sampel uri dalam rahim ibu untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom. Selalunya dilakukan pada usia kandungan 10-13 minggu. Risiko keguguran kurang dari 2%.
Bayi dan ibu sama-sama mengantuk dan mudah terlelap ketika menyusu, ini adalah puncanya.
Ramai ibu berasa bersalah kerana menyusu bayi mereka untuk keselesaan atau semasa mereka tidur. Menyusukan bayi untuk tidur dan untuk keselesaan bukan perkara yang buruk untuk dilakukan sebenarnya, ia adalah perkara biasa, sihat dan sesuai perkembangan bayi. Kebanyakan bayi menyusu untuk tidur dan bangun 1 hingga 3 kali pada waktu malam untuk tahun pertama atau lebih.
Sesetengah bayi tidak perlukan penyusuan untuk tidur tidur sebaliknya diajar menggunakan peralatan seperti buaian, tepukan dodoi atau teknik tidur sendiri yang membiarkan bayi tertidur sendiri selepas mengantuk. Namun jika diberi pilihan, bayi tentunya lebih suka menyusu untuk tidur di dalam dakapan ibunya.
MENGANDUNGI HORMON MENYEBABKAN MENGANTUK
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan keselesaan dan membantu bayi untuk tidur. Ia menenangkan dan juga dapat membantu si anakmengatasi tekanan dengan lebih baik apabila tidak menyusu. Susu mengandungi hormon cholecystokinin (CCK) yang dirembeskan semasa penyusuan yang mengakibatkan rasa mengantuk pada kedua ibu dan bayi.
MEMBANTU MEMBENTUK JAM BIOLOGI
Di samping itu, susu ibu juga mengandungi hormon yang menyebabkan mengantuk, asid amino dan nukleotida yang kepekatannya lebih tinggi pada waktu malam. Ini sebenarnya juga membantu bayi-bayi membentuk jam biologi 24 jam (circadian rhythms) mereka sendiri. Jadi jika anda tidak mahu bayi meragam malam, susukan mereka dengan susu ibu.
DAPATKAN POSISI YANG SELESA
Jika bayi selesa dengan cara menyusu untuk tidur, anda perlu mendapatkan cara yang sesuai untuk menyusukannya dengan baik. Pastikan posisi menyusu sambil berbaring selesa dan sesuai serta yang tidak menyebabkan sakit belakang. Anda perlu memastikan agar tidak tertidur sehingga tertindih bayi!
BAYI BOLEH DITENANGKAN DENGAN PENYUSUSAN
Penyusuan susu ibu tidak sekadar untuk mengenyangkan. Ia juga salah satu cara untuk menenangkan bayi. Ini adalah antara sebab kenapa bayi menyusu untuk keselesaan, ketika dia jelas tidak lapar. Adakah ini tidak normal? Penyusuan untuk menenangkan adalah normal. Sekiranya bayi tidak selesa menyusu, dia perlu menghisap di tangannya atau puting palsu. Payudara adalah diibaratkan puting pertama yang diperkenalkan kepada bayi. Jadi mama jangan takut untuk menggunakannya kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.