Senyuman yang terukir mencairkan siapa sahaja yang melihat. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor makin menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan. Semua mahukan Ainul cepat sembuh.
Ainul yang menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200gram yang memakan masa 5 jam Isnin lalu dikhabarkan menunjukkan kemajuan positif.
Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram, Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga dua hari selepas pembedahan.
Ainul juga memberikan respons baik semasa sesi ‘borak-borak’ dengan mamanya. Malah Nurul Erwani turut menyatakan hasrat untuk mengajar permata hatinya itu bertutur tak lama lagi.
Ads
Rabu, 12 Jun 19 London, 9:00 malam.
“Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi.
“Nurse pun beritahu Ainul baik harini, dah senyum senyum dekat nurse?. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya.”
❤️❤️❤️
Follower melahirkan keterujaan, gembira dan bersyukur atas perkembangan positif yang ditunjukkan Ainul. Ainul dihujani doa daripada warganet dan berharap Ainul pulih segera daripada pembedahan dan kanser yang dialami sembuh.
Pelakon jelita Diana Danielle tetap tampil langsing dan menawan. Dah beranak dua pun ibu muda ini tetap langsing macam zaman anak dara dulu.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan kerjaya dan rumahtangga tetapi isteri kepada pelakon Farid Kamil ini tetap mempunyai masa untuk diri sendiri terutama dalam bab melakukan aktiviti kecergasan.
Diana juga sibuk sebagai pelumba kereta program Toyota Gazoo Racing Malaysia dan baru-baru ini dia mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan pertama yang diadakan di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil.
Dalam sibuk di litar lumba, pelakon yang juga pengacara program Kata Serasi di NTV7 ini tetap mempunyai cara tersendiri untuk terus tampil langsing dan bertenaga.
Baru-baru ini Diana berkongsi di Insta storynya tip mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan anak.
Ada pengikut yang bertanya benarkah rahsianya kekal langsing dengan tidak makan nasi sejak melahirkan anak sulungnya Muhammad yang kini berusia 5 tahun dan meminta Diana berkongsi tip turunkan berat badan.
Menurut Diana, dia memang tak makan nasi tetapi tak bermaksud menahan lapar. Sebaliknya pelakon ini telah menukarkan nasi kepada quinoa dan cous cous iaitu pengganti untuk nasi putih yang mengenyangkan dan khasiatnya sama seperti nasi.
“Jangan biarkan diri anda berlapar, buat senaman yang anda suka seperti menari (jika anda suka) atau yoga (saya sangat suka yoga) atau hiking (jika anda gemar aktiviti outdoors), berenang (saya suka juga).
Ada banyak pilihan yang anda boleh pilih. Macam makanan, saya adalah orang Malaysia yang suka makanan, tapi sesetengah masa saya tukar apa yang saya makan.
Selain itu banyak makan sayuran dan makanan yang mengandungi banyak air. Paling penting sekali, cukup tidur, rehat cukup, InsyaAllah.
Pengalaman penyusuan setiap ibu tak sama. Ada yang susu meriah di awal kelahiran dan anak pandai menyusu. Tak kurang juga yang terpaksa tunggu beberapa hari untuk susu keluar selain diuji pula dengan anak yang menangis tak cukup susu dan ada jaundis. Keadaan ini secara tak langsung boleh menganggu emosi si ibu.
Menerusi perkongsian eksklusif pelakon Eyra Hazali yang juga ibu kepada permata hatinya, Muhammad Hayder Qhalish kepada Pa&Ma, perjalanan penyusuan untuk anak sulung sangat-sangat strugle ketika di awal kelahiran.
Ini kerana Hayder tak pandai nak menyusu lagi walaupun ketika mengandung Eyra dah tengok youtube, membaca untuk pastikan semuanya lancar. Namun bila hari kejadian ia betul-betul menguji sehingga Eyra pun menangis kerana risau.
Kebetulan pula Hayder ada jaundis. Jadi bila dia tak pandai nak menyusu susu tak cukup untuknya. Sedangkan jika jaundis perlu diberikan susu kerap. Sehingga Eyra minta nak pam dengan doktor. Bagaimanapun, doktor tak galakkan lagi sebab suruh bagi ‘direct’ dan tunggu 2 minggu baru pam.
Walaupun doktor minta tunggu untuk pam, hati seorang ibu tak sampai hati tengok kuning Hayder makin naik. Eyra tetap juga pam dan bagi Hayder minum susu Eyra dulu melalui botol.
Tiap kali jumpa dengan Hayder untuk beri dia hisap terus, jururawat siap ajar tapi gagal juga hingga menangis untuk diri sendiri. Kadang 20 minit cuba bagi Hayder ‘latch’ tapi tiap kali tu lah dia keluarkan semula. Biarpun doktor bagi balik ke rumah, kuning Hayder masih ada lagi. Di rumah lagi rasa cabarannya.
Orang kata, tanpa sokongan suami dan ahli keluarga, mungkin ibu dalam pantang boleh terganggu emosi. Syukur alhamdulillah dalam keadaan Eyra rasa tertekan itu, nasiblah suami dan ahli keluarga membantu.
Bayangkan daripada susu Eyra dapat 8-9 auns setiap kali pam, disebabkan stres memikirkan Hayder tak pandai lagi nak hisap dan asyik nangis, susu terus ‘drop’.
Paling sedih sampaikan Hayder tak ingat Eyra. Mommy kejutkan Eyra, masa tu usia Hayder dalam 2 minggu. Disebabkan rasa sedih sangat, Eyra cakap kat mommy bagi jelah Hayder susu formula.
Selepas kejadian itu, bila dapat nasihat mommy, Eyra mulakan semangat baru dan kembali pam setiap sejam sekali walaupun pakar syorkan sebaiknya buat 2 jam sekali.
Entah macam mana, kuasa Allah, Hayder menangis beriya-iya dan menolak susu formula yang diberikannya. Masa tu Eyra minta kakak bagi Hayder pada Eyra dan tak tahu macam mana bila Hayder ‘latch’ automatik dia terus boleh menyusu dengan elok. Eyra rasa gembira dan sebak sangat.
Jaga ‘supply dan demand’
Kongsi Eyra lagi, tiada apa-apa tip untuk susu badannya meriah selepas Hayder pandai menyusu. Cuma di awal kelahiran drop sebab Eyra stres. Bila Hayder mula menyusu dengan baik, Eyra hanya pegang pada supply dan demand. Ternyata cara ini buatkan susu akan meriah. Alhamdulillah sampai kadang tu terlebih pula susu.
Apa yang buatkan Eyra benar-benar bertekad nak susukan anak, sebab dari awal hamil lagi Eyra dah cakap nak breastfeed baby. Malah suami, ibu dan ibu mertua sentiasa sokong dan Eyra memang ikut nasihat orang yang berpengalaman.
Suami juga walaupun kami sama-sama muda dia sentiasa mempermudahkan Eyra untuk menyusu Hayder. Contohnya sebelum kes Covid ini, jika kami keluar ke mana-mana pun, sampai masa menyusu atau pam, Haziq yang akan cari lokasi yang sesuai untuk Eyra. Jika susah sangat kami akan duduk je dalam kereta.
Mesti kuat demi anak
Bila orang tanya Eyra dari mana datangnya kekuatan untuk BF anak, apa yang boleh Eyra bagitahu adalah bonding dengan Hayder. Jika diikutkan perancangan Eyra nak sehingga dua tahun tapi disebabkan masalah tulang belakang dan Eyra perlu buat pembedahan, doktor minta stopkan awal.
Masa nak buat keputusan untuk lepaskan Hayder yang sempat menyusu selama 11 bulan itu, memang sedih sangat sebab dah rasa special bonding antara ibu dan anak ni. Sebab ayahnya sendiri pun tak boleh dapat pengalaman ni dengan Hayder.
Jadi sebagai salah seorang ibu yang menyusukan bayi, Eyra nak bagi nasihat ibu kena kentalkan hati, banyak baca dan selalu dapat sokongan orang sekeliling. Insyallah ilmu yang kita dapat tu boleh dimanfaatkan. Lagi satu kena kuat demi anak sebab susu ibu ni lebih baik dan terbaik daripada mana-mana susu di dunia.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain. Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil, ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga. Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sudah lama dinantikan.
Namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang tahu. Baru dua hari dilahirkan ke dunia, seorang bayi telah pergi menemui sang pencipta tanpa sempat ibunya menyusukan. Tidak dapat dibayangkan kesedihan dan keperitan yang bakal dilalui sang ibu bila melihat kelengkapan bayi yang telah dipersiapkan tanpa ada yang akan menggunakannya.
Kisah sebegini tentunya bakal meruntun jiwa siapa sahaja yang membaca atau mendengarnya. Apatah lagi empunya badan yang perlu melaluinya. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hidayah Abdullah menerusi ciapan di Twitternya. Menurut Hidayah, ibunya kini menghadapi detik sukar apabila terpaksa melalui proses berpantang tanpa si kecil di sisi.
Ini bukan anak aku tapi adik aku… Anak syurga mama dan ayahku. Yes my mom masih muda. Aku tak boleh bayangkan my mom berpantang tanpa anak di sisi. 😭 pic.twitter.com/7eVaKBohDX
Melahirkan anak secara pembedahan, menurut ciapan Hidayah, selepas dilahirkan, arwah adiknya itu terus di bawa ke NICU. Sepanjang hari ibunya tidak sempat memegang bayi dan juga menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu.
Arwah adiknya itu hanya sempat merasa hidup di dunia selama dua hari sebelum meninggal dunia. Menurut Hidayah jururawat ada mendatangi ibunya dan memaklumkan akan bawa ibunya untuk melihat bayi yang dimasukkan ke NICU. Tapi tak sampai beberapa jam, jururawat datang kembali dan membawa ibunya ke bilik urusan jenazah.
Dalam ciapannya yang lain, Hidayah ada berkongsi mengenai Hernia Diagfarma yang mungkin merupakan faktor penyebab kepada kematian arwah adiknya.
Perkongsian Hidayah ini mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratannya meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan tuhan. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Hidayah.
Semoga ibu Hidayah dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah adiknya yang hanya sempat melihat dunia selama dua hari. Semoga Syurga milikmu!