“Ainul dah sedar, Alhamdulillah” begitulah nada ceria seorang bapa yang lama menantikan keajaiban yang berlaku pada cahaya matanya yang sangat comel. Tidak terhenti disitu sahaja, kisah adik Ainul viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh.
Menderita ketumbuhan dalam mulut, bapa kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin tabah dan begitu kuat menerima takdir Allah. Berikut antara luahan hati seorang ayah mengenai perjalanan kisah Ainul seawal lahir hingga sekarang.
Berikut merupakan kronologi kisah adik Ainul;
13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka
Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.
23.8.2018, Khamis (Menaiki Ambulan)
Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
Ketumbuhan Kali Kedua Selepas Sebulan Buat Pembedahan
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation. Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Tidak Boleh Lakukan Pembedahan
Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kisah adik Ainul mula tular selepas luahan bapanya di Facebook dan mendapat perhatian ramai termasuklah Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri.
April 2019
Apa nama adik ni yaa… siapa kenal adik ni??kalau boleh saya nak jumpa adik ni sendiri… saya amat kesian dengan nasib adik ni dan ingin menbantu apa yang perlu utk beliau… siapa yang kenal atau menpunyai number telefon adik ni sila pm sy..inyallah sy cuba yg terbaik dgn rezki apa yg saya ada – Aliff Syukri
12.04.2019
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.
13.04.19 (Genap Usia Ainul 8 Bulan)
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah, 8 bulan. Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut.
Sebab Surah ke 13, Ayat 8 ( Surah Ar-Ra’d )
17 April 2019
Ads
Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.
19 April 2019
Masih tunggu respon pakar di UK. Walid terpaksa ikat tangan ainul elak tumor berdarah
Ainul Mardhiah,.Ainul ni nampak seorang yang tidak akan berputus asa. Kami terpaksa ikat tangan dia supaya dia tak cakar tumor tu. Jika dia dapat cakar, maka akan berdarah. Dan darah tu sangat tak elok bila masuk ke dalam tubuh badannya.
Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubungi ibu bapa adik Ainul dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
Dr Amalina turut meminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan ibu Ainul.
26 April 2019
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
8 May 2019
Ads
Dr. Amalina & Team Sudah Respon!
“Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul,” katanya.
Dr Amalina Mohon Terus Bagi Sumbangan Bantu Ainul!
Sementara itu, menerusi insta story Dr Amalina dia juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.
11 May 2019
Kerajaan Melaka akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut, ke United Kingdom (UK).
Satu Persatu Allah Permudahkan!
Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada bertanya mengenai urusan membuat pasport Ainul untuk persediaan ke UK. Namun beberapa jam selepas itu, Safiuddin menjelaskan telah dihubungi pegawai imigresen yang menawarkan bantuan untuk memudahkan Ainul membuat passport tanpa perlu ke pejabat imigresen.
21 May 2019
Urusan persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’, ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana, Khamis 23 May 2019.
“Pihak MAS sudah bersedia untuk membawa kami sekeluarga malah dua doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta, sudah bersedia mengikut kami ke sana.
“Sebaik sahaja kami tiba di sana nanti, Ainul Mardhiah akan terus di bawa ke hospital di sana dan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Ayer Molek, Melaka.
Katanya, dua doktor pengiring itu adalah individu sukarela yang menggunakan perbelanjaan mereka sendiri, malah Dr Amalina Che Bakri juga mengesahkan kepadanya akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang di London.
Ads
24 May 2019
Adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya sudah berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam facebooknya.
30 May 2019
Selepas tiba di London pagi Sabtu lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak-kanak.
3 June 2019
“Assalamualaikum dan hai semua! Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah. Sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.
7 June 2019
Ainul confirm akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu Ainul besar dan kuat sikit dahulu. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan Ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab
10 June 2019
Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
11 June 2019
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
12 June 2019
Ramai yang terlibat sepanjang rawatan anaknya di UK selain daripada Dr Amalina Bakri. Ramai doktor yang disifatkan ‘doktor kiriman Allah’ yang turut sama memberikan sokongan sepanjang usaha rawatan Ainul di Malaysia & UK. Ahmad Safiuddin dan isteri berasa amat terhutang budi.
Setakat hari ini (18/3/2020), kes melibatkan wabak Covid-19 mencatatkan peningkatan jumlah pesakit. Menurut laporan Astro Awani, terdapat 117 kes baharu yang telah dilaporkan setakat 12 tengah hari Rabu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 790 kes. Peningkatan ini sangat membimbangkan.
Menurut perkongsian dari Dr. Yazeed, perintah kawalan pergerakan dibuat bukan saja-saja. Ini untuk memastikan agar kes covid-19 dapat dikurangkan sekaligus mengelak dari virus terus merebak. Jika tidak diatasi, kita bimbang barisan hadapan negara (petugas kesihatan) akan semakin lumpuh akibat pertambahan pesakit.
BARISAN HADAPAN NEGARA SEMAKIN LUMPUH
Kenapa Kawalan Pergerakan dilaksanakan?
Pertama sekali kita kena faham , Kalau kita perhatikan kes dulu 22 sekarang sudah melonjak jadi 528 .
Dari 528 tak mustahil jadi 1000 . Gandaan ini yang amat ditakutkan .
Macam di Italy , masa awal awal dulu , Tak banyak kes , Rakyat mereka tak pandang serius kes ni , Bila gandaan dah jadi x3 x4 .. Bila dah bertambah kes kematian , Baru nak gelabah.
Sebab apa ?
Sebab kita sendiri tak anggap perkara ni serius melainkan ianya terjadi pada diri sendiri atau keluarga rapat . Apakah itu yang kita mahukan ?
Dah kena lempang baru sedar ?
Tak nak kan ? Jadi cukuplah merungut . Kalau kita tak faham , Jangan pertikaikan usaha yang Lain
Ingat kerajaan nak buat keputusan ni , Senang ke ? Sebab faktor ekonomi akan jatuh , Itu pun menyakitkan , Tapi lebih menakutkan bila ada korban nyawa . Mana lagi penting ? Korban nyawa atau korban ekonomi ?
Sebab tu kerajaan terpaksa juga laksanakan langkah ini .
Ekonomi boleh dicari , Tapi Nyawa takkan kembali .
Ucapkan syukur , kalau kau belum menjadi mangsa . Kau sangat bertuah .
Jadi kenapa ini perlu dilaksanakan ?
1- Untuk mengurangkan jumlah kes berjangkit iaitu seperti kita sedia maklum , Jika kurang berkomunikasi secara fizikal , Maka risiko untuk dapat jangkitan adalah berkurangan
2- Untuk memastikan Barisan Hadapan Pekerja Kesihatan tidak lumpuh . Tahukah anda , KKM kini tidak mempunyai dana dan staff yang cukup untuk memerangi wabak ini ? Jika ada kenaikan kes , Maka hari demi hari … Barisan hadapan kita akan makin keletihan dan akhirnya akan lumpuh .
Apa jadi jika barisan hadapan kesihatan lumpuh ?
Jadi macam Italy dan negara lain. Barisan hadapan kesihatan mereka sudah pun lumpuh disebabkan kenaikan kes jangkitan yang tak terkawal , Bukan sekadar Staff , Supporting equipment seperti Disposable item , Ubat ubatan , Ventilator , Bilik Icu yang tidak mencukupi .
Bayangkan , Dengan kes kes baru covid 19 ni lagi , Belum lagi pesakit yang sedang nazak dalam hospital tu , Pesakit yang perlu dibedah , Pesakit stroke , Pesakit jantung , Pesakit koma dalam ICU lagi .
Korang bayangkan macam mana punya HAVOC dalam hospital tu , NAK SELAMATKAN MANA SATU ?
DAN YANG paling ditakuti adalah ,
Risiko pesakit yang berjangkit tidak dirawat dengan baik adalah tinggi . Manpower dan machinery tidak lagi mencukupi untuk menyelamatkan semua mangsa ni.
Sebab tu kerajaan perlukan bantuan dari korang semua untuk faham situasi sekarang ni . Kalau kita semua boleh bantu kerajaan dengan PROPER self quarantine ..Insyallah Malaysia mampu menangani wabak ini .
Dan kita pula boleh kembali bekerja seperti biasa .
Lagi cepat kita tangani masalah ni , Lagi cepat lah kita boleh kembali kepada kehidupan biasa .
Tolong lah support usaha kerajaan ini , Kalau bukan untuk diri sendiri …
INGATLAH BEBANAN ORANG LAIN.
INGATLAH BARISAN HADAPAN PASUKAN KESIHATAN KITA YANG SEDANG BERPERANG 200% MENANGANI WABAK INI
Mereka semua pun ada keluaga dan anak anak macam kita juga .
Bagaimana dengan keselamatan dan nyawa mereka . Ini ibarat pergi berperang , Kalau dulunya perang mati berdarah , Tapi kini perang dengan virus yang juga bakal tarik nyawa
Untuk siapa mereka ni berjuang ?
Bukankah terang lagi bersuluh ?
Untuk bangsa dan negara , Nyawa mereka digadaikan untuk keselamatan kita dirumah , Agar kita masih boleh bersama dengan keluarga tercinta .
tapi mereka ?
Besar pengorbanan mereka ini. . Tak berbaloi dengan kita yang sambil lewa
BANTULAH BARISAN HADAPAN KITA INI
Aku nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada mereka disana yang berjuang 24/7 , Setiap hari memerah keringat , Meninggalkan keluarga dirumah untuk keselamatan orang lain .
Yang kita ni hanya dibelakang telefon pintar , Jangan pandai komplen saja .
Share dan Tag kawan , ini lah cara kita boleh bantu mereka . Hentikan Covid 19 !
Ini lah cara untuk kita bantu mereka !
Thank you , Barisan Hadapan Negara you are my unsung heroes !
Komen dekat bawah , Ucapkan kata semangat pada mereka semua ini
Ramai unsung heroes dalam followers aku ni.
IKHLAS,
DR YAZEED HAIR JOHARI
KLINIK MEDISSA MEDICAL & DENTAL
Sebelum ini kita selalu mendengar luahan para ibu yang penat akibat kehabisan tenaga menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Ada yang tak sempat makan kerana terpaksa mendodoikan si kecil yang dikira “High demand baby”. Bagi yang tidak pernah berada dalam situasi seperti ini pasti menganggap si ibu mengada-ngada.
Tapi luahan jujur daripada seorang bapa di laman facebooknya mendapat reaksi ramai orang. Bukan senang untuk menjaga anak lebih-lebih lagi mereka di fasa yang sedang aktif dan membesar. Ikuti perkongsian bapa ini menjaga dua anaknya.
Malam ni anak-anak tak bagi kerjasama
10.30pm: dodoi ilham, struggling x nak botol.tidor selepas di dodoi buang 45minit
11.15pm-12am: sesi struggling dgn dahlia suruh tidoq, macam macam alasan,lapar,sakit perut,sakit gigi ada kuman and etc
12am-1230am: tidorkan dahlia dan spt biasa kena menjelma jadi mesin garu
1230-1.20am: adik ok ek ok ek..amek susu dari warmer, struggling tetap x mau botol..tepuk tepuk angkat dodoi nyanyi..tido balik
1.20-2.10am ( lebih kurang ): alhamdulillah dapat tido
2.10am: adik ok ek ok ek sambil isap jadi pusing pi pusing mai seperti 15 tahun dia dahaga x diberi air.amek susu,tetap tak nak. Nangis sambil kencing dan bocor . Salin pampers,salin baju. Sorry x kuasa basuh. Kita tido je dalam kencingan.
2.15am-2.50am: dodoi tepuk nyanyi selawat berzanji and etc dan akhirnya lelap..
Di atas x termasuk 15 juta kali aku kena tinju dgn dahlia..angkat letak tempat dia..dia tinju aku lagi.
Sungguh la bapak mmg x kompeten dan x layak tambah anak lagi,at least for now.
Sebab tu kagum dan masih kagum dgn orang anak ramai dan masih siuman. Dan sebab tu la jugak sorga di bawah tapak kaki ibu..
P/s: bapak on anak ramai even 10 org sekalipun tapi dengan syarat.. lahir lahir darjah 6 terus.
Sapa cakap bela anak senang mai aku nak cili mulut dia.
Rata-rata memberikan komen dan pendapat masing-masing mengenai situasi ini. Ada juga yang berkongsi pendapat mereka
Kalau aku jaga anak, baju samalah the whole day
Faham….Dah biasa
Sama macam saya, malam tadi tak dapat nak tidur
Kredit: Pak Cik Bakar Baharom
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu hati lihat tangisan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang di depan mata setelah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah. Murid perempuan Tahun Empat itu maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam, pada Khamis.
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian jam 1.45 tengah hari.
Kredit: FB Penang Kini
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu ibu kanak-kanak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
“Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kredit: FB Penang Kini
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Kredit: FB Penang Kini
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, tular di media sosial menyatakan mangsa sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya sebelum terbabit nahas.
Dalam perkongsian di FB Pendidik2u, gambar pelukan terakhir guru yang memeluk adik Airis Iman semasa Sambutan Raya di sekolah akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat.
Melalui gambar tersebut, nampak arwah sangat ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut. Al-Fatihah untuk adik Airis Iman dan salam takziah buat ahli keluarganya.
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.