‘Hadir’ selepas 20 tahun menanti- “Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu.” Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.

‘Hadir’ Selepas 20 Tahun Menanti- “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”

Kesabaran dan kecekalan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun ke-20 usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan melalui rawatan In Vitro Fertilization (IVF) di sebuah klinik kesuburan swasta.

‘Hadir’ Selepas 20 Tahun Menanti-  “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”

 

‘Hadir’ Selepas 20 Tahun Menanti-  “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”

 

‘Hadir’ Selepas 20 Tahun Menanti-  “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”

Ads

 

‘Hadir’ Selepas 20 Tahun Menanti-  “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”

Perkongsian menggembirakan ini dimuat naik menerusi satu video pendek di akaun TikTok milik Pakar Fertiliti dan Ginekologi, Dr Salleha Khalid. Norasniah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana impian yang dinantikan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Syawal kali ini amat istimewa buat mereka kerana dapat menyambut hari lebaran bersama permata hati yang dinanti bertahun lamanya.

@drsallehakhalidWelcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu. Tahniah kpd Puan Nor Asniah dan En Syed Shamsul di atas kehadiran little princess 👸. Mohon doakan kami di Sophea dan rakan2 TTC yg lain. Keep it up ttc 💪🏻

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Ads

“Syukur Alhamdulillah, tahun 2024 saya dan suami menjalani rawatan IVF. Ini merupakan tahun ke-19 kami berusaha mendapatkan zuriat. Dan akhirnya, pada 16 Januari 2025, lahirlah puteri kami yang sangat dinanti-nantikan, Sharifah Amanda Raudhah,” katanya dalam nada sebak.

Norasniah turut berkongsi bahawa dia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini. Namun, dia ingin menyampaikan pesan kepada pasangan lain yang sedang berjuang untuk mendapatkan anak agar tidak berputus asa. Katanya, rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah dan akan datang pada waktu yang paling sesuai. Walaupun perjalanan mereka memakan masa dua dekad, dia percaya inilah detik paling tepat untuk menerima anugerah ini.

‘Hadir’ Selepas 20 Tahun Menanti-  “Welcome Baby Amanda Yang Telah Sekian Lama Ditunggu”

Ads

Pada usia 43 tahun, Norasniah masih merasa seolah-olah bermimpi dengan kehadiran si kecil yang kini berada dalam pelukannya. Hanya mereka yang melalui pengalaman yang sama mampu memahami perasaan tersebut. Dia juga menzahirkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sentiasa setia menemani sepanjang tempoh mencabar itu.

Sumber: TikTok Dr Salleha Khalid

Baca artikel lain juga: Ibubapa Arwah Muhammad Al-Fateh Terharu, Dapat Rawatan IVF Percuma Daripada Tunku Azizah!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI