Tiada apa yang mengujakan bagi seorang bapa selain daripada menyambut kelahiran cahaya mata. Pelawak dan pelakon Abam Bocey sambut kehadiran anak sulung yang merupakan seorang putera.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan meraikan kebahagiaan dengan kelahiran putera sulungnya semalam. Berita menggembirakan ini telah pun dikongsikan Abam melalui Instagram.
Anggota kumpulan Bocey ini menyatakan kesyukurannya dan menghargai doa para follower untuk keselamatan dan kesejahteraan isteri dan bayi mereka.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!!
“Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya.”
Bapa 31 tahun ini juga turut menghargai semua petugas perubatan yang terlibat sepanjang proses kelahiran.
Ads
“Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor Hospital Selayang. Anda semua terbaikkk.
Seorang wanita hamil 38 minggu pergi ke hospital swasta. Dia telah dimaklumkan oleh hospital kerajaan bahawa dia perlu melalui kelahiran secara pembedahan, kerana bayi dalam kandungannya berkedudukan melintang.
Wanita tersebut tidak bersetuju, dan `lari’ ke hospital swasta dengan harapan doktor swasta akan membenarkan dia bersalin secara normal. Malangnya untuk wanita tersebut, doktor di hospital swasta juga menyarankan bersalin secara pembedahan. Hanya itu cara untuk mempastikan keselamatan ibu dan bayi, ujar doktor tersebut.
Wanita itu masih enggan menerima hakikat pembedahan. Dia pulang ke rumah. Dua minggu kemudian, dia muncul di labour room hospital swasta, mengadu mengalami kontraksi dan air ketubannya telah pecah. Doktor memeriksa dirinya dan mendapati kedudukan bayi masih melintang, pintu rahimnya telah buka sebesar 6cm, dan tangan bayi telah terjulur keluar menerusi pintu rahim. Emergency!!!! Hand prolapse!!!!! Nasib baik tali pusat tidak terjulur keluar!
Wanita itu dibawa segera ke dewan bedah untuk pembedahan caesarean. Doktor bius memberi suntikan bius `spinal’ dan pembedahan dimulakan. Potongan dikulit dilakukan di bahagian bawah abdomen. Potongan di rahim juga dibuat di bahagian bawah rahim (low transverse incision). Potongan-potongan begini adalah kebiasaan untuk pembedahan caesarean.
Akan tetapi, disebabkan wanita itu sudah mengalami kontraksi kuat (yang menghimpit dan `mencengkam’ bayi), air ketuban sudah pun pecah, dan kedudukan bayi yang melintang, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi daripada potongan transverse di rahim.
Kaki bayi sudah ada dalam genggaman doktor. Tetapi walaupun di tarik, kaki sebelah lagi dan badan bayi tidak turun dek cengkaman kontraksi rahim. Kalau ditarik lebih kuat, nanti kaki patah pula. Doktor O&G meminta bantuan daripada doktor bius, `Boleh tak awak beri patient ubat untuk kurangkan kontraksi, supaya lebih mudah untuk saya keluarkan bayi?’ Doktor bius menjawab, `Tak boleh doktor. Kalau nak, saya terpaksa bagi patient bius penuh terdahulu. Tetapi patient ni baru sahaja makan 2 keping roti canai (??♀️) sebelum datang hospital. Nanti dia mati tersedak kalau saya bagi dia bius penuh.’
Doktor O&G tiada pilihan lain. Dia melakukan potongan tambahan pada rahim wanita itu, untuk membesarkan ruang supaya bayi boleh ditarik keluar. Potongan tambahan ini diistilahkan `T-incision’ kerana rupanya seakan huruf T. Alhamdulillah bayi berjaya ditarik keluar, tanpa patah tulang kaki mahupun tangan. Potongan `T’ itu dijahit sebaik mungkin, dan alhamdulillah sekali lagi, tiada pertumpahan darah berlaku.
********************************
`Transverse lie’ atau `bayi melintang’ kerap berlaku sebelum usia kandungan 37 minggu. Selepas 37 minggu kehamilan, kebanyakkan bayi melintang telah pun berpusing dan kepalanya menghala ke bawah. Hanya 0.3% daripada kehamilan akan terus melintang selepas 37 minggu. Bayi melintang mesti dilahirkan melalui pembedahan kerana secara fizikalnya, badan berukuran 30cm tidak akan dapat melalui pembukaan pintu rahim sebesar 10cm. Bayi melintang tidak sama dengan bayi songsang. Bayi songsang masih boleh bersalin secara normal kerana diameter punggung kurang daripada 10cm.
Selain dari itu, jika air ketuban pecah, risiko untuk `cord prolapse’ atau tali pusat terjulur keluar adalah sangat tinggi. Cord prolapse boleh menyebabkan kematian bayi dalam sekelip mata.
Wanita tersebut sangat bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi berikut:
1. Cord prolapse.
2. Bayi patah tangan atau kaki.
3. Bayi lemas atau mati.
4. Tumpah darah.
5. Pembedahan buang Rahim (Post partum hysterectomy)
6. Koyak pada pundi kencing (Bladder injury)
7. Aspiration pneumonia
Komplikasi yang beliau alami ialah `T-incision’ di mana beliau harus melalui kelahiran pembedahan untuk setiap kandungan yang akan datang. Jika beliau cuba bersalin biasa, risiko rahim pecah melebihi 5%.
Janganlah kerana anda takut atau tidak suka melalui pembedahan, anda sanggup menjejaskan nyawa anda sendiri dan nyawa bayi. Dengarlah nasihat doktor pakar.
PS. Sesedap mana roti canai, janganlah makan berat-berat sewaktu hendak bersalin.?
Sudah dua hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, namun masih lagi ada segelintir masyarakat yang tidak peka dengan keadaan penularan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin mengganas.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan juga pihak berkuasa supaya orang ramai menghadkan pergerakan sebagai usaha supaya penularan virus dapat dibendung termasuklah mengadakan sekatan jalan raya dan juga kempen-kempen ‘Stay Home’ yang dibuat secara besar-besaran di media sosial.
Perintah yang dibuat bukan bermakna kita diberi cuti untuk bergerak bebas ke mana-mana. Hadkan pergerakan supaya penularan virus Covid-19 dapat dikurangkan dan seterusnya dihentikan. Bayangkan jika ada yang membawa anak-anak kecil keluar pada masa ini. Dalam masa yang sama kita tidak tahu siapa di sekeliling yang merupakan pembawa virus tersebut.
Menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil terutamanya. Mereka sudah pasti belum cukup arif atau mahir dengan apa yang disarankan seperti social distance, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu ibu bapa atau orang sekeliling yang lebih dewasa memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia di Facebook mereka memberikan tip yang disarankan dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya tentang tatacara melindungi kanak-kanak dari wabak Covid-19
Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua.
Amalan social distancing – menjarakkan hubungan sosial amat penting untuk mengurangkan kadar penularan pandemik COVID-19.
Kejayaan pendekatan social distancing bergantung kepada pengelibatan semua individu dalam masyarakat.
Ayuh kita lakukan!
Jaga diri anda dan juga keluarga ya! Ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan supaya social distancing dapat diamalkan.
Selepas sembilan bulan mengandungkan bayi, sudah tentu ketika tibanya tarikh melahirkan adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Tidak kiralah anak sulung atau anak yang ke berapa sekalipun, keterujaan untuk menyambut kehadian ‘orang baharu’ dalam keluarga tetap sama. Walaupun sudah bersalin beberapa kali, setiap wanita akan tetap merasakan tahap gemuruh yang memuncak ketika ini.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Sesetengah suami mungkin tidak tahu apa yang boleh dibuat ketika berada dalam dewan bersalin semasa menemani isteri. Dengan berada di sisinya sudah cukup untuk membuatkan isteri bersemangat dan lebih kuat ketika melalui proses melahirkan anak.
Dengan keredaan suami dan doanya, proses melahirkan anak boleh jadi mudah untuk si isteri. Antara doa yang boleh anda amalkan ketika isteri sedang di dalam proses bersalin adalah:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.