Hafiz Mahamad, usahawan dan juga pempengaruh terkenal ini bukan sahaja dikenali pemurah dan penyayang dengan isterinya, bahkan juga kepada semua staf di syarikatnya.
Tidak hairanlah Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina dikurniakan rezeki melimpah ruah dalam perniagaan mereka.
Pasangan bahagia yang baru sahaja dikurniakan anak kedua ini sering berkongsi rezeki dengan pekerja syarikatnya dan orang ramai.
Sesiapa pun tentu masih ingat bagaimana Hafiz menyediakan bas sebagai pengangkutan awam untuk warga kota pulang ke kampung halaman pada sambutan hari raya lepas.
Hafiz juga sebelum ini pernah berkongsi rezeki dengan membawa 20 orang stafnya menunaikan umrah.
Terkini Hafiz membuat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila mengumumkan membawa ke semua staf termasuk pekerja di Ainaa Beauty seramai 120 menunaikan umrah pada Januari tahun hadapan.
Bapa kepada sepasang cahaya mata ini berkongsi video yang dimuat naik di Instagram dan TikToknya.
Bila sampaikan berita ni dkt semua staff, sebak sangat hati saya. Mahal sangat tangisan & senyuman mereka tu
Dari awal niaga dulu, saya nak selesaikan ini dulu. Teringin sangat nak hantar mereka ke Bumi Allah !
Mana saya tak sebak, orang kata cara saya salah dalam melayan staff & team ! Manjakan itu manjakan ini, “Takda standart lepak dengan staff/team”. Ini keluarga saya, setiap perjuangan selama ni “mereka lah yg hebat”
Saya tak peduli tentang KPI, siapa senior siapa junior. Kita 1 keluarga. “Jika 1 pasukan bagus & menjaga kebajikan sesama kita” “kita semua layak merasa manisnya sama sama”
Ads
Syukur, ada antara mereka husband & wife dpt pergi sekali ke Bumi Allah. Ada juga yg baru kerja tak sampai sebulan, rezeki dia juga kesana
Kalau cerita tentang dulu.. Setiap tahun, kita akan bawa “sikit sikit” ke Bumi Allah. Dari kita bawa 20 orang je, tapi HARINI ! 120 orang staff & usahawan Ainaa akan ke Umrah January nanti. MasyaAllah. “Doa mereka disana yg kita nak”. Tak boleh beli dengan apa pun
Allah maha kaya, Pernah saya terfikir, rezeki yg ada itu nak belanjakan untuk diri atau untuk mereka. Lihat pada umur sekarang, “Rugi” saya tak alirkan balik rezeki pada agama & hamba Allah yg lain
Allah maha mendengar, Setiap doa doa mereka ini penting & insyaAllah, perniagaan @ainaabeautyofficial & @ainaaclinic sentiasa ada dalam doa & hati mereka
Ads
Ya Allah, limpahkan lagi Ya Allah. Izinkan perniagaan ini dpt memberi senyuman pada semua hambamu. Berikan kebaikan untuk mereka yg sokong selama ini
Takkan saya lupa diri & sia siakan support awak sahabat Mereka ni semua senyum hasil support dari awak Saya akan teruskan perjuangan ini bersama team team Ainaa
Janji saya, saya & pasukan akan terus beri “Kejayaan Demi Kebahagiaan” kepada sahabat, customer & team Ini selalu berada dalam setiap usaha Terima Kasih
Kemunculan Aafiyah, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza di Instagram penyanyi itu sering kali menjadi tumpuan.
Mana tidaknya, ada sahaja gelagat Aafiyah yang mencuit hati ramai. Terbaru menerusi Instagramnya Dato Siti, penyanyi kesayangan ramai itu turut berkongsi suara Aafiyah yang dirakam ketika sedang menyanyi.
Namun apa yang melucukan sudah semestinya lirik lagu Kalau Rasa Gembira yang disampaikan Aafiyah. Pandai Aafiyah cipta lirik sendiri.
“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi & cipta lirik sendiri. Ibu tak leh cari makan macam nih!
” Dengarkanlah cover “kalau rasa gembira” Aafiyah dengan tajuk baru “Sakit ekor, Siapa Nak bagi Air”
“Semoga Terhibur,” kongsi Dato Siti di Instagramnya.
Comelnya suara Aafiyah. Memang ada bakat cipta lirik sendiri dan kena pula dengan rentaknya.
“Boleh asah lagi, terbaik Aafiyah”
Perkongsian Dato Siti itu sudah semestinya mendapat perhatian pengikut Siti di Instagram.
Malah ada yang mengatakan bakat seni Dato Siti sudah semestinya diwarisi anak kesayangan penyanyi hebat ini. Comel sungguh Aafiyah menyanyi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kadang-kadang kita terlalu ghairah dan tertekan untuk membentuk anak kita mengikut acuan yang kita idamkan sehinggakan kita terlepas pandang ciri-ciri unik yang sudah sedia ada dimiliki oleh anak kita.
Kelebihan dan kekuatan seorang anak bukan hanya terletak pada kepandaian, skil dan bakat sahaja, memiliki karakter yang positif juga adalah satu kelebihan dan kekuatan seorang anak.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Park, Peterson dan Saligman dan diterbitkan dalam Journal of Positive Psychology pada tahun 2006, didapati bahawa terdapat 6 karakter yang perlu dikenalpasti dan dipandang tinggi dalam masyarakat (dan juga keluarga) kerana ia juga adalah kelebihan dan kekuatan yang boleh membawa manfaat kepada individu yang memilikinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.
Karakter tersebut adalah:
1) Keberanian (Courage) 2) Kemanusiaan (Humanity) 3) Kebijaksanaan (Wisdom) 4) Keadilan (Sense of Justice) 5) Kawalan Diri (Self control) 6) Tidak penting diri
Pupuklah anak-anak dengan karakter yang disebut di atas. Jika anak sudah pun memilikinya, lihatlah ia sebagai satu kelebihan dan kekuatan pada anak. Salurkan karakter tersebut ke jalan yang sepatutnya supaya anak tahu yang dia bernilai dan berharga walaupun anak mungkin tidak memiliki kepandaian, skil atau bakat seperti anak-anak yang lain.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai didera secara kejam oleh ibu kandung dan bapa tiri. Insiden tragis ini mencengkam...