Pelakon Hairul Azreen, 28, tidak kisah dikecam, sebaliknya mengakui berbangga dapat mendidik anaknya, Yusuf Iskandar supaya berani melakukan aktiviti lasak.
Hairul berkata, sebagai bapa, dia begitu menitikberatkan kemampuan diri dan cara didikannya itu sentiasa dipantau isterinya, Hanis Zalikha yang sering mengingatkan aktiviti bersesuaian untuk dilakukan anak kecil.
“Saya gembira dengan pendedahan yang diberikan kepada Yusuf. Saya ajar dia melompat sampaikan emak saya sendiri marah, tetapi Hanis ada untuk mengingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai langkah berhati-hati,” katanya.
Biarpun tidak mempunyai banyak pengalaman memandangkan Yusuf adalah cahaya pertamanya, Hairul berpuas hati apabila permata hatinya itu membesar menjadi anak yang lasak.
Ads
Kecenderungan Yusuf itu juga membuatkan Hairul terfikir untuk meneroka lebih jauh potensi anaknya itu. Pada masa sama, Hairul turut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya dalam pembelajaran.
Ads
“Dalam hal berkaitan akademik, saya serahkan tanggungjawab itu kepada Hanis. Saya lihat Yusuf cepat belajar. Tanpa saya sedar, dia sudah boleh mengenal abjad dan sekarang mula belajar mengira,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak-anak.
Malah kita sendiri punsemasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground?
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Liyana Raya di play ground la otot dan sendi kita dirangsang. Sebab itu kita jadi kuat. Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita untuk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang apabila menulis dan menggunting,kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata!
Kenapa jadi macam ni?Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.
Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Kanak-kanak perlu bergerak.Kita dulu memang boleh duduk diam eh? Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?
No point bagi anak duduk diam.Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni. Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati: – Anak akan sukar fokus – Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas – Anak kurang keyakinan diri – Anak tidak boleh mengawal emosi
Sebab dengan adanya playground,anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. – Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak! – Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.
Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah: – We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini… sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon! HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance untuk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana…… so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dengan jatuh dan menahan sakit,maka anak kita semakin kebal jadinya.
– Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah…. dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kadang-kadang kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yang membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda-benda seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yang kita dapat.
– Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap… change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya macam mana nak elak daripada jatuh.
Kita,kalau orang tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini. “Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yang anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama macam kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.
Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa… tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje….. anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama macam kita dulu-dulu. Sebab anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan seperti ini namun kerana stage of play anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.
Anak kecil adalah insan yang memerlukan jumlah pelukan dan sentuhan yang kerap daripada kita. Semakin kerap pelukan diberi semakin mudah untuk membentuk sahsiah diri mereka.
Bagi yang biasa melakukannya pasti sudah merasakan sebuah keajaiban. Suasana yang tegang kembali aman, yang duka menjadi ceria hasil daripada pelukan yang diberi. Cukup membahagiakan.
Antara manfaat pelukan adalah:
1) Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak.
Apabila jumlah hemoglobin semakin banyak di dalam tubuh melalui sentuhan seperti pelukan dari seorang Ibu kepada anak, ianya akan mempercepatkan proses penyembuhan kepada anak ketika sakit.
2) Memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali pelukan akan mengurangkan tahap tekanan, 8 kali pelukan akan memberi kestabilan emosi dan 12 kali pelukan akan membantu perkembangan psikologi seseorang.
Pelukan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi yang merupakan elemen penyumbang kepada perkembangan emosi dan mental yang sihat buat anak-anak.
3) Pelukan juga dapat memberikan suntikan motivasi yang sangat hebat terutama bagi orang yang berputus asa dan berada di dalam kesedihan.
Daya sentuhan akan menghasilkan ketenangan buat mereka yang bersedih dan membantu mereka untuk keluar daripada zon kemurungan secara perlahan-lahan. Begitu juga pelukan ibu kepada anaknya, akan menambah semangat belajar anaknya, asalkan pelukan itu disertai dengan pesan-pesan semangat yang lembut.
4) Pelukan juga mampu meningkatkan tahap intelektual anak-anak. Mengikut kajian, kanak-kanak yang kerap menerima pelukan akan lebih aktif mempamerkan potensi mereka samada di sekolah mahupun di rumah.
Keyakinan diri mereka berkembang elok melalui hasil pelukan yang diterima setiap hari yang menjadikan mereka seorang yang berani mencuba.
Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan ataupun komunikasi sosial di kalangan ruang lingkup rakan mereka disebabkan sifat yakin diri yang tinggi di dalam diri mereka.
5) Hasil pelukan yang kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk memimpin. Sifat kepimpinan anak-anak boleh dilihat sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai tangungjawab untuk memimpin yang dinamakan ‘khalifah’ di muka bumi ini.
Menjadi pemimpin yang baik, mereka memerlukan sokongan dan memeluk anak dengan erat adalah cara yang terbaik untuk kita menzahirkan sokongan terhadap mereka.
Semoga kita dapat jadikan rutin memeluk anak-anak sebagai satu aktiviti wajib kita setiap hari. Inilah yang dikatakan makanan rohani yang bakal menjaga hati dan peribadi anak-anak agar tidak menjadi anak derhaka pada masa hadapan kelak.
Kita hanya mampu berusaha, dan hanya Allah sahajalah kita serahkan segalanya. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang membahagiakan kita di dunia mahupun akhirat.
Sumber: mamapeduli via Teacher Ayu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukan bukan sekadar satu aktiviti fizikal. Ia adalah medium yang mendidik anak-anak tentang disiplin, kerja keras, daya tahan dan semangat kesukanan. Video “Sekali Smash Boleh Terpelanting Lawan! | BK Arena | BINTANG KECIL” bukan sahaja memaparkan aksi hebat kanak-kanak bermain badminton, malah menyampaikan mesej yang lebih mendalam tentang peranan ibu bapa dalam menyokong impian dan bakat anak-anak sejak usia muda. Artikel ini membawakan lima segmen penting yang menjadi asas inspirasi daripada video tersebut – dari rumah ke gelanggang, dari minat kecil ke cita-cita besar.
Ramai dalam kalangan kanak-kanak dalam video ini memulakan perjalanan mereka dalam badminton dengan figura penting dalam hidup mereka – ibu, bapa, datuk, atau abang. Salah seorang peserta berkata:
“Saya mula main dengan mak saya dan saya rasa sukan ini sangat menarik, jadi saya teruskan.”
Pengalaman awal ini menjadi titik mula yang sangat penting. Anak-anak tidak semestinya tertarik kepada sesuatu sukan secara semula jadi, tetapi interaksi positif bersama keluarga menjadikannya menyeronokkan. Ini menunjukkan bahawa masa berkualiti bersama anak, walau hanya bermain badminton di halaman rumah, boleh menjadi benih kepada minat dan kejayaan masa depan.
Antara faktor penting dalam membina minat anak adalah memberi mereka ruang untuk mencuba. Dalam video ini, seorang lagi peserta berkongsi:
“Saya tengok ayah selalu tengok badminton di TV, dan dari situ saya pun minat.”
Rasa ingin tahu adalah pemangkin awal. Bila anak-anak melihat contoh yang positif dari orang dewasa, mereka terdorong untuk mencuba. Apabila mereka diberi sokongan seperti kelas latihan atau peralatan sukan yang sesuai, mereka merasa dihargai dan lebih bersemangat.
Dalam banyak kes, ibu bapa bukan sekadar penonton, tetapi juga pemudah cara kepada minat anak – menyediakan masa, logistik, malah menghadiri sesi latihan bersama-sama.
Apa yang lebih menarik dalam video ini adalah melihat bagaimana kanak-kanak yang terlibat bukan sahaja bermain, tetapi menunjukkan sikap matang – mereka bercakap tentang menguasai teknik, meningkatkan stamina, dan bercita-cita tinggi.
“Saya nak belajar smash depan dan belakang dengan lebih mudah dan betul,” kata salah seorang anak.
Ini membuktikan bahawa sukan bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga mendidik mereka menjadi lebih bertanggungjawab, berdisiplin, dan mempunyai matlamat. Latihan yang konsisten membantu anak-anak belajar mengurus masa, fokus dan berhadapan dengan cabaran, sesuatu yang sukar dipelajari hanya di dalam kelas.
Impian besar seringkali bermula dari langkah kecil. Dalam video ini, terdapat anak-anak yang sudah menyebut nama legenda seperti Lee Chong Wei sebagai inspirasi:
“Saya harap boleh jadi Lee Chong Wei yang seterusnya.”
Walaupun kata-kata itu datang dari seorang kanak-kanak, ia menunjukkan bahawa mereka mempunyai visi. Apa yang diperlukan hanyalah sokongan berterusan dari ibu bapa, jurulatih dan komuniti. Bila anak-anak tahu bahawa usaha mereka dihargai dan tidak sendirian, mereka lebih berani untuk bermimpi besar.
Program seperti yang dianjurkan oleh Bintang Kecil dan akademi badminton tempatan dalam video ini sangat penting. Mereka menyediakan persekitaran yang profesional tetapi santai, dengan fokus kepada pembelajaran teknik yang betul dan memberi ruang kepada anak-anak untuk berlatih dan bertanding.
Bagi ibu bapa pula, program sebegini memberi ketenangan hati kerana anak mereka berada di tempat yang selamat dan membina. Lebih penting lagi, ia membina komuniti ibu bapa yang saling menyokong dan berkongsi pengalaman – satu elemen penting dalam membesarkan anak-anak yang aktif dan bermotivasi.
Video berdurasi singkat ini memberi impak yang besar. Ia memperlihatkan bagaimana gabungan kasih sayang keluarga, sokongan ibu bapa dan semangat anak-anak boleh membawa perubahan luar biasa. Dalam satu aksi smash, tersimpan beribu jam latihan, pengorbanan, dan keyakinan – dan semuanya bermula dari rumah.
Ibu bapa adalah pendorong pertama, dan dengan sedikit sokongan dan galakan, anak-anak boleh menempa nama, bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ingat, impian anak-anak bukan untuk dipadam, tetapi untuk dibantu menyala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!