Ekspedisi menjadi tragedi apabila dihempap pokok tumbang. Seorang pendaki wanita, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur.
Kejadian itu berlaku di dalam khemah di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada jam 8.55 malam.
Ads
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad
Menurut Zukri, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan tidak sedarkan diri semasa insiden berlaku.
Pemandangan Gunung Tahan Pahang
“Kejadian berlaku ketika mangsa bersama kumpulan 10 pendaki dan seorang malim gunung yang memulakan pendakian pada Isnin lalu. Mereka dijadualkan turun pada Ahad, namun sekitar jam 12 tengah hari, pihak polis menerima maklumat bahawa mangsa dihempap pokok tumbang ketika tidur,” katanya.
Ads
Bagi operasi menyelamat, helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan selepas tiba di pangkalan udara.
Pasukan mencari dan menyelamat turut berada dalam keadaan bersiap sedia di Kuala Tahan untuk bantuan melalui jalan darat sekiranya khidmat helikopter tidak dapat diteruskan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sesebuah keluarga, peranan ibu dan ayah bukan sekadar membesarkan anak, tetapi membentuk jiwa, nilai, dan arah kehidupan mereka. Rumah adalah sekolah pertama, dan keluarga ialah tempat lahirnya kepimpinan, empati, serta tanggungjawab. Apabila seorang anak dibesarkan dalam persekitaran yang menekankan ilmu, disiplin, dan khidmat kepada masyarakat, hasilnya bukan sahaja terlihat dalam kejayaan peribadi, tetapi juga dalam sumbangan kepada negara.
Siapa sangka, Dr Mohammed Taufiq Johari yang diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu hari ini kala berusia 29 tahun. Pelantikan ini menjadikan beliau antara menteri paling muda dalam sejarah Kabinet Kerajaan Madani, sekali gus meraih perhatian ramai. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dr Mohammed Taufiq bin Tan Sri Johari atas pelantikan berprestij ini.
Dr Mohammed Taufiq Johari, 29, merupakan seorang doktor perubatan dan kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022. Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur sebagai anak keenam daripada lapan beradik.
Bapanya, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dari 2008 hingga 2022 dan kini menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Latar belakang keluarga yang kuat dalam politik memberi pendedahan awal kepada Dr Mohammed Taufiq Johari tentang kepimpinan dan tanggungjawab masyarakat.
Beliau memiliki Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Islam Bandung, Indonesia dan pernah menjalani latihan perubatan di beberapa hospital di negara tersebut sebelum menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia politik.
Rupanya disebalik gelaran doktor, figura muda ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang latarbelakangnya.
Di sebalik jawatan besar dan tanggungjawab sebagai menteri, Dr Mohammed Taufiq Johari baru sahaja melangkah ke satu lagi fasa penting dalam hidup bergelar seorang ayah. Pada 12 Disember lalu, beliau berkongsi berita gembira di Facebook miliknya tentang kelahiran cahaya mata sulung mereka, Mohammed Sulaiman.
“12.12.25, pada hari Jumaat yang penuh barakah.
Alhamdulillah hero sulung kami, Mohammed Sulaiman, selamat dilahirkan.
Terima kasih kepada isteri atas segala sakit, sabar dan pengorbanan yang tak terbalas.
Semoga cahaya mata ini membesar sebagai anak yang soleh, baik budi dan membahagiakan semua.”
Perkongsian ini mengingatkan kita bahawa di sebalik imej seorang pemimpin muda yang berjaya, terdapat juga sisi manusia biasa yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa yang penyayang dan rendah hati.
Pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari dilihat sebagai simbol kepercayaan terhadap kepimpinan generasi muda. Gabungan usia muda, latar belakang profesional sebagai doktor, pengalaman politik, serta legasi keluarga membuatkan beliau figura yang unik dan berwibawa.
Rata-rata rakyat menzahirkan ucapan tahniah dan harapan agar beliau dapat membawa nafas baharu dalam pembangunan belia dan sukan, selari dengan aspirasi generasi muda Malaysia.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada YB Dr Mohammed Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan, serta atas kelahiran cahaya mata sulung. Semoga amanah yang digalas dipermudahkan, dan keluarga kecil ini terus dilimpahi rahmat serta keberkatan.
Pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari membuktikan bahawa kepimpinan muda mampu membawa perubahan besar apabila digabungkan dengan nilai kekeluargaan dan tanggungjawab yang kukuh.
Tip supaya anak membesar dengan emosi sihat dan seimbang, mak ayah kena tahu pantang larang ini. Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Mereka bukan sahaja amanah yang perlu dijaga, malah asas pembentukan masa depan mereka bergantung pada cara kita sebagai ibu bapa membimbing dan mendidik mereka.
Namun, tanpa kita sedari, ada beberapa perkara yang mungkin kelihatan remeh tetapi sebenarnya memberikan kesan besar terhadap perkembangan emosi anak.
1. Jangan Libatkan Anak Dalam Konflik Rumah Tangga
Anak-anak tidak sepatutnya menjadi saksi kepada pertengkaran atau konflik antara ibu bapa. Situasi ini boleh menyebabkan mereka berasa tidak selamat, takut, dan keliru. Sebaiknya, selesaikan masalah rumahtangga secara matang tanpa melibatkan anak-anak.
2. Jangan Jadikan Kemiskinan Atau Kekurangan Sebagai Beban Kepada Anak
Walaupun kehidupan tidak selalu mewah, jangan jadikan kekurangan sebagai alasan untuk memarahi atau membebankan anak-anak. Mereka tidak bertanggungjawab atas keadaan kewangan keluarga. Berikan mereka kasih sayang dan sokongan emosi, walau dalam serba kekurangan.
3. Jangan Melepaskan Tekanan Kepada Anak Tanpa Hikmah
Setiap manusia pasti akan melalui tekanan, tetapi itu bukan alasan untuk kita melampiaskannya kepada anak-anak. Jika anda dalam keadaan tertekan, ambil masa untuk bertenang sebelum berinteraksi dengan anak. Hindari memarahi mereka atas perkara kecil atau tanpa sebab yang munasabah.
4. Jangan Bangga Dengan Sikap Kasar Terhadap Anak
Ugutan, tengkingan, atau layanan kasar bukanlah cara mendidik yang berkesan. Malah, ia hanya akan membuatkan anak takut, bukannya menghormati. Gunakan pendekatan yang lebih berhemah untuk mendidik mereka.
5. Jangan Mengabaikan Sokongan Emosi Yang Anak Perlukan
Kadang-kala, anak hanya memerlukan pelukan dan perhatian untuk berasa dihargai. Luangkan masa untuk mendengar cerita mereka, walaupun nampak remeh. Sokongan emosi ini amat penting dalam membentuk keyakinan diri mereka.
6. Jangan Terlalu Mengawal Atau Menakut-nakutkan Anak
Memberikan panduan kepada anak adalah penting, tetapi jangan sampai terlalu mengongkong atau menakut-nakutkan mereka. Berikan mereka ruang untuk belajar membuat keputusan sendiri dan belajar daripada kesilapan.
7. Jangan Mendidik Dengan Kuasa Dan Arahan Semata-mata
Mendidik anak hanya dengan menggunakan kuasa dan arahan menjadikan anda seorang ibu bapa yang diktator. Ia juga akan menyebabkan anak berasa tertekan dan tidak dihargai. Amalkan pendekatan yang lebih mesra dan libatkan anak dalam perbincangan.
8. Jangan Menghukum Secara Berlebihan
Menggunakan hukuman fizikal seperti rotan, tali pinggang, atau batang paip secara berlebihan adalah tidak wajar. Hukuman yang keterlaluan hanya akan menimbulkan trauma kepada anak. Sebaliknya, ajar mereka dengan tegas tetapi penuh kasih sayang.
9. Jangan Layan Anak Seperti Objek Tidak Bernyawa
Anak-anak adalah manusia yang mempunyai emosi dan perasaan. Berempati dengan mereka sebelum memberikan simpati. Fahami keperluan emosi mereka, dan pupuk kasih sayang dengan cara yang positif.
10. Jangan Melarang Anak Mengekspresikan Emosi
Menangis, merajuk, marah, atau melawan adalah reaksi emosi yang normal. Jangan melarang mereka mengekspresikan perasaan ini kerana ia membantu mereka mengenali dan memahami emosi mereka sendiri. Sebaliknya, bimbing mereka untuk mengawal emosi dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Sebagai ibu bapa, peranan kita bukan hanya memberi makan dan pakaian, tetapi juga membentuk emosi dan akhlak anak. Berikan mereka peluang untuk meneroka emosi mereka dalam suasana yang positif dan menyokong. Dengan cara ini, mereka akan membesar menjadi individu yang matang, berkeyakinan, dan stabil dari segi emosi.
Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan mencorak masa depan anak-anak kita.
Biarpun langsir bersaiz besar dan mungkin agak tebal, ia tetap boleh dicuci menggunakan mesin basuh. Jika dibiarkan lama tergantung tanpa dibersihkan, tidak elok juga untuk kesihatan. ia akan mengumpul debu hama yang boleh menyebabkan masalah pernafasan serta aliran udara yang tidak bersih di dalam rumah.
Menerusi perkongsian mereka di laman Facebook, dobi Bubble Laundrette Station 18telah berkongsi tip terbaik untuk membersihkan langsir.
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. Langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.