Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya, ketibaan bulan yang mulia ini sangat dinanti-nantikan. Ketika Ramadan, semua umat Islam tidak melepaskan peluang untuk mengejar pahala dan membuat kebaikan.

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tempoh PKP telah disambung lagi sehingga 12 Mei nanti. Biarpun banyak ujian yang melanda kita, bersyukurlah. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik dugaan ini.

Latih Anak Puasa, Bukan Terus Suruh Tahan Lapar & Dahaga. Cerita Dulu Kebaikannya

#Syukurbersama kerana kita dapat berada di rumah bersama keluarga dan fokus untuk beribadat. Tiada masalah untuk si ayah mengetuai solat terawih. Ganjarannya besar, sama seperti melakukannya di masjid.

#Syukurbersama kerana ibu bapa dapat melatih anak-anak berpuasa. Pada waktu ini, anak-anak berada di rumah dan tidaklah terlalu letih jika berpuasa. Pasti proses berpuasa dirasakan lebih mudah kerana mereka tidak perlu berasak-asak di sekolah dengan cuaca panas dan sebagainya.

Bercerita tentang mendidik anak-anak untuk berpuasa. Ia seharusnya dilakukan secara perlahan-lahan tanpa desakan. Latih anak untuk sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT supaya dapat menerima bulan Ramadan secara positif.

IKLAN
Berikut adalah panduan mendidik anak-anak kecil untuk mula berpuasa:

1. Pastikan Anak Tahu Pengertian Puasa
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak kecil berpuasa. Pasti mereka akan banyak bertanya tentang ibadah ini. Terangkan kepada mereka tentang berpuasa. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, pastikan mereka juga tahu tentang kelebihan berpuasa yang lain seperti mengingati golongan yang kurang berkemampuan, menahan diri dari melakukan perkara yang jahat, dapat belajar mensyukuri nikmat serta banyak lagi.

2. Latih Perlahan-Lahan
Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi jika anak baharu belajar berpuasa. Lakukan secara berperingkat terutamanya untuk anak yang masih kecil. Biarkan mereka berpuasa selama 1-2 jam, kemudian dipanjangkan waktunya sehingga mereka berjaya berpuasa sepanjang hari.

3. Suruh Anak Tidur Awal
Ini penting. Jika anak masuk tidur awal, maka lebih mudah untuk mengejutkan mereka bangun sahur. Jangan dibangunkan dalam keadaan stres, kejutkan mereka dengan lembut supaya dapat menggalakkan mereka bangun dan makan dengan berselera.

IKLAN

4. Ajarkan Cara Niat Yang Betul
Setiap malam sebelum masuk tidur, pastikan anda membimbing mereka untuk melafaz niat puasa. Terangkan pengertiannya. Percayalah dalam tempoh dua minggu, mereka pasti boleh membacanya sendiri tapi pastikan masih di bawah seliaan anda.

Latih Anak Puasa, Bukan Terus Suruh Tahan Lapar & Dahaga. Cerita Dulu Kebaikannya

5. Juadah Berbuka Yang Menarik
Ii umpama reward untuk anak-anak. Seharian berpuasa pasti buat mereka rasa letih. Lapar dan dahaga sudah tentu. jadi untuk memberi ganjaran kepada mereka, sebaiknya buatkan juadah yang menarik untuk berbuka puasa. Sesekali tanyakan apa yang mereka mahu untuk berbuka puasa nanti.

IKLAN

6. ‘Tutup’ Dapur
Janganlah andabekerja di dapur terlalu awal. Jika mampu, masaklah agak lewat sedikit supaya tidak membuatkan mereka terasa ingin mengikut anda ke dapur. Jika ke dapaur, ia akan menggalakkan anak-anak untuk membuka peti sejuk atau mencari makanan yang boleh dimakan.

Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memberi idea kepada anda yang masih menyimpan niat dan masih mencuba untuk menggalakkan anak-anak berpuasa. #Syukurbersama kerana kita masih mempunyai kesempatan untuk berpuasa bersama keluarga tahun ini.

Kami di NU Ideaktiv juga bersyukur dapat menjalani kehidupan yang baik walaupun masih di dalam tempoh PKP ini. Begitu juga dengan rakyat Malaysia lain, saksikan video ini:

https://www.youtube.com/watch?v=lhZKVJfwj-M&t=5s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI