Baru-baru ini tular kisah anak lelaki yang meminta hadiah hari lahirnya sepasang kaki seperti orang lain sehingga membuatkan ibunya sebak. Perkongsian itu juga menyebabkan ramai yang mendoakan agar adik Syahmi dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat.

Menerusi laporan Metro, kedua ibu bapa Syahmi bersyukur dengan anugerah kurniaan Allah pada mereka. Walaupun ketika dalam kandungan doktor menyarankan untuk mengugurkannya pasangan ini tidak bersetuju.

“Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya. Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami”

Dia anugerah istimewa

“Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 40, malah semua urusan saya dipermudahkan sejak melahirkannya,” kata ibu dua anak, Azlindahani Othman.

Azlindahani, 38, berkata demikian ketika menceritakan kisah anak bongsunya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 9, atau mesra dengan panggilan Syahmi yang dilahirkan tanpa betis, masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang saja.

Minta hadiah sepasang kaki 

“Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya. Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami”

Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahani berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB).

Salah satu hantaran yang menyentuh hati ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13.

IKLAN

Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

“Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya. Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami”

Banyak kali Syahmi minta untuk berlari dan berjalan

Azlindahani yang menetap di Taman Jati, Ipoh, Perak berkata, reaksi Syahmi membuatkannya tergamam dan sebak kerana menyedari tidak mampu untuk menunaikannya.

“Saya sedih kerana tidak mampu tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk beri apa yang dia mahukan.

“Malah, bukan sekali tetapi pernah beberapa kali Syahmi luahkan keinginan sama iaitu berlari dan berjalan seperti abangnya tetapi saya cuba memujuknya dengan mengatakan dia tidak perlukan semua itu kerana sudah cukup istimewa,” katanya.

“Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya. Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami”

IKLAN

Hamil 4 bulan doktor dapat tahu ada kecacatan 

Menceritakan perihal Syahmi, Azlindahani berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan anaknya itu sewaktu hamil lagi.

“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan meninggal dunia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.

“Ketika hamil empat bulan, doktor beritahu ada kecacatan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berbahaya.

” Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggugurkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang,” katanya.

“Hamil 4 Bulan Doktor Minta Gugurkannya. Sampai Hari Ni Syahmi Istimewa Buat Kami”

IKLAN

Anak yang mudah dijaga

Dia berkata, dengan izin Allah, Syahmi selamat dilahirkan cuma dia mulanya tidak dapat menerima keadaan anaknya itu.

“Saya bimbang dia tidak hidup lama seterusnya meninggalkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institut Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat,” katanya.

Di sebalik kekurangan, Azlindahani berkata, Syahmi mudah dijaga kerana pernah dua kali saja dimasukkan ke hospital akibat demam dan cirit-birit.

“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh sakit dan jika ada sekalipun, dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana seluruh keluarga menyayangi Syahmi terutama anak sulung yang rajin membantu menguruskan adiknya itu.

Kredit: Metro & Azlindahani Bt Othman

**Dapatkan harga istimewa untuk barangan bayi di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI