Walau pun sedang sarat hamil, aktres Shakilla Khoriri tetap aktif melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging dan mendaki. Gaya aktif seperti ini sangat baik untuk stamina ibu bagi persediaan proses kelahiran.
Shakilla yang kini sedang hamil 8 bulan sering memuat naik foto-foto dia sedang melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Ternyata hamil bukan penghalang untuk melakukannya, asalkan dalam kadar yang sederhana dan menggunakan teknik sesuai.
Beberapa hari lalu, Shakilla memuatnaik video dia sedang berjogging. Para peminat kagum dengan semangat tenaga ibu hamil ini.
Para peminat memberikan kata-kata perangsang kepada kepada Shakilla dan mendoakan proses melahirkan berjalan lancar. Ada juga yang risaukan keadaan Shakilla dan meminta agar berhati-hati.
GOOD FOR YOU AND YOUR BABY
JANGAN LARI LAJU-LAJU
Ads
BAGUS UNTUK STAMINA, MUDAH BERSALIN
HEBATNYA AWAK
ADA YANG MEMPUNYAI TABIAT YANG SERUPA, MAKIN DEKAT DUE MAKIN AKTIF
Tarikh hari pertama haid terakhir sangat penting untuk menentukan usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin. Namun mungkin kerana kesedaran yang kurang, ada ibu yang bertindak memberikan tarikh yang dilewatkan sehingga dua minggu bagi mengelakkan di indius.
Perkara ini dikongsi oleh jururawat Bel Nawhen yang berkongsi mengenai perkara ini. Mungkin ia banyak diamalkan oleh para ibu hamil sehingga soalan berkaitannta diajukan oleh warganet kepada beliau. Diharapkan jawapan ini boleh dijadikan panduan kepada ibu-ibu lain.
Rasanya ada ibu yang gemar ‘mencuri’ tarikh LMP mereka dengan melewatkannya kira-kira 2 minggu atas alasan takut diinduce oleh pihak hospital jika sudah post date (terlebih bulan). Mereka ditakut-takutkan dengan kekejaman pihak hospital yang akan memaksa ibu melahirkan bayi walau belum cukup masanya lagi.
Saya sendiri pernah baca satu soalan di sebuah page, katanya ikut kiraan sebenar sudah 42 minggu, tapi dia curi waktu dan beritahu waktu kelahirannya lewat dua minggu dari dari sebetulnya.
Ada tu, ibu cukup hamil selama 40minggu (sebenarnya 42minggu), ibu mula bimbang sebab kandungan sudah tidak bergerak. Tetapi sebab dah terlajak menipu maka diteruskan kehamilan hinggalah si ibu demam beberapa hari selepas itu. Bayi siap sudah berak lagi di dalam perut. Perlu emergency caesarean.
Kebiasaan bayi post date ini kita kenali dengan keadaan mereka yang rambutnya penuh dan sekitar kulit juga berbulu lebat yang kemudian akan gugur selepas beberapa hari kelahiran.
Beliau memberikan 5 kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya ‘mencuri’ tarikh hari pertama akhir haid ini dilakukan oleh ibu. Antaranya ialah kegagalan fungsi placenta, risiko bayi lemas dan bayi tertelan najis.
1) Risiko kematian yang tinggi jika tempoh kehamilan lebih 42minggu kerana placenta tidak dapat berfungsi seperti biasa.
2) Placenta dianggap sudah ‘tua’ dan tidak mampu membekal oksigen serta nutrisi kepada bayi.
3) Bayi berisiko mengalami lemas kerana kekurangan bekalan oksigen dari placenta.
4) Perkembangan bayi menjadi perlahan dan mungkin berhenti kerana ketiadaan ruang untuk membesar di dalam rahim.
5) Tekanan jantung bayi menjadi lemah atau bayi mungkin berak di dalam rahim lalu tertelan najis sendiri.
Kerana itu apabila anda jujur dengan LMP anda, doktor dan kakitangan kesihatan lain boleh memantau keadaan anda dengan lebih kerap.
ORANG CAKAP BILA SERAH DIRI, MAKA KENA PAKSA LAHIRKAN BAYI
Sebenarnya tak semua kelahiran memerlukan Induction Of Labour (IOL). Doktor akan kenalpasti keperluannya dahulu sebelum membuat keputusan begitu.
IOL dilakukan jika terdapat keadaan yang boleh mengancam nyawa kedua-dua ibu dan anak.
Jadi, sebelum nak curi tarikh LMP, fikirkan dahulu pro dan cons sebarang tindakan anda.
Anda tipu, kami tak dapat apa. Nyawa yang dalam bahaya adalah anda dan bayi di dalam kandungan anda. Kami bantu selagi terdaya.
Selepas mengalami keguguran pada Mei lalu, penyanyi, Aurel Hermansyah yang juga anak kepada penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti mengumumkan kehamilannya sekali lagi.
Perkhabaran gembira itu dikongsi Aurel menerusi Instagramnya malah turut sama dikongsikan oleh ibunya juga suami tercinta, Atta Halilintar yang turut memuat naik video rakaman imbasan bayi dalam kandungan isterinya.
Difahamkan kini usia kandungan Aurel sudah pun memasuki usia tiga bulan lebih.
” MasyaAllah. Terima kasih ya Allah engkau telah mempercayakan kami lagi untuk menjadi orang tua.
” Setelah 3 bulan kita rahsiakan, alhamdulillah sekarang sudah 3 bulan lebih, baru berani menjawab pertanyaan teman-teman.
” Video ini diambil ketika usia kehamilan 2 bulan ya teman-teman. Doakan ya teman-teman online semoga Mama dan Baby AH sehat terus sampai persalinan nanti dan diberi kelancaran. Aamin ya Allah,” kongsinya menerusi Instagram.
Atta juga tidak terkecuali turut sama mendoakan kesejahteraan kehamilan isterinya kali ini.
“Anakku, Ahamdulillah. Allahuakbar. Sihat, kuat ya anakku. Papa dan mama akan jaga kamu sekuat kami.
“Selepas lebih tiga bulan merahsiakan, dengan banyak media yang terus bertanya dan beritanya semakin tidak menentu.
“Doa terbaik saja ya buat keluarga kecil saya,” tulis Atta.
“Terimakasih atas hujan berkah dari MU’
Kegembiraan itu pastinya turut dirasai oleh Kris Dayanti yang juga dilihat meninggalkan satu entri di Instagramnya. Kata Kris Dayanti, dia benar-benar bersyukur dengan kurniaan Allah sekali lagi buat anak dan menantunya.
Perkongsian keduanya itu turut sama menerima komen ucapan tahniah daripada rakan serta pengikutnya di platform media sosial.
Terdahulu, pada Mei lalu, Atta dan Aurel berkongsi berita duka mengenai keguguran kandungan Aurel. Pasangan Atta dan Aurel diijabkabulkan pada 3 April lalu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang hamil memaklumkan dia ingin meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin kerana berhasrat untuk bercakap Mandarin dengan anaknya bila dilahirkan nanti.
Menerusi twitternya, Shila memuat naik status tersebut dengan berkongsi dia mahu bercakap Mandarin sepenuhnya dengan anak dan suaminya pula boleh ajar English.
Hasratnya itu mendapat reaksi positif dari peminat dan menyokong tindakan Shila untuk memperkenalkan lebih dari satu bahasa pada anak.
Cuma ada juga peminat menasihatkannya supaya jangan terus ajar serentak kerana bimbang bayi akan keliru. Perkenalkan secara berperingkat kerana otak bayi lebih cepat belajar.
Pada 17 Februari lalu Shila mengumumkan dia sedang hamil dan mengalami alahan seperti muntah, banyak tidur dan tidak boleh makan banyak.
Sebelum itu, tindakan berdiam diri penyanyi bersuara lunak ini di media sosial terjawab apabila dia mengumumkan sedang hamil di Instagram baru-baru ini. Shila bagaimana pun tidak mendedahkan usia kehamilannya.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.