Kebahagiaan begitu dirasakan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza saat menyambut ulang tahun kelahirannya sambil ditemani suami dan dua insan paling disayangi iaitu Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Dato’ Siti yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke -43 semalam diraikan dalam majlis ringkas namun amat menarik perhatian ramai bila mana muncul dengan tema anak patung Barbie.
Hadir dalam semua warna merah jambu, kata Siti ia bagi memenuhi permintaan anak sulungnya, Aafiyah yang begitu sukakan karektor kartun Barbie.
“Dah lanjut usia baru dapat buat theme Barbie.
“Sebenarnya nak tunaikan permintaan Aafiyah yang nak tea party Barbie,” tulis Siti menerusi Insta Story nya.
Pada petang itu, Siti muncul dengan dress merah jambu, sama seperti Aafiyah lengkap dengan gaun persis ibunya.
“Thanks you Ibu lahirkan Aafiyah”
Dalam pada itu, perkongsian Siti di Insta Story menarik perhatian ramai. Kata Siti, paling istimewa di hatinya tentulah ucapan paling bermakna dari Aafiyah buat dirinya.
Menerusi video pendek yang dikongsikan Siti, Aafiyah membuat ucapan sempena hari lahir dengan berterima kasih pada ibunya.
“Thank you Ibu lahirkan Aafiyah” ❤️
Ucapan paling istimewa di hari lahir Ibu,” tulis Siti.
Selamat hari lahir buat Dato’ Siti. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjang untuk terus membahagiakan dua pertama hati comelnya, Aafiyah dan Afwa.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa tukar nama anak dalam sijil kelahiran sebenarnya boleh dilakukan secara sah di Malaysia. Ada yang hanya menyedari kesalahan ejaan selepas sijil siap, ada juga yang merasakan nama yang dipilih kurang sesuai, atau tersilap meletakkan jantina semasa pendaftaran kelahiran.
Berita baiknya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan pindaan dibuat, namun ia tertakluk kepada syarat dan prosedur tertentu. Jadi sebelum membuat sebarang keputusan, ini adalah panduan penting yang ibu bapa perlu fahami.
Jika anak anda belum berumur satu tahun, proses untuk tukar nama anak dalam sijil kelahiran adalah lebih mudah. Sama ada kerana kesalahan ejaan, nama tidak sesuai, atau sebab munasabah lain, JPN hanya membenarkan satu kali pindaan sahaja dalam tempoh ini.
Namun, selepas anak melepasi umur setahun, proses menjadi lebih rumit kerana ia memerlukan rujukan dan kelulusan daripada pihak mahkamah.
Ibu bapa tidak diwajibkan untuk hadir ke JPN negeri tempat anak dilahirkan. Sebaliknya, permohonan tukar nama anak dalam sijil kelahiran boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN berhampiran, selagi semua dokumen lengkap.
Perlu diingatkan bahawa ibu atau bapa mesti hadir sendiri kerana urusan ini melibatkan dokumen rasmi dan pengesahan identiti.
Sebelum ke JPN, pastikan ibu bapa menyediakan dokumen berikut bagi melancarkan proses:
Dokumen yang lengkap dapat mempercepatkan proses permohonan dan mengelakkan kelewatan.
Setiap permohonan tukar nama anak dalam sijil kelahiran akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak RM10 sahaja. Ibu bapa dinasihatkan untuk menyimpan resit bayaran sebagai rujukan, terutamanya semasa pengambilan sijil kelahiran baharu.
Perlu difahami bahawa JPN tidak memadam sepenuhnya nama asal anak. Nama baharu akan direkodkan, namun sijil kelahiran akan mengandungi catatan yang menunjukkan nama sebelum pindaan dibuat.
Langkah ini penting bagi tujuan rekod rasmi, pengesahan identiti, serta rujukan undang-undang pada masa hadapan.
Jika tiada sebarang isu atau semakan tambahan diperlukan, proses biasanya mengambil masa sekitar satu minggu. Namun dalam kes tertentu, ia boleh mengambil masa sehingga dua minggu bergantung kepada semakan pihak JPN.
Ibu bapa akan dimaklumkan apabila sijil kelahiran baharu sedia untuk diambil.
Bagi anak yang berumur lebih daripada satu tahun, ibu bapa perlu mendapatkan perintah atau kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum JPN boleh memproses permohonan tukar nama anak dalam sijil kelahiran.
Proses ini lebih panjang serta melibatkan kos dan masa tambahan, justeru tindakan awal amat digalakkan.
Kesimpulannya, tukar nama anak dalam sijil kelahiran bukanlah sesuatu yang mustahil, namun ia perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Proses ini jauh lebih mudah sekiranya dilakukan sebelum anak berumur setahun.
Jika ibu bapa menyedari terdapat kesilapan atau masih ragu-ragu dengan nama yang telah didaftarkan, sebaiknya ambil tindakan awal bagi mengelakkan proses mahkamah di kemudian hari.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, ibu bapa disarankan merujuk terus kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.
Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan. Semuanya bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah anak mencapai umur yang matang.
Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim. Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.
Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan ilmu yang mencukupi dan menjadi model yang terbaik agar anak-anak kita sentiasa berjiwa besar dan berakhla mulia.
1. Memberi Didikan Akidah
Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.
Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman. Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.
2. Didikan Adab & Akhlak
Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkah lakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.
Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.
3. Didikan Membina Pemikiran
Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.
Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.
Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.
Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:
Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya. Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya.
Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain, dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan.
Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri. Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
4. Didikan Kecerdasan Emosi
Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.
Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.
Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:
Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata. Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.
Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.
— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda? Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.
Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.
Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit raya anak jangan dibiarkan sahaja membazir tanpa disimpan sebaiknya. Namun cara bagaimana mak ayah perlu menyimpannya agar memberi pulangan lebih baik pada anak kelak?
Menyimpan dengan emas fizikal antara kaedah simpanan yang cukup popular kini namun sejauh mana ia berguna dan menguntungkan?
Saudara, Syariz Hakim Razali turut membuat perbandingan kaedah simpanan agar dapat memberi panduan untuk mak ayah. Pilihan di tangan anda.
KIRAAN DUIT RAYA ANAK SIMPAN DI ASB DAN EMAS
1. Kiraan ini berdasarkan duit raya anak saya secara purata RM400 tahun ini. Syukur.
2. Kiraan ini saya jangka anak dapat duit raya sama banyak setiap tahun selama 20 tahun dan saya simpan dalam ASB atau emas. Simpan 20 tahun kerana anak akan menyambung pendidikan di peringkat tinggi masa itu.
3. Berdasarkan dividen ASB 5% setahun, tambah RM400 setiap tahun dan compound dividen, selama 20 tahun duit anak saya akan menjadi RM13,887.59 sahaja.
4. Namun simpan wang kertas ini ada susut nilai atau inflasi iaitu purata 3% setahun, maka 20 tahun akan datang inflasi 60%. Maka duit simpanan tadi susut sebanyak RM8332.55 sahaja. Nilai duit itu hanya RM5555.04 sahaja. Atau kena tambah sebanyak itu untuk membayar kos. Dan kos barang juga sudah meningkat akibat inflasi itu.
5. Simpan emas pula berdasarkan duit raya RM400 ditukar menjadi emas iaitu sebanyak 1.5 gram setahun. Selepas 20 tahun ada 30 gram. Dan nilainya hari ini RM8,100 sahaja. Tahun 2000 nilainya RM1,050 sahaja. Jika kenaikan emas 20 tahun lepas RM235 di ambil. Maka tahun 2040, nilai emas jadi RM505 segram. Maka nilai emas emas 30 gram masa itu RM15,150 sahaja.
6. Emas ini sifatnya kalis inflasi maka tiada susut nilai. Susut nilai emas pula beza harga beli dan harga jual sudah tidak dikira kerana sudah ada peningkatan harga selepas 20 tahun.
7. Duit pula senang dikorek untuk belanja, maka risau duit anak terguna dan tak cukup untuk tampung kos pendidikan.
8. Emas pula untuk disimpan maka sayang untuk guna emas untuk belanja yang bukan keperluan mendesak. Simpanan anak dalam bentuk emas lebih selamat.
9. Simpan duit raya anak dalam bentuk emas lebih selamat, kalis inflasi dan tiada susut nilai berbanding simpan wang kertas.
10. Pilihan atas ibu bapa masing-masing. Pilihlah tempat simpanan yang ada ilmu tentangnya. Asalkan duit raya anak selamat dan tidak berkurang. Jika anak tahu, habis kita nanti.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.