Selepas disahkan hamil anak kedua, pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli memaklumkan isterinya, Annisa Faizul terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang setelah mengalami jangkitan kuman dalam air kencing.
Berkongsi lebih lanjut, Syahmi memberitahu, Annisa sering mengalami muntah-muntah sejak kebelakangan ini.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelawak terkenal Achey baru-baru ini berkongsi mengenai niat isterinya, Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne, untuk menjalani pembedahan bariatrik.
Keputusan ini dibuat selepas 14 tahun berkahwin, sebagai salah satu usaha Anne untuk menurunkan berat badan agar dapat mencuba rawatan IVF sekali lagi.
Dalam hantaran tersebut, Anne secara berseloroh berkata, “Walaupun tak mengandung, dah macam mengandung,” sambil melihat dirinya di cermin. Namun, di sebalik gurauan itu, ada rasa sedih yang terpendam.
Menurut Anne, berat badannya kini sudah mencecah saiz double XXL, menyebabkan pakaian semakin sempit dan lututnya kerap sakit.
“Saya dulu pernah buat IVF, tapi tak berjaya. Doktor cakap punca utamanya adalah berat badan. bercakap pun sudah mula mengah.”
Atas sebab itu, Anne meminta izin Achey untuk menjalani pembedahan bariatrik sebagai langkah terakhir menurunkan berat badan demi mendapat zuriat.
Anne menjelaskan bahawa dia sudah membuat kajian dan bertemu dengan doktor pakar yang berpengalaman dalam pembedahan bariatrik.
“Saya nak cuba. Mana tahu lepas kurus, boleh buat IVF balik. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya reda. Semua ni aturan Allah, kita hanya berusaha,” katanya dengan nada sebak.
Achey pada awalnya agak bimbang dengan prosedur tersebut tetapi tetap memberi sokongan penuh kepada isterinya.
Namun, bagi Achey, apa pun keputusan isterinya, dia tetap menerima Anne seadanya.
“Saya sayang awak, tak kisah badan macam mana, rupa paras macam mana. Cantik untuk suami tu belakang kira. Kita dah hidup bersama berapa tahun, awak ada dengan saya itu dah cukup,” luahnya penuh kasih sayang.
Anne turut mengakui dia sudah berusaha berkali-kali untuk menurunkan berat badan secara semula jadi, namun tidak berjaya. Achey sendiri menyaksikan usaha isterinya yang telah mencuba diet sebanyak 3-4 kali, tetapi tetap tidak mendapat hasil yang diharapkan.
Sebagai suami, Achey menasihati isterinya untuk memperbetulkan niat dan terus berusaha ke arah apa yang diimpikan.
“Kalau ada rezeki untuk impian kita, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, kita masih ada Tiara . Kalau Awak ok, saya pun ok.”
Di akhir perkongsian, Achey memohon doa daripada semua agar perjalanan isterinya dipermudahkan. Semoga niat baik Anne dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang terbaik buat mereka.
Wanita hamil di UK akan diberitahu bahawa mereka perlu tinggal di rumah selama tiga bulan bermula dari hujung minggu ini kerana mereka adalah antara golongan yang paling mudah terdedah kepada coronavirus.
Kerajaan UK telah menambah golongan ibu hamil dalam senarai orang yang paling ‘berisiko’ untuk kali pertama bersama dengan golongan orang tua dan golongan yang mempunyai kesihatan yang lemah.
Pegawai berkata langkah itu adalah sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ kerana terlalu awal untuk mengatakan sama ada COVID-19 menimbulkan ancaman besar kepada ibu hamil.
Secara amnya wanita mengandung lebih cenderung untuk terdedah dengan jangkitan virus berbanding wanita yang tidak hamil.
Walau bagaimanapun, ketua doktor di England sebelum ini mengatakan dia tidak rasa wanita hamil perlu bimbang memikirkan tentang jangkitan virus korona pada bayi. Pada masa ini tiada bukti klinikal menunjukkan bahawa virus itu boleh ditularkan melalui rahim atau melalui susu ibu.
Diet yang diambil oleh ibu hamil boleh mempengaruhi perkembangan gigi anak mereka. Ini adalah disebabkan pembentukan gigi desidus (gigi susu) dan kekal bermula semasa bayi dalam kandungan lagi.
Pembentukan gigi susu bermula 6-8 minggu kehamilan. Gigi-gigi susu ini hanya akan sempurna apabila akar gigi telah terbentuk dengan lengkap ketika kanak-kanak mencapai umur 3 tahun. Bagi kegigian kekal pula, pembentukannya bermula ketika kandungan berusia 20 minggu dan akan berterusan sehingga dewasa.
Gigi terbentuk melalui proses mineralisasi matriks protein. Proses ini bermula ketika kandungan berusia 4 bulan dan akan berterusan sehingga remaja. Justeru itu, pengambilan nutrien secukupnya oleh ibu-ibu hamil adalah sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan gigi yang sihat. Kekurangan nutrien yang teruk semasa hamil boleh mengakibatkan pembentukan gigi kanak-kanak menjadi tidak normal dan juga cenderung untuk mendapat karies.
Kepentingan nutrien semasa tumbesaran gigi
Nutrien yang penting dalam pembentukan dan perkembangan struktur gigi yang sihat adalah protein, vitamin (A, C dan D), kalsium dan fluorida. Struktur Enamel gigi mengandungi keratin iaitu sejenis protein yang memerlukan Vitamin A untuk pembentukannya. Struktur Dentin gigi pula mengandungi kolagen, juga sejenis protein yang bergantung kepada Vitamin C untuk dihasilkan dengan sempurna. Vitamin D pula diperlukan dalam proses dimana Kalsium dan Fosforus dimasukkan ke dalam Kristal Hydroxyapatit, iaitu struktur matriks bagi gigi dan tulang.
Semasa perkembangan struktur matriks gigi, bahan Fluorida dapat digabungkan bersama-sama Kalsium dan Fosforus untuk membentuk Fluoroapatit, iaitu struktur yang lebih kuat dan tahan hakisan berbanding dengan Hydroxyapatit. Ketika pembentukan struktur gigi, bahan Fluorida memainkan peranan secara sistemik. Selepas gigi telah lengkap terbentuk, Fluorida hanya memberi kesan secara topikal pada permukaan gigi sahaja.
Oleh itu, kesan Fluorida ini boleh memperkuatkan struktur gigi dengan mengurangkan demineralisasi dan meningkatkan remineralisasi apabila gigi terdedah kepada hakisan asid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam plak.
Kesan ketidakseimbangan nutrien kepada tumbesaran gigi
Ketidakseimbangan nutrien boleh memberi pelbagai kesan kepada perkembangan gigi. Kekurangan protein boleh menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi lambat, gigi bersaiz kecil (Microdontia) dan juga menyebabkan enamel mudah terlarut. Kekurangan Kalsium, Fosforus dan Vitamin D pula boleh menyebabkan struktur matriks gigi menjadi kurang termineralisasi (hypomineralisation) dan melambatkan corak pertumbuhan gigi.
Pengambilan Vitamin A yang tidak cukup boleh menyebabkan pengurangan jumlah pembentukan enamel atau satu keadaan yang dipanggil sebagai Enamel Hypoplasia. Pengambilan Fluorida yang tidak optimum pula boleh meningkatan demineralisasi dan mengurangan remineralisasi apabila gigi terdedah serangan asid oleh bakteria. Walaubagimanpun, pengambilan Fluorida yang berlebihan semasa pembentukan gigi boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil sebagai Fluorosis.
Garispanduan Pemakanan Malaysia (Malaysian Dietary Guidelines – MDG), 2010 yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memberi panduan pemakanan yang lengkap bagi setiap individu dan masyarakat.
Diet yang seimbang boleh memberikan hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh manusia. MDG mengandungi beberapa rekomendasi untuk pengambilan nutrisi yang lengkap bagi setiap individu.
Untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan gigi yang sihat, pengambilan nutrien yang mencukupi adalah penting terutamanya Protein, Vitamin (A, C, D), Kalsium, Fosforus, dan Fluorida. Secara umumnya, pengambilan nutrien-nutrien ini boleh didapati dengan:
Kesimpulan
Pengambilan diet yang seimbang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan gigi. Oleh itu, adalah penting bagi individu dan ibu-ibu yang hamil mengambil makanan seimbang yang merangkumi semua jenis makanan dan nutrisi yang diperlukan bagi memastikan gigi-gigi kanak-kanak tumbuh dengan sihat dan sempurna.
Rujukan
DePaola DP, Faine M, Palmer C. Nutrition in relation to dental medicine. In Shils M, Olson J, Shike M, Ross AC, eds.. Modern Nutrition in Health and Disease, 9th Ed. Baltimore, MD: Williams and Wilkins, 1999: 1099-1124
Li Y, Navia JM, Bian J-Y. Prevalence and distribution of developmental enamel defects in primary dentition of Chinese children 3-5 years old. Community Dent Oral Epidemiol 1995; 23(2): 72-79
Rugg-Gunn AJ, Al-Mohammadi SM, Butler TJ. Effects of fluoride level in drinking water, nutritional status, and socio-economic status on the prevalence of developmental defects of dental enamel in permanent teeth in Saudi 14 year old boys. Caries Res. 1997; 31:259-267
Seow WK. Enamel hypoplasia in the primary dentition: a review. J Dent Child 1991; 58:441-452
Nutrional Factors in Tooth Development and Maintenance: American Dental Hygienists’ Association (2012)