Pelakon Mia Ahmad yang sedang hamil anak kedua mendedahkan dia tidak mengalami alahan yang teruk.
Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi ini pernah mengharungi suasana berbeza ketika hamil anak pertama.
“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.
“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya.
Ads
Tambah Mia, dia yang bakal bersalin pada Jun ini berharap proses kehamilan kedua dipermudahkan.
Ads
“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah. Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya lagi.
Sebelum ini, peminat mula berspekulasi Mia hamil lagi setelah dia berkongsi foto percutian keluarga di Bali, Indonesia dengan hashtag #BabyMooninBaliAgain.
Mia dan suami, pemain bola sepak Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tanggap ada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama.
Pasangan itu menerima cahaya mata pertama, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Satu (1) dari sepuluh (10) wanita hamil mendapat Covid-19 dan 50% (peratus) tiada simptom. Dan lebih 2 kali ganda bayi terpaksa dikeluarkan lebih awal untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa ibu dan bayi.
Menurut perkongsian Dr. Miaza Tusimin, Pakar O&G dalam Webinar Pa&Ma bersama Dr Maiza Tusimin anjuran eksklusif bersama VIP members Pa&Ma Moms To Be Club, Vaksin sangat penting untuk melindungi ibu hamil kerana golongan ini antara golongan yang berisiko untuk dijngkiti virus tersebut.
Kesan Covid-19 kepada kehamilan
Kes-kes hamil dengan Covid-19 lebih cenderung untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi dan memerlukan ventilasi.
Kesan kepada bayi
Kesan keluarga
Kesan Covid-19 pada ibu hamil
Kesan Covid-19 amat bahaya untuk ibu hamil, ada yang terpaksa tinggal di hospital sampailah waktu bersalin. Antara kesannya boleh terjadi masalah darah beku ketika hamil, pergi ke paru-paru dan menyekat saluran jadi nerlaku masalah pernafasan disini yang boleh menyebabkan risiko kematian.
Bagaimana pula dengan vaksin Covid-19 kepada ibu ketika waktu kehamilan?
Vaksin C-19 & Kehamilan
Golongan yang perlu mengambil Vaksin C-19
Kumpulan berisiko
Bila masa terbaik untuk mengambil Vaksin C-19?
Tetapi jika sudah hamil dan baru tahu selepas mengambil dos pertama, tangguhkan dahulu dos kedua sehingga usia 14 minggu. Usia kehamilan yang sesuai untuk menerima vaksin pada minggu ke-14 hingga minggu ke-33 kehamilan.
Pengambilan vaksin lain ketika hamil
Vaksin & penyusuan
Penyusuan boleh diteruskan seperti biasa selepas mendapatkan vaksin C-19. Menyusu boleh memberikan imuniti kepada antibodi si kecil anda jadi tiada kesan yang bahaya.
Macam mana nak tahu ibu hamil mungkin terkena Covid-19? Tengok orang sekeliling, ada positif ke?
Biasanya simptom ibu hamil tak larat, mual dan simptom ni lebih kurang dengan simptom Covid-19. Keliru kan? Jadi, tengok ‘clue’ sekeliling, siapa yang kita jumpa, siapa kontak rapat kita. Yang paling penting duduk di rumah untuk elakkan terlalu banyak kontak dengn luar.
Kesimpulan
Lebih 150 wanita mendapat covid-19 yang dirawat di salah satu hospital di Malaysia. Itu baru satu hospital. Jadi Dalam era pandemik ini, ibu hamil dalam kateogeri risiko tinggi. Jadi ambil vaksin untuk lindungi diri dan kandungan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tidak mengulas apa-apa isu kehamilannya sebelum ini, selebriti popular, Neelofa, 32, akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan.
Bagaimanapun, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi sulungnya.
“Ya, saya sudah sampai ke fasa akhir. Saya pun tidak tahu bila akan melahirkan anak pertama, mungkin awal atau terlewat.
“Jadi, apa yang boleh dikongsi saya berada pada fasa akhir. Saya mengharap doa orang ramai agar memudahkan urusan saya bersalin,” katanya.
Perut makin besar, tak boleh berselindung lagi
Sehingga kini, pasangan suami isteri ini enggan mendedahkan jantina bayi mereka. Malah Neelofa juga akui baru kini dia lebih selesa dan terbuka berkongsi memandangkan perutnya tidak boleh disorok lagi.
“Saya mahu lari daripada kebiasaan. Ini disebabkan ramai suka mengumumkan kehamilan. Sebenarnya tak perlu buat sedemikian, sebab digalakkan menghebahkan kelahiran berbanding kehamilan.
“Namun, sebagai ‘public figure’, perut sudah nampak, jadi saya tidak boleh berselindung lagi. Rata-ratanya sudah tahu, saya tak boleh buat apa-apa, sudah masanya saya lebih terbuka.
“Jujurnya, banyak perkara yang mahu dikongsi. Apa persediaan saya sebagai bakal ibu yang bakal melahirkan anak pertama, tetapi saya akan berkongsi lebih terperinci pada masa sesuai,” katanya.
Tak paksa badan bekerja kuat
Berkongsi lanjut, Neelofa berkata, dia masih bekerja, namun, perlu diseimbangkan penjagaan diri dan kandungan.
“Ada hari saya bekerja, ada masanya perlu menghadiri rawatan, fisioterapi, urutan dan sebagainya. Semuanya seimbang, tidaklah terlalu sibuk dan relaks.
“Kalau penat, saya rehat. Saya mendengar apa yang badan saya katakan,” katanya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil kerap kali dilarang makan makanan tertentu. Ada pandangan tentang makanan yang sesuai dan perlu dielak oleh ibu hamil. Makanan yang dikatakan panas, sejuk dan tajam dianggap perlu dielakkan kerana mampu membahayakan ibu hamil dan kandungannya.
Dr Fadzilah Abdul Jalil, doktor di Klinik O&G, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi menjelaskan sememangnya, ada sesetengah jenis makanan yang diambil sewaktu hamil berkemungkinan boleh menjejaskan kandungan dan diri ibu itu sendiri. Namun, perlu diingatkan tidak semua makanan menyebabkan hal sedemikian.
Seperti yang kita semua sedia maklum, makanan-makanan yang dikatakan panas, sejuk atau tajam sehingga boleh menjejaskan kandungan dan kehamilan itu adalah berdasarkan pandangan dan maklumat yang disampaikan oleh orang tua-tua terdahulu. Kebanyakannya tidak pernah menjalani kajian saintifik. Maka, tiada satu pun yang dibuktikan benar melalui hasil kajian saintifik.
Perlu diketahui bahawa terdapat sesetengah jenis makanan tidak boleh diambil semasa hamil terutamanya di awal usia kandungan disebabkan faktor-faktor tertentu.
Contohnya makanan berasid. Ia boleh menyebabkan gastrik. Jika ibu hamil sememangnya mempunyai masalah alahan pada awal kandungan seperti loya, mual, muntah dan sebagainya, maka makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi akan menyebabkan alahan lebih teruk. Dalam keadaan tertentu, boleh menyebabkan alahan lebih parah dan anda dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Makanan bersifat panas atau sejuk mahupun tajam merupakan persepsi masyarakat sahaja. Memang ada makanan yang boleh beri kesan sampingan kepada kandungan dan anda sendiri, tetapi secara saintifiknya, tidak ada kategori bagi setiap makanan itu. Ia lebih kepada respons dan tindak balas seseorang ibu hamil terhadap makanan yang diambil. Perlu diingatkan juga, bahawa setiap orang berbeza dan tidak mengalami respons yang sama antara satu sama lain. Malah, ada ketikanya, ia tiada kaitan pun dengan makanan-makanan tersebut.
Faktor alahan terhadap makanan berkenaan juga mungkin menyumbang kepada masalah yang mungkin dialami. Apa-apa pun, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Makanan yang diambil akan beri kesan berbeza kepada seorang individu kepada individu yang lain. Sama ada makanan itu panas, sejuk atau tajam, ia bersifat subjektif.
Makanan dan mitos
Durian
Fakta sains menjelaskan bahawa durian sangat kaya dengan potassium, zat besi, serat dan vitamin. Pada masa yang sama, kandungan gulanya juga yang amat tinggi. Jika diambil sewaktu hamil, kecenderungan paras gula meningkat adalah sangat tinggi dan ia amat tidak baik untuk wanita yang bersaiz besar dan penghidap diabetes.
Sebab itulah, anda tidak digalakkan makan terlalu banyak durian. Bukan kerana ia panas tetapi berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. Seulas durian mempunyai 54 kalori. Jika teringin, cukuplah sekadar satu atau dua ulas.
Dalam banyak keadaan, potensi anda untuk mengambil lebih daripada dua ulas durian adalah sangat besar. Sebab itulah ia boleh mendatangkan mudarat dan meninggalkan kesan sampingan.
Air tebu
Dalam cuaca yang panas, air tebu sangat bagus diminum. Ia merupakan pelepas dahaga yang baik. Ada mitos menyatakan ia boleh menjadi punca pendarahan dan menyebabkan keguguran. Mungkin orang tua-tua kata ia tajam tetapi sebenarnya ia bersifat sejuk untuk ibu mengandung. Ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi serat, zat besi, vitamin B kompleks dan vitamin C.
Nanas
Buah ini kaya dengan vitamin C, tinggi potassium, beta karotena dan serat. Ia bagus, cuma anda tidak boleh mengambil nanas muda sebagai santapan disebabkan banyak kandungan asid hingga boleh mengganggu sistem penghadaman. Kesannya, anda boleh mengalami cirit-birit dan sakit perut.
Di dalam nanas terdapat kandungan bromelain yang berperanan mencerna protein. Ia sering digunakan untuk menjadi pelembut daging. Berkemungkinan bahan ini dipercayai menyebabkan masalah pendarahan dan keguguran. Namun ia tidak benar. Untuk mencetuskan masalah sebegini, anda perlu makan dua biji nenas. Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk mengambil nanas masak dan bukannya mentah.
Tumbuhan menjalar
Sayur-sayuran sebegini sering dikatakan sebagai sejuk. Contohnya, kacang dan timun. sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan, sayur-sayuran menjalar boleh menjadi penyebab kembung perut, sakit sendi, otot atau urat dan sebagainya. Ia sama seperti sayur-sayur yang lainnya yang mempunyai tinggi vitamin.
Pesan Dr Fadzilah, apa-apa sahaja jenis makanan boleh diambil oleh wanita hamil. Namun, pastikan ia tidak diambil dalam jumlah yang banyak. Sama juga halnya dengan makanan yang dikatakan baik untuk kandungan dan kehamilan. Jika diambil berlebihan akan menimbulkan kesan sampingan itu bersederhana dan makan ala kadar.