Hamil tanpa komplikasi & melahirkan anak keenam di usia 40an, amalan hidup sihat rahsia kesuburan pengacara rancangan TV Pa&Ma ini.
Perkahwinan Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra dengan panggilan Shiera dan suaminya, Ijoy Azhari bahagia dengan kehadiran lima orang anak.
Selebriti yang selalu tampil ceria ini juga pernah melalui kehilangan di mana dia mengalami keguguran pada kehamilan ketiga di mana usia kandungan sudah mencecah 6 bulan. Satu lagi keguguran ialah kehamilan kelimanya, iaitu sebelum dia mengandungkan Adeena.
Shiera kini bersama suaminya, Ijoy Azhari menjadi hos untuk rancangan TV Pa&Ma Musim Kedua yang disiarkan di Astro Prima & Maya HD setiap Selasa jam 12 tengah hari dan siaran ulangan pula disiarkan pada hari yang sama jam 9 malam.
JAMU KELUARGA AL-KHAIRED JADI KEMESTIAN
Bercakap mengenai rutin berpantang, Shiera seperti wanita lain mempunyai amalan kemestian. Jamu buatan keluarganya diambil sepanjang tempoh berpantang.
Ads
Apa yang menyeronokkan, jamu ini tidak mempunyai bahan pengawet dan dia rasa serasi mengambilnya. Ia bukan jamu komersial dan dibuat khas oleh pakcik Shiera untuk ahli keluarga Al-Khaired yang melahirkan.
“Jamu ini dalam bentuk serbuk. Kalau orang dulu-dulu letak dalam tin Milo. Ia terdiri daripada beberapa jenis yang kena ambil dalam langkah. Yang last saya kena ambil ialah maajun. Ada juga air akar kayu. Saya akan ambil ini untuk 44 hari.
“Kami adik beradik saya akan ambil jamu tersebut selepas bersalin. Adik saya, Sharifah Sakinah paling suka dengan jamu tu,” kata DJ radio Suria FM ini.
Ads
TIP KESUBURAN
Hamil tanpa komplikasi & melahirkan anak keenam di usia 40an, amalan hidup sihat menjadi rahsia kesuburan Shiera. Sebelum hamil dan ketika hamil, penjagaan diri amat penting.
“Tips tak adalah, tapi itu semua rezeki Allah bagi. Saya tiada satu amalan khusus seperti memakan jamu atau ubat-ubatan. Saya cuma amalkan cara hidup sihat.
“Apa yang melucukan, saya pun tak tahu saya mengandung ketika itu. Masa mengandungkan Adeena, adik saya, Sharifah Sakinah pun turut hamil. Jadi ia momen yang tak disangka-sangka,” kata Shiera yang merupakan seorang ibu yang tegas.
Anda ingin tahu mengenai malnutrisi, boleh tonton rancangan TV Pa&Ma Musim Kedua pada hari Selasa, 27 November 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Tanda-tanda malnutrisi kepada si kecil yang seringkali tidak disedari oleh ibu bapa, mana tahu sekiranya si kecil anda juga salah seorang yang mengalami nutrisi. Ketahui tip daripada pakar pemakanan dan perkongsian ibu bapa yang melaluinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan kenaikan berat badan ketika hamil amat diperlukan. Pun begitu bukanlah dengan kadar melampau atau mendadak sehingga mengundang obesiti.
Kajian mendapati bahawa wanita yang reproduktif terdiri daripada 32% golongan wanita obesiti dan 56% wanita mengalami kegemukan melampau (overweight).
Menurut Dr Mashita Mohamed Kassim, Pakar Sakit Puan (Consultant Obstetric & Gynaecologist (O&G) daripada Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi, berat badan yang berlebihan semasa kehamilan dikenalpasti sebagai faktor risiko pelbagai penyakit yang serius semasa dan selepas kehamilan dalam menjalani kursus kehidupan ibu.
Organogenesis berlaku pada awal trimester pertama sebelum ramai wanita mengetahui kehamilannya. Oleh itu, wanita yang mungkin hamil atau yang cuba hamil perlu mengoptimumkan status pemakanan dan metabolik sebelum hamil.
BMI sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) 13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9) 11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30) 5 – 9kg
Berat badan ibu hamil mengikut trimester.
1. Trimester pertama
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu hamil tidak perlu untuk naikkan berat yang tinggi. Memandangkan ramai ibu hamil mengalami mabuk hamil pada ketika ini, jadi kenaikan berat badan tidaklah perlu dipersoalkan. Bagi tempoh ini, wanita hamil tidak lalu makan, jadi tidak perlu memaksa diri sendiri untuk tambahkan berat badan. Anda hanya perlu menambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. Trimester kedua dan ketiga
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu menambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Risiko kehamilan Risiko Kepada Ibu
• Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
• Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
• Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
• Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
• Kelahiran secara induksi.
• Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
• Komplikasi bius.
• Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
• Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
• Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
• Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
• Kelahiran secara pramatang.
• Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
• Kematian neonatal.
• Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi di laman instagramnya bahawa dia masih lagi kuat dan mampu berpuasa di bulan Ramadhan meskipun sarat hamil anak pertamanya.
Ini merupakan pengalaman pertama bagi Tasha berpuasa ketika sedang hamil. Dia juga berkongsi, untuk kekal bertenaga di bulan puasa ibu hamil perlu bersahur dan makan makanan yang berkhasiat.
Alhamdulillah, as for today masih okay dan masih boleh bertahan tak makan/minum. Tak lapar/haus sangat.
Sebab sahur tadi Tasha ambil makanan/minuman yg boleh bagi tenaga dan kenyang lama. Nanti Tasha share tau.
Cumanya tak larat nak bergerak banyak je. Faktor berat badan mungkin, dan mungkin juga sebab dah banyak week. Jadi pinggang & bawah perut dah kerap sakit. Tapi, Alhamdulillah untuk nikmat ni
5 Ramadhan. Masih gagah. Alhamdulillah. Salam Jumaat semua!
Hari Jumaat, bulan Ramadhan, such a special day! Banyakkan berselawat, cari masa untuk baca Al-Kahfi (tak dapat baca semua, baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir pun boleh) dan bersedekah. Jangan lupa submit doa banyak-banyak tau! Have a blessed day ahead.
Melalui perkongsianya, Tasha memberitahu peminat bahawa dia akan berkongsi tip & pengalaman berpuasa ketika hamil dimasa yang sesuai.
Rata-rata peminat berkongsi pengalaman mereka berpuasa ketika sedang hamil. Netizen turut menasihati jika ibu hamil tidak larat untuk berpuasa, jangan terlalu memaksa diri.
Sejak zaman bujang, pelakon cantik Emma Maembong sudah memasang harta untuk mempunyai anak ramai. Bahkan pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini pernah membuat kenyataan sudah mencuba untuk hamil anak kedua selepas tamat tempoh berpantang.
Sumber foto: Instagram Emma Maembong
Rezeki sudah tertulis, hasrat Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, untuk menimang cahaya mata kedua kini tertunai. Baru petang tadi Emma mengumumkan tentang kehamilannya di akaun Instagram.
Di dalam video itu Emma membuat kejutan kepada Shazli, konon-kononnya mahu membuat reviu tentang produk kosmetik. Sebaik memulakan rakaman video, suaminya terkejut apabila melihat kit ujian kehamilan tersebut.
Tidak dapat berkata-kata, akhirnya Shazli bertanya kepada Emma tentang kesahihan berita gembira itu. Ternyata mereka berdua sangat bahagia dengan kehamilan kedua ini dan saling berpelukan kerana bakal menimang seorang lagi cahaya mata.
Sumber foto: Instagram Emma Maembong
Tidak dapat menahan rasa gembiranya, Shazli melahirkan rasa syukur ke atas kebesaran Allah SWT apabila Emma hamil sekali lagi. Bukan itu saja, bahkan Emma turut berkongsi reaksi ahli keluarga serta teman rapatnya apabila dimaklumkan tentang dirinya yang kini sedang berbadan dua.
Sekadar recap, Emma Maembong telah melahirkan anak pertamanya secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam sekitar bulan November 2020. Bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2kg itu kemudiannya diberikan nama Shariq Gabriel.
Semoga Emma melalui fasa kehamilan ini dengan selamat dan segala urusannya dipermudahkan. Harap-harap kali ni baby girl pula, boleh geng dengan Emma. Tahniah sekali lagi buat Emma dan keluarga!
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.