Kalau dah nak jadi tak kira anak kecil atau besar. Begitulah yang di alami oleh seorang ibu ini apabila anak lelakinya yang berusia dua tahun tercekik buah tembikai.
Menurut Nurul Anisah Abdul Rahman ketika anaknya tiba-tiba tercekik buah tembikai masa tengah makan, hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Pertama kali pengalaman anak sendiri tercekik buah tembikai. Muka dia tiba-tiba merah suara keluar tak keluar. Terus buat heimlich maneuver.
Dekat 10 saat buat masih tak keluar. Dia dah muntah-muntah tapi tembikai tu masih tak keluar! Umi dah gelabah. Tokwan cuba korek tapi tak dapat. Masa tu teringat tak boleh gelabah nanti lagi teruk!
Ads
Standby nak pergi klinik tapi tangan tak henti ketuk-ketuk belakang dia sambil buat trust dekat bawah dada. Muka dia makin merah. Macam-macam andaian bermain dekat kepala ni.
Akhirnya alhamdulillah terkeluar seketul isi tembikai. Tak besar mana tapi budak-budak memang tak pandai muntah sendiri. Alhamdulillah ya Allah.
Ads
Sesungguhnya aku tak ada daya langsung, sepandai mana pun praktik ilmu tapi kalau Allah tak izinkan tiada yang boleh selamat.
Masih trauma. Ada hikmah disebalik setiap detik tadi. Jangan lepas pandang anak walaupun sesaat dua. Benda nak jadi sekejap saja.
Ads
Dan sungguh, manusia tiada daya walaupun usaha, kalau tiada keizinan Tuhan tak mungkin keajaiban terjadi.
Harap perkongsian ini dapat dijadikan peringatan bersama ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak.
Punca kematian mengejut bayi sering menjadi kebimbangan utama ibu bapa, terutamanya mereka yang baru menimang cahaya mata. Tahukah anda bahawa Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi tanpa sebarang simptom yang jelas? Dalam kebanyakan kes, bayi meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang tidur.
Meskipun ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan, namun terdapat keadaan tertentu yang berpunca daripada kelalaian manusia. Kesilapan kecil yang tidak disedari boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami punca kematian mengejut bayi agar langkah pencegahan boleh diambil seawal mungkin.
Sudden Infant Death Syndrome atau SIDS merujuk kepada kematian bayi secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan walaupun selepas pemeriksaan perubatan dilakukan. Keadaan ini kebiasaannya melibatkan bayi berusia di bawah satu tahun dan sering berlaku ketika mereka sedang tidur.
Pelbagai kajian saintifik telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mengejut bayi ini. Antara faktor yang sering dikaitkan termasuk keadaan tempat tidur, posisi tidur bayi, persekitaran bilik serta jangkitan bakteria tertentu.
Kajian mendapati bahawa gabungan bakteria seperti Staphylococcus dan Enterobakteria yang mendiami bahagian hidung serta tekak bayi boleh menyumbang kepada punca kematian mengejut bayi. Bakteria ini berpotensi mengganggu sistem pernafasan bayi, terutamanya ketika mereka sedang tidur lena.
Walaupun faktor bakteria wujud, sindrom ini sebenarnya boleh dicegah. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan persekitaran dan rutin tidur bayi berada dalam keadaan selamat.
Menurut perangkaan global, satu daripada setiap 1,000 bayi dilaporkan meninggal dunia akibat SIDS setiap tahun. Keadaan ini mendapat perhatian serius di seluruh dunia. Sebagai contoh, di Scotland, kempen kesedaran yang dijalankan berjaya mengurangkan kes kematian mengejut bayi daripada 140 kes pada tahun 1989 kepada hanya 50 kes pada tahun 1996.
Ini membuktikan bahawa pendedahan maklumat dan langkah pencegahan yang betul mampu menyelamatkan nyawa bayi.
Persekitaran bilik tidur bayi perlu sentiasa bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik. Edaran udara yang tidak sempurna boleh menyebabkan pengumpulan mikroorganisma berbahaya. Elakkan menghias bilik bayi dengan terlalu banyak hiasan kerana ia boleh mengumpul habuk dan menjejaskan sistem pernafasan bayi.
Bayi yang tidur dalam posisi meniarap didapati lebih berisiko mengalami kematian mengejut bayi berbanding bayi yang tidur secara terlentang. Posisi meniarap boleh menyukarkan pernafasan, lebih-lebih lagi jika wajah bayi tertindih pada tilam atau bantal.
Membiarkan bayi tidur dengan botol susu di mulut adalah satu kesilapan besar. Bayi berisiko tersedak atau termuntah susu semasa tidur. Pastikan bayi disendawakan terlebih dahulu dan mulutnya bebas daripada sebarang cecair sebelum tidur.
Walaupun niat ibu bapa adalah untuk memantau bayi, tidur bersama sebenarnya meningkatkan risiko bayi terhimpit, terutamanya jika menggunakan tilam lembut. Cara yang lebih selamat ialah meletakkan katil bayi berasingan tetapi masih dalam bilik yang sama.
Meletakkan terlalu banyak bantal atau permainan di dalam katil bayi boleh menyebabkan lemas tanpa disedari. Amalkan penggunaan bantal seminimum mungkin atau elakkan terus, dan pastikan bayi tidur dalam posisi terlentang.
Punca kematian mengejut bayi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Dengan pengetahuan yang betul dan langkah pencegahan yang konsisten, risiko SIDS dapat dikurangkan. Kesedaran ibu bapa adalah kunci utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan bayi ketika tidur.
Fasa selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai berpantang dalam masyarakat Melayu memberikan peluang ibu melalui proses penyembuhan dan perubahan hormon. Dalam tempoh ini juga, ramai yang akan turun berat badan semasa hamil seperti Che Puan Sarimah, turun hingga 8kg.
Sarimah dalam kemaskini Instagram berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya dan si kecil Tunku Sofia Najihah. Ibu ini juga menyatakan bahawa cara pantang yang dilalui iaitu berurut setiap hari, bertungku dan bersauna pula setiap dua hari sekali.
Pengacara popular ini juga mengamalkan penyusuan susu ibu. Tambahnya, Tunku Sofia Najihah adakala kuat menyusu.
Terkini Sarimah mengakui emosi semasa berpantang akibat perubahan hormon turut dirasai dan ia adalah normal bagi ibu selepas bersalin.
Selain itu, wanita kacukan Irish & Melayu ini juga mendedahkan bahagian perut semakin rata dan lembut. Sarimah yang serinhg melakukan rutin senaman bersemangat untuk mula bersenam semula selepas tempoh berpantang nanti.
Seorang wanita sanggup mengorbankan apa sahaja demi cintanya. Demi suami tersayang, biar sakit bagaimana tetap sanggup melahirkan zuriat buatnya. Untuk anak-anak, biar lautan api sanggup direnangi. Begitulah hebatnya keazaman seorang wanita demi insan yang disayangi.
Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika bersalin. Ada yang mengambil masa, ada yang mudah. Walau bagaimana sekalipun cara melahirkan, satu persamaan sudah pasti. Ia tetap menyakitkan. Seperti yang dikongsikan oleh selebriti Yatt Hamzah, kelahiran anaknya yang keempat sangat mencabar.
Bonda baru teringat ada bw bekal buah delima & kurma dr rumah sbg energy booster. Kena makan cepat sbb risau jap lg contraction mkn kuat, mmg x lalu x selera nk makan apa pun..Kalau x mkn xde tenaga pula nk meneran. So masa tgh kunyah delima tu, nurse masuk dan bgtau nak orientation. Dia bg briefing ttg procedure dlm Labour room. Masa tu dlm pkl 9.40 pagi. Boleh tgk jam kt dinding atas kepala Bonda tu dlm 2nd pic.
Nurse kata lepas ni Dr Asmah Yun akn dtg utk check bukaan kali ke‐2. Jika msh slow, water induce & lactose akan dimasukkan dlm drip. Mungkin jangkaan bersalin lps Zuhur atau lps ASAR tgk pd cepat atau lambat proses bukaan masa contraction. Dan nurse juga ingatkan utk buat solat Jamak Takdim lepas masuk waktu Zuhur nanti khuatir beranak waktu Asar x sempat nak solat. Bonda senyum happy sbb #hospitalPusrawi remind patients utk ambil berat Solat Fardhu walaupun dlm keadaan nak bersalin. Syabas @PUSRAWIOFFICIAL
Then nurse check BP & pasang ctg lg utk monitor baby’s movement. Alhamdulillah semua normal. So sambil layan ctg & sementara tunggu contraction lg kuat dan kedatangan dr Asmah, Bonda spend time dg suami @zulfadhli_khiruddin berdua dlm labour room. Dia setia berada d sisi setiap masa sambil berzikir dan melayan contraction Bonda yg tiba2 slow dr 5-7 minit sekali, jadi selang 9-10 minit pula. Xtau knp.
11.30 tghari mcm tu Dr Asmah dtg dan check bukaan. Msh 4 cm hurm..Hati dah xsedap. Kena msukkan pil induce lg ke mcm sblm2 ni?? Masa tu jgk Dr Asmah kata kena masuk induce air dan nk pecahkan ketuban utk cepatkn & kuatkn contraction. Masa pecahkan ketuban, Dr ambil masa yg lama dan mcm susah. Sakitnya Allah je tahu. Rupanya kata Dr membrane ketuban Bonda tebal. Lepas pecahkan ketuban, nurse masukkan ubat berak dan terus je terasa dan msuk toilet. Selesai di toilet, nurse masukkan induce drip dan…ALLAH tolong aku!!!
BERSAMBUNG …
11.30am – xsampai 3 minit drip induce tu masuk dlm darah, terus rasa sakit. Cepat2 minta ampun pd suami tak tahu kali ke brp tah. Maka bermulalah perjuangan antara hidup & mati seorang ibu yg mana hanya dpt dirasai & difahami bila sudah menjadi seorang ibu.
12.30pm – lunch sampai tp mmg xselera langsung. Sakit mkn kerap, mkn kuat. Contraction dtg selang 5min selama seminit panjangnya. Masuk Zuhur, cpt2 brwuduk & solat jamak qasar utk elak lbh sakit. Masa Tahiyyat akhir contraction dtg sgt kuat dan lama. Masa tu mmg freeze skjp tahan sakit yg amat. Dah hilang contraction baru sambung selesaikan solat. Badan dah mkn lembik menahan sakit. Rasa lapar baru dtg, tp msh x lalu nk mkn. Just telan sdkt kurma dan air zam2 utk energize blk.
14.30 – Dr Asmah check blk bukaan. 6 cm, katanya maybe lps Asar akan progress lbh cpt. Dan dia minta nurse masukkan 1 lg tiub induce bila tiub yg Bonda sdg pakai dah hbs. Rasa mcm MASA brjln sgt SLOW. Dan risau nanti xde energy masa nk meneran, so paksa diri telan 3-4 sudu nasi dg kuah kari yg dh sejuk. Itu je yg mmpu dijamah.
Drip kedua masuk je, sakit yg mkn dasyat dtg. Rasa mcm nak pecah peranakan tu. Allah je tahu sakitnya mcmana. Air mata jatuh laju dan bibir ni x stop ulang kalimah لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “لا إله إلا الله محمد رسو”
Mcm2 cara & posisi dbuat utk kurangkn sakit. Tp sakit mkn tak tertahan..Doc suruh baring ke kiri utk cptkn bukaan & utk baby beralih ke tengah sbb masa tu baby dduk sblh kanan perut dan msh tinggi kepalanya nk masuk dlm laluan. Doc bg gas utk divert sakit tu tp xkrgkan sakit. Just bg x focus pd sakit. Swipe left utk tgk Bonda menahan sakit. Sebak tgk muka sendiri😢
4pm – Dah 8cm. Hati lega igt boleh terus bersalin tp doc kata tunggu 10cm,kalau paksa teran 8cm nanti koyak. Tp dah xlarat nk tunggu. Wallahi bersalin kali ni PLG SAKIT. Sakit xstop, xde break. PELIK. Pttnya break selang 3‐5min tp kalini xde break. Sakit all the way. 5pm-tiba2 rasa nak .. 1st time rasa nak.. Rasa nak apa? (BERSAMBUNG)
Tahu ramai yg tunggu Part 4 ni. Sorry sgt dah janji nak share 2hari lps pun x done sbb bz dg anak2..🙏 @ Hospital Pusrawi , Jalan Tun Razak.
Selepas segala keperitan yang dilaluinya, Yatt Hamzah selamat melahirkan puteri keempatnya yang diberi nama Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember yang lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!