Dalam dunia selebriti yang penuh warna-warni dan dugaan, ada satu kisah cinta yang cukup manis untuk dikenang  kisah antara penyanyi berbakat, Nurshahila binti Amir Amzah, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, dan suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli, atau mesra dipanggil Ubai.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos 2023, dan sejak itu, ramai peminat kagum melihat keharmonian rumah tangga mereka yang jelas terpancar melalui setiap perkongsian di media sosial.

Meski hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, ramai melihat betapa Shila benar-benar menikmati fasa ini  penuh syukur dan rasa cukup.

Baru-baru ini Majalaha Pa&Ma sempat menembual pasangan suami isteri muda ini berkongsi kehidupannya setelah berumah tangga selama dua tahun.

Hampir Dua Tahun Kahwin, Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai, Memang Lain Macam!

Ads

“Saya paling suka Ubaidillah ni sebab sebelum ni semua saya tak pernah dapat rasa.

Saya boleh berada dalam feminine energy, sebelum ni saya banyak dalam maskulin energy.

Semua benda saya kena buat sendiri. Tapi dengan Ubai, saya boleh jadi princess. Itu saya paling suka,” ujar Shila sambil tersenyum manja.

“Dengan Ubai, Saya Boleh Jadi Princess.”

Shila seakan memberi tahu bahawa sebagai anak sulung dalam adik-beradik, Shila terbiasa memikul tanggungjawab besar sejak kecil. Segala benda perlu diurus sendiri  dari hal keluarga, kerjaya hingga emosi.

Maka tak pelik kalau selama ini dia lebih banyak hidup dalam mode “strong & survive” sebagai kakak sulung. Dan kini, setelah bergelar isteri kepada Ubai , dia rasa betapa bahagianya bila dapat menyerahkan sedikit beban dan merasa disayangi tanpa syarat.

Tiada Rahsia

Bila ditanya tentang komunikasi dalam rumah tangga, Shila mengakui dia bersyukur kerana hubungan dengan Ubai sangat terbuka dan matang.

“Alhamdulillah… tak ada masalah rumah tangga. Dari segi masak pun, semua dia makan aje. Tak cerewet langsung. Saya suka bila dia makan apa yang saya masak”

Lebih menarik, hubungan mereka sangat telus  tiada rahsia, termasuklah hal-hal yang selalu jadi punca pergaduhan rumah tangga pasangan lain.

Ads

“Sehingga ke password telefon dan bank pun bukan rahsia.”

Hampir Dua Tahun Kahwin, Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai, Memang Lain Macam!

Sementara itu, dalam nada gurauan, Ubai juga turut mencelah bahawa isterinya seorang yang suka berbelanja tanpa pengetahuannya.

“Cuma kadang-kadang saya tahu-tahu je duit dalam bank saya tak ada!”

“Beza saya dengan dia  saya jenis tanya dulu sebelum guna duit. Dia, guna dulu, baru bagitahu.”

Tapi itulah, bila dah ada rasa percaya yang tinggi, semua boleh jadi bahan gurauan dan pengikat kasih.

Ads

Tahu Batas, Tahu Peranan

Hampir Dua Tahun Kahwin, Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai, Memang Lain Macam!

Sebagai pasangan selebriti, dugaan pastinya lebih mencabar. Namun bila ditanya tentang isu seperti “check telefon” atau cemburu berlebihan, Shila tenang menjawab bahawa antara mereka, batas dan kepercayaan itu sangat dijaga.

“Kami tak perlu check telefon.  dan Ubai memang tahu cara jaga batas. Saya pun sama. Kita sendiri kena tahu… kalau tak tahu, perkahwinan tu memang akan jadi problem.”

 

Untuk info, pasangan tini  mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan  cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira pada tahun lepas. Manakala perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, selepas empat tahun berkahwin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais

Semoga kasih Shila dan Ubai terus mekar, jadi inspirasi buat pasangan muda untuk terus percaya pada cinta yang sabar, jujur dan cukup.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI