Dugaan yang hadir dalam kehidupan ada dalam pelbagai cara. Seperti yang dialami oleh Tuan Muhammad Shahrul Azlan dan pasangan Siti Nur Amira Ibrahim apabila diuji mempunyai anak yang masih kecil menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati.

Anak perempuan pasangan ini, Tuan Nur Raisha Mikayla yang kini berusia 7 bulan perlu melakukan pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera. Dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook Tuan Rafa Azlan memohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan perempuannya itu yang berjumlah RM160 ribu.

Ibu Derma Hati Untuk Anak Hidap Penyakit Hati Kronik, Perlu RM160,000 Tampung Kos PembedahanMelalui akaun Facebook itu juga Tuan Rafa Razlan dilihat sering mengemaskini tentang keadaan anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di PPUM.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan telah dilahirkan pada 4 Jun 2019 dan disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai pada usia 79 hari untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.

IKLAN

Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad untuk proses pemulihan pada 08/12/19 doktor declare pembendahan Kasai tersebut tidak berjaya dan perlu di hantar ke PPUM pada 06/01/20 untuk proses pemindahan hati dan sekarang dalam proses workup transplant untuk pembedahan tersebut..

Insya Allah, ibu Raisha Mikayla sendiri iaitu Siti Nur Amira Bt Ibrahim akan menjadi penderma hati kepada adik Raisha.

IKLAN

Ibu Derma Hati Untuk Anak Hidap Penyakit Hati Kronik, Perlu RM160,000 Tampung Kos PembedahanDisebabkan masa tidak banyak untuk pemindahan hati ini, saya Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman ayah kepada anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM160,000 secepat yang mungkin selewatnya awal April 2020.

Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Raisha Mikayla sihat seperti kanak-kanak yang lain.

IKLAN

Ibu Derma Hati Untuk Anak Hidap Penyakit Hati Kronik, Perlu RM160,000 Tampung Kos PembedahanSumbangan boleh diberikan melalui akaun (CURRENT ACCOUNT):
513041231892
Maybank
Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman

Nombor telefon untuk dihubungi:
+60 14-399 9306
+60 14-399 9306
+60 14-399 9306

#BiliaryAtresia #BAMA #PrayForRaisha

Sumber: Tuan Rafa Azlan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI