Perjalanan penyusuan setiap ibu pasti ada cabarannya. Sebab itulah ibu yang bertekad untuk menyusu bayinya perlu dapatkan ilmu seawal mungkin. Sebaik-baik sebelum hamil dah tahu serba sedikit dan ketika mengandung, ia ditambah baik lagi.

Jika persediaan ini dilakukan dengan sempurna, penyusuan selepas kelahiran pasti akan berjalan lancar. Dan lagi satu, jika ibu-ibu ada pengalaman gagal menyusukan bayi secara eksklusif anda jangan rasa sedih. Tak semestinya anak pertama atau kedua gagal, bila lahir anak seterusnya kita juga gagal.

Ikuti kisah inspirasi ibu kepada tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai seorang doktor iaitu Dr Nurhanis Ahmran.

Hampir Putus Asa Sebab Anak Sulung & Kedua Gagal. Dapat Anak Ke-3 Meriahnya Susu!

“Stres sangat saya, baby saya tak pandai menyusu la Dr. Susu badan saya pun macam tak ada je!”- luah ibu muda di depan saya itu. Rasa kecewa terpamer di wajahnya.

Bayinya menggeliat dalam pelukannya. Sambil bibir mulut bergerak-gerak ke kiri. Tanda sudah mahu menyusu.

“Jangan stres, kalau awak stres nanti susu pun kurang. Kadang-kadang teknik kita yang salah..sebab tu fikir baby tak pandai menyusu.

Masa bagi susu kat baby, macamane awak pangku dia, macamane posisi badan awak dan baby, cara mulut dia hisap puting, pipi kembung ke tak semua tu akan tentukan baby dapat hisap susu dengan berjaya ke tak..” terang saya padanya.

“Entahlah Dr, tak retilah saya. Luka operate ni pun masih sakit lagi, bila pangku dia untuk menyusu lagilah saya rasa tak selesa. Last-last saya bagi susu formula je Dr”- sambung si ibu yang kecewa tadi.

Melihat kekecewaan pada wajahnya cukup membuat saya rasa hiba. Banyak memori perit dalam perjalanan menyusukan anak pertama dan kedua saya.

Dia ibarat cerminan diri saya ketika seusia dengannya dulu. Kalaulah dia tahu wanita di depannya ini juga pernah berada di tempatnya juga 7 tahun yang lalu.

IKLAN

Rasa baby yang tak pandai menyusu.
Rasa susu badan kurang.
Rasa susah sangat nak menyusu.
Rasa persekitaran tak membantu.
Rasa baby tak kenyang dengan susu badan.

Ramai ibu muda di luar sana yang seperti saya dan pesakit saya ini mahu sangat menjayakan penyusuan ibu. Tapi kadang-kadang, sebab kurangnya ilmu penyusuan sebelum kelahiran anak yang menyebabkan proses penyusuan itu tidak berjaya selain persekitaran yang tidak membantu.

Hampir Putus Asa Sebab Anak Sulung & Kedua Gagal. Dapat Anak Ke-3 Meriahnya Susu!

Anak pertama dan kedua saya lahir semasa saya sedang menjalani latihan housemanship.
Waktu yang sangat mencabar untuk saya menjayakan penyusuan susu ibu kerana kekangan waktu yang ada, ditambah pula anak sulung saya waktu itu dijaga oleh ibu bapa saya di kampung kerana saya dan suami masing-masing dalam tempoh latihan.

Suami sedang mengikuti latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), yang memerlukan beliau tinggal sepenuhnya di sana sepanjang tempoh 1 tahun tempoh latihan. Kekangan keadaan kerjaya kami berdua waktu itu menyukarkan kami untuk menjaga anak sulung kami ditambah dengan jadual kerja saya yang sangat tidak menentu.

Seawal 4.30 pagi sudah keluar kerja. Kalau giliran jaga wad,alamatnya dekat pukul 11 malam baru sampai rumah.

IKLAN

Apapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang banyak membantu sepanjang tempoh sukar tersebut.

Dulu, kalau nak pam susu sekejap pun terpaksa curi-curi waktu. Sebabnya kerja tak pernah habis. Pernah juga langsung tidak ada masa untuk pam susu seharian kecuali selepas balik rumah jam 10 malam.

Hasilnya demam bengkak susu 2 3 hari. Tapi tetap perlu kerja macam biasa. Maklumlah waktu houseman ini hanya yang melalui sahaja merasai.

Dulu, setiap 2 minggu saya akan pulang ke kampung bersendirian membawa sekotak ‘coolbox’ berisi EBM beku untuk dihantar kepada anak tercinta dengan menaiki bas. Perjalanan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Kelantan itu pada saya sangat lama dan saya sentiasa risau takut EBM yang dibawa itu cair dan rosak.

Ketika usia anak sulung saya hampir 6 bulan, dia sudah pandai menolak stok EBM. Hanya mahu susu fresh sahaja. Jadi sampai di situ sahaja perjalanan penyusuan saya untuk anak pertama.

Perkara sama berlaku untuk anak kedua saya. Terhenti pada usianya 4 bulan. Selepas kelahiran anak ketiga, saya jadi agak fobia untuk menyusu badan kerana mengenangkan pengalaman semasa anak pertama dan kedua. Tapi Allah itu Maha Adil. Walaupun anak ketiga melalui proses kelahiran secara pembedahan, dia sangat pandai menyusu dan saya juga tidak kekok walaupun ada luka di perut. Sehinggalah kini usianya sudah 18 bulan dan masih setia menyusu badan.

IKLAN

Hampir Putus Asa Sebab Anak Sulung & Kedua Gagal. Dapat Anak Ke-3 Meriahnya Susu!

Jadi saya menyeru kepada kaum ibu, sekiranya anda merasa gagal dan putus asa dalam perjalanan penyusuan ini janganlah terlalu kecewa dan memaksa diri. Dapatkan ilmu penyusuan seawal sebelum kelahiran lagi.

Sekiranya tidak berjaya menyusukan anak secara penuh walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, janganlah merasa tertekan dan rendah diri. Rezeki setiap anak itu berbeza dan anda tetap seorang ibu yang hebat kerana setiap ibu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anaknya yang dikasihi.

Kredit: Dr Nurhanis Ahmran

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.

Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Hampir Putus Asa Sebab Anak Sulung & Kedua Gagal. Dapat Anak Ke-3 Meriahnya Susu!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI