Salah satu mitos yang paling hebat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial adalah mengenai pengambilan ais ketika berpantang. Bagi masyarakat Melayu, amalan minum ais ketika berpantang sememangnya ditegah sama sekali. Ada pelbagai sebab mengapa ia dikatakan tidak baik untuk kesihatan si ibu. Adakah benar ais tidak elok untuk wanita selepas bersalin?
Ada di kalangan wanita selepas bersalin yang mengalami masalah badan menjadi sejuk. Badan rasa menggigil dan sejuk terlampau. Ini merupakan contoh biasa yang berlaku pada wanita yang baru lepas bersalin dan mengambil ais ketika berpantang. Alasan utamanya kerana ais membuatkan urat dalam badan menjadi kembang. Secara saintifiknya, ada beberapa fakta yang mengatakan ais tidak menjadi masalah utamanya.
Berikut fakta tentang ais yang perlu ibu ketahui:
Ais tidak akan sekali-kali membuatkan rahim menjadi kembang. Rahim kembang ketika wanita mengandung. Jika tidak mengandung, rahim berada di kedudukannya. Ia juga tidak sekali-kali membuatkan ‘becak’ pada kemaluan kerana kita minum air sejuk melalui mulut dan bukannya melalui saluran yang lain.
Abdomen juga tidak akan menjadi buncit kerana pengambilan ais. Sebaik air sejuk masuk ke salur pemakanan, ia akan mengikut suhu badan. Air akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus. Buncit yang berlaku pada abdomen disebabkan lapisan lemak yang tersimpan. Untuk menghilangkannya, anda haruslah menjaga pemakanan dan senaman.
Ads
Ais juga tidak akan membuatkan ibu rasa letih atau penat. Sesetengah kepercayaan mengatakan ais menjadikan darah haid (selepas habis tempot pantang) akan berketul-ketul jika diamalkan semasa berpantang dahulu. Haid merupakan dinding rahim yang luruh. Maka, adanya tisu dan darah yang keluar melalui faraj. Di dalam darah pula ada sejenis bahan untuk membekukan darah. Atas sebab itulah darah menjadi berketul.
Minum ais juga tidak akan membuatkan kita senggugut. Senggugut adalah perkara biasa yang terjadi ketika haid. Kalau terlalu teruk atau berpanjangan, sebaiknya jumpalah doktor. Ia juga tidak akan membuatkan faraj wanita menjadi longgar. Sekiranya mahu menjaga dan mengekalkan ‘keketatan’ faraj, amalkan senaman kegel secara konsisten.
Ads
Ais sama sekali tidak akan buatkan kita cepat tua. Cepat tua jika kita makan tidak ingat dunia, berat badan lebih atau obesiti, malas bersenam, emosi tidak tenteram, menghisap rokok dan sebagainya. Bila sudah terkena penyakit kronik dan masih lagi tidak mahu berubah, kualiti hidup tidak akan sama. Ais tidak akan membuatkan badan menjadi sakit apabila bila sudah tua, hanya disebabkan tidak pantang ais ketika bersalin.
Kesimpulannya, anda boleh berpantang dengan cara yang anda selesa. Ikut kemampuan sendiri. Elakkan makanan atau minuman yang anda rasakan tidak sesuai dengan anda. Ikutlah nasihat dari orang-orang yang berpengalaman tetapi rujuk juga kepada doktor jika ada sebarang permasalahan lain. Seharusnya waktu berpantang adalah ruang untuk anda memulihkan diri serta berehat selepas bersalin, bukannya untuk menyeksa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap 6 minggu anak keenam Datin Shahida, iaitu baby Luqman dilahirkan. Datin Shahida turut berkongsi momen membawa bayinya itu ke hospital untuk mendapatkan suntikan imunisasi buat kali pertama.
Namun yang menarik perhatian ramai apabila anak keempat dan kelimanya, Yusoff dan Raudah yang sama-sama excited ke hospital menemani adiknya itu setelah pulang dari sekolah.
Namun rata-rata warga maya memuji kecomelan baby Luqman yang sangat ‘cute’. Ada juga yang turut mendoakan agar baby Luqman membesar dengan sihat dan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang suami bukan sahaja memberikan sokongan dari segi kata-kata semangat sahaja. Melalui fasa 40 minggu kehamilan dan kemudian bertarung nyawa melahirkan pula, peranan suami sepatutnya lebih itu. Apa yang dilakukan oleh bapa ini patut dicontiohi bapa-bapa lain.
Encik Akhtar Syamir berkongsi catatan indah yang cukup menginpirasikan apa yang dilakukan kepada isterinya, Nor Azni saat menempuhi kehamilan dan proses kelahiran anak ketiganya. Dengan gaya penyampaian yang menarik, ia tentu memberikan inspirasi kepada pasangan yang sedang hamil dan menantikan kehadiran cahaya mata.
Sokongan, dorongan dan bantuan daripada insan bernama suami amat penting. berikut ialah catatan beliau;
Suami, aku perlukanmu…
Abang… Maafkan sayang kerana alahan ini membuatkan abang tak tentu arah. Abang terpaksa menguruskan sayang dan anak – anak sendirian.
Sayang memang tak larat. Nak bangun tidur pun satu perkara yang amat berat untuk dilakukan. Sayang tengok abang berpeluh – peluh mengemas rumah, menyediakan makan dan pakai anak dan membantu sayang dengan sedaya upaya.
Syukurnya sayang dapat bersuamikan abang. Sayang tak sangka abang sanggup bersusah payah demi sayang. Abang sentiasa ingatkan sayang, apa yang abang buat tu takkan terbanding dengan apa yang sayang beri untuk abang dan keluarga.
Terima kasih selalu gosokkan badan sayang semasa sayang muntah. Sayang sakit sangat. Perit betul tekak nie. Badan sayang memang tak lemah. Leganya rasanya bila abang tolong urut sayang.
Tapi, sayang tak sanggup tengok abang macam nie. Abang tengah fokus untuk jadi lebih sihat kat gym. Sayang sentiasa bangga bila abang semakin lama semakin fit dan kuat. Seronok bila abang balik dari gym dan cerita abang buat apa, angkat berat berapa, lepas tu buat gaya – gaya macam orang bina badan. Hehehe.. Comel sangat.
Tapi abang terpaksa tinggalkan tu semua kerana masa abang semuanya ditujukan buat kami sekeluarga. Habis semua usaha abang selama nie terbantut kerana sayang. Abang tak sempat lagi nak ke gym. Tapi abang sentiasa pujuk hati sayang, abang tak pernah salahkan sayang. Abang tetap berkeras yang ini semua memang tanggungjawab abang.
Sayang tak larat nak masakkan buat abang dan anak – anak. Comel sangat bila abang cuba masak untuk kami. Anak – anak suka tau nasi goreng yang abang buat. Sayang pun kadang – kadang suka. Kadang – kadang tak suka. Hehehe… Cuma, buat masa nie sayang memang takde selera langsung nak makan. Maafkan sayang ye abang.
Abang, sayang semakin sakit dengan alahan nie. Sayang tak sanggup dah tengok abang tertunduk kepenatan menguruskan kami semua dan bekerja dalam masa yang sama. Abang, izinkan sayang pulang ke rumah Mek dan Abah di kampung buat sementara waktu. Sekurang – kurangnya dapat kurangkan beban abang kat sini. Di kampung, ramai yang boleh bantu sayang.
Abang, sayang tahu abang boleh jaga kami. Tapi sayang tak sanggup tengok abang susah. Terima kasih kerana benarkan sayang balik kampung. Biar Akbar tinggal di kampung dengan sayang. Abang uruskan Jasmine dengan persekolahan dia ye. Sayang janji lepas alahan nie hilang nanti, sayang balik semula.
Sedihnya tengok post abang pasal Jasmine tertido dalam kereta. Kesian dia terpaksa ikut abang pergi kerja hari – hari. Tapi abang pandai jaga dia, nampak dia seronok dengan papa dia. Sabar ye abang, tak lama lagi abang dah boleh ambil sayang.
Gembiranya sayang dan Akbar bila abang datang ambil kami. Rindu sangat kat abang dan Jasmine.
Abang, sayang rasa bersyukur abang sentiasa temankan sayang ke klinik kesihatan. Terima kasih tolong jagakan anak – anak terutamanya si Akbar tu. Memang tak nak duduk diam dia. Hehe.. Abang terkejar sana – sini melayan karenah dia.
Sayang sebenarnya sedih tau bila tengok ibu dan bakal ibu yang lain datang sendirian. Sampaikan ada yang terpaksa membawa 2 3 orang anak sekali. Sayang tahu ada yang kata mereka selesa datang bersendirian, tetapi jauh di sudut hati mereka, sayang tau yang mereka juga perlukan suami mereka untuk menemani mereka di saat ini. Mungkin memang ada perkara yang tak boleh mereka elakkan kan abang? Semoga urusan mereka semua dipermudahkan.
Abang, tak lama lagi sayang nak bersalin dah. Terima kasih kerana sediakan semuanya untuk sayang dan bakal baby kita. Sayang tau abang bekerja siang malam untuk cukupkan semuanya. Sayang dah cuba bantu sebaik mungkin. Abang selalu pujuk dan tak pernah lupa ucap terima kasih kerana bantu abang.
Rumah kita abang dah kemas, dah susun, dah atur. Semua dah abang bersihkan. Senang hati sayang bila semuanya dah sedia. Sayang tak risau dah. Kita siap cat baru dinding rumah kita kan? Seronok sangat.
Abang, inilah harinya. Sayang kena serah diri kat hospital sebab esok dah due. Sayang bimbang sangat. Sayang takut. Malam tadi sayang nangis. Sayang terfikir, macam mana la abang dan anak – anak kalau sayang takde. Terima kasih pujuk sayang dan tenangkan jiwa sayang semalam. Emosi sayang masa nie memang tak menentu.
Alhamdulillah, sayang dapat masuk wad dah. Ramainya orang kat sini kan abang? Sayang suruh abang balik. Tapi abang nak jugak tunggu sayang kat hospital. Abang balik la ye, dah pukul 3 pagi. Kesian abang seharian tunggu.
Abang, nurse cakap tunggu labour room kosong je nie. Air pun dah mula keluar. Abang sedia je kat luar tu ye. Nanti abang masuk tau. Sayang nak abang ade dengan sayang sentiasa.
Abang, sayang takut, sayang risau. Tapi sayang lega sangat abang ade kat labour room nie dengan sayang. Abang sentiasa bagi kata – kata semangat kat sayang. Abang usap sayang, abang cium pipi dan dahi sayang. Abang tak tau betapa tenangnya sayang dengan apa yang abang buat tu.
Ya Allah, sakitnya abang. Maafkan sayang genggam tangan abang kuat sangat. Sayang sakit. Abang tak henti – henti bagi dorongan dan semangat buat sayang. Kita siap plan bila masa yang sayang akan terus teran betul – betul. Bila kepala baby tu keluar sepenuhnya kan abang?
Nurse kata dah 10cm abang. Ya Allah. Inilah masanya abang. Abang tolong sayang. Sakitnya abang. Sayang dengar suara abang je masa nie. Sayang tak dengar bunyi lain dah. Abang pegang tangan sayang, abang usap kepala sayang. Abang buat sayang yakin dengan kata – kata abang. Abang buat sayang kuat walaupun sayang tengah sakit sangat.
“Ok sayang, inilah masanya” kata abang. Sayang tau dah yang ini masanya yang sayang kena push sekuat dan selama yang boleh. Sayang dengar abang menjerit “come on, you boleh sayang, yes”. Sebelum tu sayang dengar abang cakap “jangan potong” kat nurse. Sayang tak peduli dah abang, saya teran sepenuh hati nie. Ya Allah. Tiada apa yang lebih sakit dalam dunia nie abang.
Alhamdulillah. Tiba – tiba abang peluk sayang kuat – kuat, abang cakap abang sayang kat sayang, abang ucap Alhamdulillah, terima kasih berkali – kali. Terima kasih itu terima kasih ini. Sayang pun tak dengar sangat suara abang. Abang nangis kuat sambil peluk sayang, sayang dengar tau tangisan abang. Sayang dapat rasa air mata abang sejuk kat pipi sayang.
Ya Allah syukur anak kita sihat cukup sifat. Terima kasih abang sebab sentiasa ada bersama sayang. Sayang tak tahu macam manalah keadaan sayang kalau abang tiada di sisi. Mesti sayang akan takut sangat dan tak bersemangat.
Sama – sama kita jaga amanah ketiga ini ye abang. I love you so much. ?
______________
Ini hanya apa yang saya rasa bermain di fikiran isteri saya nora azni semasa kami melalui pengamalan menyambut kelahiran anak yang ketiga baru – baru ini. Ini kerana, saya cuba letak diri saya di tempat dia supaya saya dapat bantu dia dari semua segi. Bukan perkara yang mudah, seorang wanita untuk melahirkan anak. Saya hanya cuba yang terbaik untuk mengurangkan bebannya.
Betul atau tidak penulisan nie, kena tanya empunya badan Nora Azni sendiri. Dia tengah sibuk berpantang tu. Hehe..
Jangan pandang enteng, sebaliknya ini anda kena tahu bila punya anak lelaki.
“Doktor, kalau anak saya ni kencing, dia kata sakit dan burung dia membelon!”
Ini antara masalah kanak-kanak lelaki yang ibubapa perlu tahu. Biasanya anak akan mengadu sakit pada hujung zakar, atau susah nak kencing. Kadang-kadang, semasa kencing, kulup(foreskin) zakar tu akan kembang macam belon yang diisi air.
Orang-orang tua panggil kondisi ni “kote buta”. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai phimosis. Ia lazim terjadi kepada kanak-kanak lelaki sekitar umur 4-7 tahun.
Secara fisiologi (semula jadi), kulit kulup akan terpisah dari kepala zakar perlahan-lahan semakan kanak-kanak membesar. Bukaan kulup jika akan membesar juga.
Phimosis ini sebenarnya adalah kondisi di mana kulit kulup zakar masih melekat pada kepala (glans) zakar, atau bukaan pada kulup itu terlalu kecil. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan pada kulup.
Oleh kerana bukaan pada kulup zakar terlalu kecil, air kencing yang keluar dari ureter berkumpul di dalam ruang antara kulup dan kepala zakar, lalu menyebabkan ia membelon. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit.
Untuk memastikan sama ada anak anda mengalami phimosis atau tidak, anda hendaklah cuba menarik kulit kulup ke belakang dan periksa bukaan kulup. Jika bukaan itu terlalu kecil, maka mungkin ia adalah phimosis.
Apa nak buat jika anak anda mengalami masalah phimosis?
Anda boleh cuba untuk meregangkan bukaan kulup secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi lebih longgar. Tapi, jika ada simptom berikut, bawa pergi jumpa doktor!
◾Perlu meneran untuk kencing
◾Sakit kuat ketika kencing
◾Air kencing berdarah
◾Kulup kemerah-merahan
◾Cairan berbau pada kulup
◾Kulup membengkak
Doktor akan menilai keadaan dan merawatnya dengan ubat-ubatan, dan kadangkala perlu dikhatankan terus. Ia bergantung kepada keadaan kulup ketika pemeriksaan.