Hampir Setiap Awal Pagi Pasti Kelihatan Bapa Muda Ini Diapit 2 Anak Kecil Di Masjid

Share

Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat suboh di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam.

Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.

Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yg sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.

Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.

Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.

Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.

Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.

Kredit: Mona

IKLAN