Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat suboh di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam.
Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.
Ads
Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yg sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.
Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.
Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.
Ads
Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.
Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.
Ads
Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.
Kredit: Mona
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas doktor mengambil keputusan untuk tidurkan Siti Sarah Raisuddin, 36, berikutan tahap oksigen tidak stabil, kira-kira jam 5 petang tadi sepasukan doktor telah membantu menyelamatkan bayi dalam kandungan. Difahamkan Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.
Berita itu dimaklumkan Syarikat Indigital Music melalui WhatsApp dikongsi pengurusnya, Nana Mohd Rom kepada pihak media.
“Assalamualaikum, untuk makluman, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi (6 Ogos)
“Bagaimanapun, Siti Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua agar segala urusan dipermudahkan,” kata Nana.
Sebelum menjalani pembedahan melahirkan bayi petang tadi, bacaan Yaasin beramai-ramai telah diadakan bagi memudahkan urusan Siti Sarah.
Sementara itu, suami Siti Sarah, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya selamat melahirkan putera bongsu mereka secara pembedahan, melalui perkongsian di Instagram (IG).
Shuib turut memohon orang ramai berdoa agar isterinya cepat sembuh.
Siti Sarah yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dimasukkan ke hospital, Rabu lalu, berikutan tahap oksigen yang tidak stabil.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
Selain Siti Sarah, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahan isteri sewaktu mengandung adalah perkara biasa terutama di awal kehamilan dan mula beransur-ansur baik selepas memasuku trismeter kedua. Namun ada juga sesetengan wanita yang mempunyai alahan sehingga waktu bersalin.
Gejala muntah, pening, kembung perut, tak boleh bau apa saja bauan atau tidak berselera untuk makan dan minum antara yang paling biasa berlaku.
Bagaimanapun, dalam situasi tertentu, ada juga dalam kalangan suami yang mengalami simptom alahan yang sama atau ada ketika lebih teruk berbanding isterinya yang mengandung.
Macam pelik kan tapi hakikatnya memang ada. Suami mungkin mengalami muntah-muntah, pening dan sakit perut yang berpanjangan, tak boleh bau masakan atau pelbagai lagi. Bila keadaan ini berlaku pada suami, selalunya orang akan kata, barulah suami tahu bagaimana isteri rasa dan secara tak langsung lebih menghargai pasangannya.
Seperti perkongsian seorang isteri di akaun Tiktok @fatehahefa7392, dia berkongsi pengalaman suaminya yang alahan sehingga terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk muntah.
Mengandung kali ke-3 suami yang alahan
Menurutnya, gara-gara tidak tahan hendak muntah suami terpaksa berhenti dan turun dari kereta sehingga keadaan kembali lega.
“Kesian suami, isteri yang mengandung dia pula muntah-muntah.
“Sabarlah wahai suami, bahagi-bahagilah rasa. Saya bawa baby, awak rasa alahan..
“Rasa bahagia bila pregnant takda alahan tapi kesian pula tengok dia yang kena alahan orang pregnant. Sabar wahai husband ya bertahan saja.. Sebelum ni dua anak memang alahannya saya yang rasa”
Pasti suami lebih hargai isteri
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet apabila ramai yang meninggalkan komen dan sama-sama terhibur dengan telatah pasangan suami isteri ini. Malah ada yang menyatakan bahawa inilah tanda pasangan tersebut serasi dan sehati sejiwa.
“Itulah dinamakan sehati sejiwa sama-sama mengandung, cuma yang melahirkan isterinya je. Tahniah ya jaga baby baik-baik”
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu yang terkena alahan isterinya.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa suami yang mengalami alahan semasa isteri sedang mengandung akan menjadi bapa yang lebih penyayang sebab dia tahu betapa sukarnya seorang isteri yang mengandung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk meninggalkan anak kecil dan keluarga di kampung demi mencari rezeki. Namun itulah pengorbanan yang dilakukan oleh pengasuh Lara Alana yang mesra dipanggil Auntie Joy.
Sedar tak sedar rupanya dah masuk tahun ke-7 perkhidmatan Joy bersama keluarga Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.
Lara pernah berkongsi cerita pada tahun lepas bahawa Auntie Joy telah bersama keluarga mereka sejak usianya 27 tahun lagi. Dan sekarang Auntie Joy berusia 34 tahun. Dan ini bermakna Joy telah memeluk agama Islam sebelum berkhidmat dengan keluarga Schawal lagi.
Insan ini sangat istimewa kerana dia sentiasa di samping Lara sejak Lara kecil lagi. Terlalu banyak pengorbanan Joy termasuklah menjadi pembantu peribadi keluarga, penjaga Lara dan juga ‘Kakak’ buat Lara Alana.
Lara juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat Auntie Joy kerana berkorban segalanya untuk menjaga keluarga Lara di Malaysia.
“Tahun ke-7 Auntie Joy menyambut Aidiladha bersama keluarga kami dan tahun ke-9 sebagai umat Islam.
“Alhamdulillah, Kami bersyukur kerana dia sebahagian dari keluarga kami dan kami setiasa doa kepada Allah supaya dia sentiasa bersama kami, selamanya.
“Pengorbanan yang besar dia tinggalkan anak perempuanya & keluarga untuk bersama dengan kami dan kami sentiasa berterima kasih atas pengorbananya.
Rata-rata warga maya terharu dengan luahan Lara Alana dan memuji keluarga Lara sebagai majikan yang baik atas layanan yang diberikan kepada Auntie Joy.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peraturan Baru Media Sosial bermula 1 Jun mewajibkan pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi melindungi kanak-kanak daripada jenayah siber dan ancaman dalam talian.