Insta selebriti, Cik Epal berkongsi di laman instagramnya beberapa keping gambar dan video dia serta keluarga sedang bercuti di Itali, Athens dan Santorini.
Namun yang menarik perhatian ramai di setiap posting Cik Epal, anak-anaknya langsung tidak meragam dan menangis malah mereka nampak sangat menikmati percutian di sepanjang perjalanan walaupun terpaksa berada di dalam penerbangan yang berjam-jam lamanya.
Bukan mudah untuk memastikan emosi anak-anak kecil sentiasa dalam keadaan yang baik lebih-lebih lagi terpaksa menempuhi perjalanan yang lama dan juga beberapa persinggahan sebelum sampai ke destinasi.
Disebabkan ramai yang tertanya-tanya tentang anak Cik Epal, Han (5 tahun) dan Yuki (2 tahun lebih) yang sentiasa happy di setiap percutian maka Cik Epal sudi berkongsi beberapa tip untuk travel bersama anak kecil. Mana tahu membantu anda nanti!
Yang tanya “Han&Yuki tak meragam ke bila travel macam ni?”
Masalahnya depa ni lagi suka kalau berjalan. Wahaha🤣. Bab-bab jalan ni depa memang laju je.
Ads
Tips aku simple je. Jaga perut anak dan waktu tidur depa. Perut kena bagi sentiasa kenyang baru depa tak meragam. Kalau Yuki, dia still pakai pampers, agak-agak dah penuh tu terus tukar je. Baru anak selesa kalau nak berjalan.
Anak-anak ni akan tengok makpak dia selalunya. Kalau mak pak enjoy je berjalan,depa pon akan ikut enjoy jugak😁.
Betul ke idokk?
Ads
Rata-rata warga maya bersetuju dengan tip yang dikongsi oleh cik epal dan yang paling penting untuk kanak-kanak adalah tidur yang mencukupi.
qielahhhhhhh Betull setuju❤️🙌
nshiken_ Betul setuju..
Ads
_farahatikah_ Betoiiiii sangat 🔥🔥🔥Depa pulak lebih energetic dari mak pak 😂
_amyshazleen betul tu tdur paling penting, tak cukup tdur ke laut china la mood dorang 😂😂😂😂 good tips 🥰 thank you CE
Jadi bagi yang merancang untuk bercuti bersama anak kecil, pastikan emosi serta keselesaan anak-anak jadi yang utama barulah percutian mama papa tenang dan happy!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah. Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak-anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa mak ayah.
Perkongsian seorang wanita di Twitter tentang anaknya yang baru berusia 2 tahun lebih yang sudah tidur sendiri membuktikan bahawa si kecil sudah boleh diajar untuk tidur tanpa ibu ayah sejak awal. Azra Rahman menyatakan anaknya yang dikenali sebagai Mekca memang pada mulanya tak mahu tidur seorang kerana sudah terbiasa. Tapi apa yang dilakukan oleh Azra untuk pisahkan tempat tidur anaknya ternyata berkesan.
Ramai orang tanya,
“Mekca okay ke tidur sorang?”
“Nak pulak dia tidur sorang?”
Sebab dia baru 2 years +, okay Azra share tips untuk pisahkan anak untuk tidur sendiri dekat bilik ☝🏻 pic.twitter.com/RiwWo4mKdv
Pendekatan Azra cukup menarik. Dia menghiaskan bilik si kecilnya cantik-cantik dengan perabot comel termasuklah meja kecil untuk anaknya membaca dan menulis. Bukan itu sahaja, malah Mekca ada almari sendiri untuk dia pilih baju yang akan dipakai olehnya. Kelengkapan lain seperti bakul baju kotor dan juga tempat penyimpanan permainan juga ada dalam bilik anak kecil ini yang fungsinya adalah untuk mendisiplinkan si kecil.
Menurut Azra juga di dalam bilik anaknya turut diletakkan sebuah tilam untuk dia atau suami menemankan anaknya sehingga tidur dengan aktiviti-aktiviti seperti menyanyi, ajar benda baru dan sebagainya. Setelah anak tidur barulah dia dan suami akan masuk ke bilik mereka untuk tidur.
Nak buat benda ni semua tentulah kena ada kerjasama dengan pasangan. Jelas Azra dia dan suami memang bekerjasama dalam menjayakan hal ini. Dengan pisahkan anak tidur dari awal juga, mama papa boleh tidur dengan selesa.
Pukul anak untuk hukum atau mengajar? Jika setakat nak lepaskan geram memang silap besar. Ramai yang fikir memukul anak untuk mengajar. Ya betul! Tapi kena ada caranya.
Berdasarkan perkongsian ibu ini, Ezzaty Suffian dia mengakui memukul anaknya yang berusia 2 tahun 6 bulan. Tapi ada teknik yang digunakan untuk mengajar anak kecilnya yang boleh dijadikan panduan bersama.
Usia ni usia anak belum faham apa-apa. Dia baru nak kenal orang sekeliling. Baru nak kenal tentang hidup. Baru nak faham pasal dunia dia sendiri. Baru nak tahu dan ingat perkataan-perkataan baru. Baru nak cuba bina ayat yang dia faham.
So, macam mana kita orang dewasa ni boleh expect anak kita tahu semua benda seperti mana kita orang dewasa ni tahu? Kita cakap sekali, tegur sekali, marah sekali, kita nak anak terus dengar dan ikut.
Itu yang akhirnya kita geram dan sakit hati, kita tuduh anak tu tak nak dengar kata. Kita naik tangan. Pap! Kuat kita pukul badan dia. Tak cukup sekali, kita tambah lagi.
Yang lagi sadis bila kita tegar tampar muka dia. Tunjal kepala dia, pulas telinga, cubit peha sampai menjerit budak tu menangis. Pada usia anak tu 2,3,4,5,6,7 tahun. Sakit tubuh badan dia, tercedera emosi dia.
Allahu Rabbi.
Serius ibu ayah. Diorang tak tahu dan tak mengerti apa pun. Hidup pada usia diorang adalah hidup yang perlukan explanation. Penerangan yang terang dan jelas dari kita. Hidup diorang lebih banyak melihat segala tingkah-laku dan percakapan kita untuk diikuti dan ditiru.
Islam dah bagi garis panduan paling mudah dalam disiplinkan anak-anak. Macam mana cara nak suruh anak solat? Malah Islam tak ajar kita paksa anak solat seawal usia 2 tahun.
Apatah lagi pukul dia sebab tak solat waktu usia tu. Sebab apa? Sebab dia bukan faham pun apa maksud solat dengan kehidupan sebenar.
Tunjuk Ketidakpuasan Hati
Sama macam tingkah laku yang dia suka buat, tapi kita tak suka tengok. Baling barang, pukul adik, sepahkan mainan, menjerit bila nak something, tendang barang-barang kat rumah bila mengamuk.
Dia tak tahu, tak faham pun benda yang dia buat tu salah. Yang dia tahu cuma nak ekspresikan perasaan tak puas hati, marah, sedih dan kecewa pada kita.
Sebab tu jadi tugas kita untuk memahamkan dia, bagi tahu dia benda tu salah.
Fayyadh pernah tiba-tiba datang perangai pukul zaty setiap kali kita tegur salah dia. Tak kira zaty yang tegur atau abah dia tegur. Mesti dia datang kat zaty, pastu lepuk muka kita, badan kita tanda dia tak puas hati. Kuat juga tau. Sampai tertanggal spek mata.
Mula-mula zaty tegur dia dalam nada tegas yang dia tak boleh buat macam tu. Tapi makin rancak lagi dia lepuk kita.
Akhirnya, zaty pegang tangan yang dia guna untuk pukul kita tadi dan zaty tepuk kuat. Tak menyakitkan tapi cukup untuk buat hati dia tersentap.
Yes, fayyadh menangis. Tapi bukan sebab sakit, cuma sebab terasa hati kita marah dia. Bila dia dah menangis tu, kita pujuk dan cakap lah elok-elok pada dia. Bagi tahu yang kita tak suka dia pukul-pukul kita. Tak baik dia buat perangai macam tu.
Cepat Faham
Keep explain, explain dan explain pada dia. Budak ni lagi cerdik dari kita. Dia faham apa kita cakap.
Ada 5 kali jugak situasi macam ni berlaku. Dan 5 kali jugak lah zaty dan suami buat perkara yang sama pada dia. Finally, dah takde habit tu pada dia sekarang. Hilang terus.
Jadi bertukar pulak. Setiap kali kita tegur salah dia, cepat je dia datang kat kita tarik kepala dan cium pipi kita. Kita pun dari nak marah, terus tak jadi.
Habit kedua fayyadh yang zaty berjaya ubah bila dia suka sangat baling barang terutama bila dia marah atau tak puas hati pada kita. Umur 2 tahun setengah ke atas, patutnya habit baling barang ni dah makin kurang.
So, setiap kali dia baling barang, setiap kali tulah zaty suruh kutip balik. Mula-mula memang dia tak nak. Nak tunjuk protes pada kita kan.
zaty pegang tangan dia, bawa ke tempat barang yang dah dibaling tu. Lepastu suakan tangan dia ambik barang tu dan bawakan tangan dia sekali sambil pegang barang letakkan semula kat tempat asal.
Menangis-nangis dia mengikut tangan kita. zaty explain cakap tak suka fayyadh baling barang macam tu. Bagi tahu dia perangai yang dia buat tu tak elok. Fayyadh buat ummi marah. Kalau fayyadh nak apa-apa, cakap baik-baik dengan ummi.
Alhamdulillah. Teknik ni pun berjaya. Cukup 3 kali dia buat, sekarang dah takde perangai baling barang tu lagi. Kalau ada pun, memang zaty suruh dia kutip dengan suara yang memang tegas. Cepat je dia kutip. Lepastu dia datang pada kita, peluk kita.
Cuma part baling barang ini ibu ayah jangan keliru. Budak baling barang ada dua sebab. Pertama sebab dia nak tengok effect barang tu jatuh. Bunyinya macam mana, jauh ke tak barang tu boleh pergi lepas baling, berderai ke tak barang tu. Macam-macam lagilah.
Sebab kedua macam tadilah. Nak tunjuk rasa tak puas hati.
So, untuk sebab baling parang PERTAMA, janganlah ibu ayah buat cara zaty cakap tadi. Jangan kita marah atau tepuk tangan dia. Sebab dia bukannya nak tunjuk perasaan tak pua hati pun. Tapi dia tengah buat eksperimen. Mood dia pun tengah baik waktu tu.
Let them be okay. Cuma pastikan barang yang dia baling tu bukan kaca. Habit yang macam ni pun takkan lama. Macam fayyadh tempoh eksperimen baling barang ada dalam 5 bulan macam tu. Bila dah cerdik sikit dah puas hati, habit baling barang ni pun hilang.
Benda yang sama berlaku pada kita, orang dewasa ni sebenarnya. zaty sendiri tak suka suami cakap kasar-kasar, marah, tengking, herdik kita. Apatah lagi pukul-pukul kita. Takde siapa pun kat dunia ni suka diperlakukan macam tu kan.
Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah. Jangan pelik bila suatu hari nanti, bila ibu bapa nak peluk, mereka akan menjauhkan diri.
Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubungan antara ibu bapa dan anak semakin renggang.
Perkongsian dari Ustazah Asma’ Harun ini sungguh tepat sekali dalam keadaan ibu bapa sekarang yang rasa terlalu stres mendidik anak hingga api kemarahan tercetus tanpa sedar.
Duhai IBU AYAH
Jangan terlalu kerap memarahi anakmu, darah dagingmu sendiri. Apatah lagi kerap memukulnya. Jangan terlalu meminta itu ini melebihi dari kemampuan dengan usianya, meletakkan salah itu ini atas bahunya. Sehingga akhirnya hatinya jadi semakin keras. Dan ketika itu marah, tengkingan, bahkan pukulanmu hanya menghimpun rasa benci dan dendam, bukan keinsafan atau perasaan ingin berubah.
Apa sebenarnya yang ibu ayah mahukan, mahu anak berubah bukan? Bila cara tegas dan keras tak berjaya, jangan terus dipaksa dan digunakan cara yang sama. Lihatlah dalam tubuh yang kecil dan lemah itu ada seketul daging yang namanya HATI. Tempat untuk menakung kasih sayang, perhatian dan belas kasihanmu sebagai orang yang telah tua.
Ramai para IBU mesej dan meluahkan, “ustazah, anak saya makin jauh hati, dia masih kecil baru darjah 3, tapi dia memberontak, dia selalu menolak saya.. Saya nak peluk pun dia dah tak nak. Saya banyak buat salah pada dia, masa kecik selalu marah, tengking dan pukul dia, apa yang patut saya buat..”
Ibu Ayah,
Selama mana dia menerima kasarmu, lebih lama engkau harus bersabar untuk berlembut denganya.
Sebesar mana luka di hati anakmu, lebih besar usaha yang perlu dilakukan.
Hati anakmu itu milik Allah, mintalah petunjuk dariNya apakah ubatnya. Setiap penyakit ada ubatnya, lain sakit lain ubat. Mungkin kaedah zikir ya Latif dan selawat tidak cukup, Allah minta kita usaha lebih lagi.
Setelah hati anakmu telah lembut dengan pelukan dan kasih sayangmu, percayalah ketika itu, marahmu yang sedikit boleh membuatkan air matanya menitis kesedaran.
“Ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, maka seluruh tubuh juga baik. Jika segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah HATI”.
(HR Muslim, no. 1599)
Ya Allah, bantu kami menjadi ibu bapa yang sabar dan redha terhadap anak-anak kami. Ibu bapa yang boleh jadi contoh yang baik buat anak-anak kami.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.