ADHD sebenarnya singkatan untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder. Admin tertarik dengan perkongsian Puan Fatimah apabila beliau cuba mengenalpasti tentang masalah anaknya dan menyediakan platform yang betul untuk anaknya yang mempunyai ADHD.
Dalam rancangan Pa&Ma sebentar tadi di Astro Prima & Maya HD, Puan Fatimah telah berkongsi pengalamannya mengendalikan anak ADHD.
Dalam tempoh 2 tahun membesar, anak saya mempunyai masalah kesihatan. Saya mula perasan anak saya dari segi perkembangan agak perlahan. Saya mengambil keputusan untuk belajar etntang apa itu ADHD.
Ads
Bila doktor sahkan anak saya mempunyai ADHD, saya terus buat homework tentang bagaimana cara saya untuk salurkan tenaga anak-anak pada tempat yang betul. Dari situlah saya masukkan mereka ke Fencing Academy.
Ads
Sebab saya rasakan, FOKUS adalah asas untuk mereka. Alhamdulillah, selepas saya masukkan ke dalam Fencing Academy yang mana latihan mereka memerlukan fokus yang tinggi, mereka berjaya dalam akademik di sekolah kerana mereka dapat fokus dengan baik.
Ads
Daripada tidak boleh membaca, mereka terus boleh membaca. Kemajuan mereka bagus dari segi skill motor dan tahap kekuatan semakin meningkat.
Jika anda terlepas menonton rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif pukul 12 tengah hari tadi, anda boleh tonton siaran ulangan pada pukul 9 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bijak bukan lahir sebab tuah semata-mata. Ia bermula daripada otak yang sihat, tenang dan berfungsi dengan optimum.
Ramai ibu bapa terlalu fokus pada keputusan peperiksaan, jadual tuisyen yang padat dan latihan tanpa henti. Tapi satu perkara asas sering terlepas pandang keupayaan otak anak itu sendiri.
Bila otak letih, kurang nutrisi, kurang tidur dan dibebani tekanan, proses pembelajaran jadi perlahan. Anak jadi mudah lupa, susah fokus dan cepat emosi walaupun sebenarnya mereka berpotensi besar.
Berita baiknya, kita tak perlukan cara yang rumit atau mahal. Dengan perubahan kecil dalam rutin harian, otak anak boleh “dipowerkan” secara semula jadi.
Berikut 6 tips praktikal untuk bantu anak jadi lebih bijak dengan memaksimumkan fungsi otak mereka.
Kajian dalam Frontiers in Public Health mendapati berjalan selama 10 minit sahaja mampu meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan matematik.
Lebih menarik, peningkatan paling ketara berlaku pada pelajar yang sebelum ini lemah akademik. Memori mereka menjadi lebih baik dan prestasi otak meningkat.
Kajian lain dalam Journal of Experimental Biology (2017) pula menunjukkan berjalan kaki meningkatkan aliran darah ke otak. Bila bekalan darah bertambah, prestasi kognitif dan daya ingatan turut meningkat.
Tip mudah:
• Jadikan berjalan sebagai aktiviti keluarga
• Bila anak buntu dengan kerja sekolah, suruh dia berjalan sekejap sebelum sambung semula
Ringkas, percuma dan sangat berkesan untuk perkembangan otak anak.
Anak adalah apa yang mereka makan.
Jika makanan harian penuh dengan jajan dan makanan ultra-proses, otak anak akan menerima kesannya.
Perkenalkan konsep B.I.T:
Blueberries, strawberries, cherry dan blackberries membantu menguatkan hippocampus, pusat memori otak. Memori jadi lebih tajam.
Ikan kembung, tuna dan salmon kaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak anak. Ini antara makanan wajib anak-anak.
Telur mengandungi choline yang penting untuk pembentukan memori dan fungsi kognitif. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan.
Makanan mempengaruhi tingkah laku, emosi dan prestasi otak.
Silap memilih, kita sebenarnya sedang melemahkan potensi anak sendiri.
Kajian dari Harvard University (2011) mendapati amalan zikir mampu membesarkan hippocampus, pusat memori dan pembelajaran.
Kajian sama juga mendapati aktiviti amygdala (pusat ketakutan) menjadi lebih rendah. Anak jadi lebih tenang, kurang cemas dan lebih stabil emosi.
Kajian dari Yale University pula menunjukkan zikir membantu menenangkan Monkey Mind — fikiran yang melompat tanpa henti.
Manakala kajian di UCLA mendapati zikir meningkatkan grey matter, bahagian otak yang kaya dengan sel neuron.
Maksudnya ringkas: zikir membantu pertambahan sel otak.
Tambahan pula, zikir mengaktifkan Posterior Cingulate Cortex, pusat motivasi. Anak lebih fokus, boleh belajar lebih lama dan kurang mudah putus asa.
Pesan pada anak:
Kalau nak belajar dengan berkesan, biar zikir hidup dalam hati.
Tidur bukan rehat kosong. Ia proses penting untuk otak anak.
Kesan kurang tidur:
• Prestasi memori merosot
• Keupayaan membuat keputusan menurun
• Risiko kemurungan meningkat
• Anak cepat lapar dan cepat letih
Keperluan tidur:
• Dewasa: 6–8 jam
• Kanak-kanak & remaja: 9 jam (wajib)
Ketika tidur, hormon melatonin bertindak seperti “makcik cleaner” yang membersihkan dan membaiki otak.
Tidur lewat = proses pembersihan terganggu.
Kajian dalam jurnal The Lancet menunjukkan tidur kurang dari 6 jam meningkatkan kesalahan kognitif sehingga 3 kali ganda.
Tidur awal bukan malas.
Ia strategi bijak untuk otak sihat.
Makanan ringan dan jajan memberi kesan buruk kepada struktur otak anak.
Antara dapatan kajian:
• Hippocampus mengecil
• Hormon BDNF berkurang
• Risiko kemurungan dan keresahan meningkat
• Keradangan pada otak
• Pembentukan memori terganggu sehingga 3 minggu
Lebih membimbangkan, otak anak yang sedang membesar paling terkesan.
Ya, jeruk dan cereal juga termasuk.
Kalau kita yang beri jajan itu, kitalah yang melemahkan potensi anak sendiri.
Pujian seperti “Pandainya Along!” nampak baik, tapi sebenarnya boleh mematikan motivasi.
Pujian ini mematikan aktiviti striatum, pusat motivasi dalam otak. Anak jadi takut gagal dan hanya mahu buat perkara mudah.
Cara yang lebih betul:
“Along berjaya sebab Along usaha kuat. Tahniah atas usaha Along.”
Bila usaha dipuji:
Seperti kajian Dr. Carol Dweck, fokus pada usaha dan cara, bukan sifat. Anak bijak bukan hasil paksaan, tetapi hasil penjagaan otak yang konsisten.
Bila anak bergerak, makan dengan betul, tidur cukup, jiwa tenang dan diberi pujian yang tepat potensi mereka akan berkembang dengan sendiri.
Ibu mana yang tidak risau bila lihat anak kawan-kawan semua sudah mula pandai bercakap dan anak sendiri masih tidak boleh bertutur walaupun seusia. Bagi ibu yang mengalami situasi ini pastinya bingung.
Ada yang mungkin memberi pandangan supaya tunggu sahaja. Lama-kelamaan anak pasti akan dapat bercakap dengan sendiri. Tentu ada juga yang mengesyorkan supaya bertemu dengan pakar. Namun apa yang sebenarnya yang patut mama lakukan. Ini jawapan daripada Pakar Pediatrik, Dr Mohamed Nazir Abu Bakar.
Pada umur tiga tahun, kanak-kanak seharusnya boleh bercakap dengan menggunakan sekurang kurangnya tiga hingga lima perkataan, boleh mengenali bahagian tubuh badan, boleh sebut nama sendiri dan boleh berinteraksi dengan dewasa.
Antara tanda-tanda masalah pertuturan ialah seperti tiada reaksi jika dipanggil dan kurang berinteraksi dengan kanak-kanak lain serta tidak gemar aktiviti menulis dan melukis. Deria pendengaran adalah amat penting dalam proses perkembangan pertuturan kanak-kanak.
Jika wujud sebarang keraguan adalah mustahak untuk kanak-kanak itu diperiksa oleh pakar. Jika terdapat sebarang masalah, ia dapat dikesan pada peringkat awal. Jadi, rawatan awal juga boleh dilaksanakan dengan kadar segera. Hal ini penting untuk kebaikan jangka masa panjang.
Berikut adalah 6 cara rangsang percakapan lancar si manja anda.
1. Teruskan peniruan
Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan akan membuatkan dia hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarnya.
2. Berbual
Teknik mudah yang boleh dipraktikkan sejak anak lahir. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkannya cepat bertutur. Dalam masa yang sama, dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.
3. Ajar sebutan betul
Elakkan daripada mengajar anak anda bercakap pelat. Ajar dia bercakap dengan cara sebutan yang betul.
4. Kata-kata negatif
Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata yang kurang sesuai. Nasihatkan anak anda yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.
5. Ajar perkataan positif
Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Misalnya, ajar ungkapan “terima kasih”, “minta maaf” untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.
6. Pengulangan
Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama-kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak tak sama perangainya. Ada yang jenis pendiam, ada yang suka menonjol ke depan, pemalu ataupun jenis yang suka bercakap.
Percaya tak walaupun kita ada tiga anak, setiap daripada mereka lain-lain. Kita tak boleh bandingkan mereka dan semestinya mereka ada keistimewaan masing-masing.
Berikut fakta yang dikupas oleh Pakar Keibubaapan dan Kekeluargaan, Ibu Rose
1) LINCAH – Aktif sangat, melompat berlari ke sana sini most of the time. Penat nak mengejar. Tak reti duduk diam.
Anak you mungkin lincah dan ada yang kata hiperaktif. Mungkin memenatkan sikit untuk kita berkejar-kejar dengan dia especially dalam shopping mall. Tapi sebenarnya karakter lincah ni RAJIN. Cepat bertindak dan suka menolong. Hiperaktif tu medical condition, sayang. jangan sama kan anak yang aktif, lincah dengan hiperaktif. Bersyukurlah. Walaupun dia ligat dan adakala memenatkan, tapi kalau you pandai didik, dia akan move the mountain untuk jadikan impian dia kenyataan.
2) SENSITIF – Kuat nangis dan pemalu sikit. Bila you jauh atau tegur sikit memang akan meleleh air mata. Cepat sentap.
Anak sensitif sangat. Asyik2 menangis dan berairmata. Geram. Eh, biar benar sayang. Anak yang sensitif ni lah yang faham bila you penat dan sakit nanti. Dia yang boleh rasa betapa you tengah sedih. Anak yang sensitif ni jiwa dia halus. Dia sebenarnya CARING. So, kalau anak mudah sentap dan mengalir airmata, bercakaplah dengan lemah lembut, supaya kehebatan diri dia terserlah. Tup…tup you mengalir airmata bila dia buat puisi “UNTUK IBU KU SAYANG!”
3) SERIUS – Pendiam dan suka menyendiri, nampak macam matang sebelum usia. Kurang bermain dan tak berapa banyak cakap macam kanak-kanak lain.
Anak I ni pendiam. Entah apa dalam otak dan hati dia tu. Tanyalah apa , jawab sepatah jer. Macam ada emas dalam mulut. Sebenarnya memang ada emas dalam mulut dia. Dia ni jenis OBSERVANT, memerhati. Dia tak suka cakap atau buat sehingga dia tahu dia boleh buat dengan baik. Dia akan analisakan apa yang dia sedang perhatikan. Nak naik gelongsor pun dia akan analisa fiziknya…hahaha… Jadi, jangan cepat marah dan desak anak macam ini. Raikan dan yakinkan diri you that its okay for them to be like that. Bagi dia space untuk observe dan come out with their own idea and conclusion. Most of the time they are GENIUS and solution giver.
4) CERIA – Semua benda nak ditanya, semua benda nak cuba buat, semua benda nak pegang, semua orang nak diajak borak.
Anak banyak cakap, memang seronok dan ghalit kita melihat telatahnya. Anak begini senang dirapati. Sebab dia RAMAH dan FRIENDLY. Suka berkawan dan menjadi tumpuan kawan-kawan. Pandai pulak tu bertolak ansur dengan kawan2. Tinggi keupayaan untuk NETWORKING dan bersilaturrahim ni.Yang ibu bapa perlu tumpu perhatian adalah menanam nilai dan prisip hidup yang baik ke dalam diri anak ini. Sebab anak ini akan amat mudah dipengaruhi oleh Peer Group Pressure. Tapi kalau ibu bapanya awesome dan merupakan kawan yang dia boleh trust…InsyaAllah anak ini can soar the sky dalam leadership dia.
Apapun karakter mereka yang membuatkan sayang tertanya ‘Kenapa perangai anak I macam ni?’, lets remind ourselves that there’s a positive potential behind it. Jadi, mari kita bantu bentuk mereka unleash that potential instead of questioning it.
Yang mana satukah karekter anak sayang?
LINCAH, SENSITIF, SERIUS atau CERIA?
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.