Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.
Anak sulung Fedtri, Indah Sutera Jannah antara salah seorang pelajar cemerlang yang layak menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini berkongsi rasa bangga walaupun terselit rasa hiba kerana terpaksa berpisah dengan puteri sulungnya itu.
“Selesai mendaftar hari ini.
Ads
“Selamat berjuang kakak di tempat impianmu. Kuatkan semangat.
“Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu. ❤️❤️❤️,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Beberapa momen indah turut dikongsikan Fedtri ketika hari pendaftaran anaknya. Baik Fedtri begitu juga anaknya Indah dilihat turut mengalirkan airmata kesedihan ketika berpisah.
Ads
Terdahulu, Fedtri pernah berkongsi Indah ditawarkan tempat ke MRSM yang merupakan sekolah idaman anaknya.
Wargamaya turut mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan dan semangat buat puteri sulung Fedtri, Indah Sutera Jannah untuk menjalani kehidupan di tempat barunya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram—yang sinonim dengan gaya serius sebagai juri program realiti—kini tular di TikTok apabila muncul membantu isteri tersayang, Datin Alyah, menjual tudung secara live!
Dalam video yang dikongsi oleh Datin Alyah pada 15 Jun 2025, Tok Ram kelihatan begitu bersahaja dan sporting sambil mempromosikan pelbagai jenis tudung dari koleksi isteri beliau. Dari sentuhan warna ke corak, Tok Ram siap ulas dengan penuh detail! Memang rare tengok maestro muzik jadi ‘seller’ TikTok.
Walaupun tengah sibuk dengan persiapan showcase , Tok Ram tetap luang masa untuk turun padang bantu bisnes isteri. Aksi beliau disambut meriah oleh netizen yang rata-rata terhibur dan tersentuh melihat sokongan padu suami terhadap isteri..
Netizen memang tak lepaskan peluang untuk berkongsi reaksi comel dan kelakar terhadap gelagat Tok Ram:
“Lahhhh Tok Ram jadi affiliate dah kaa..? 😂😂😂” – @Fiza Kamaruzzaman
“Tgok live tokrm smlm. Tok ram mmg ad taste. Tdug dia review smlm lawo yg tokrm pgg..” – @mamasukisusa
“Baru kita tau sisi lain tok ram ni, ingat jenis serious memanjang.. ni gara2 si nabil/jihan.. 😆” – @Aina safiea (mazlah)
“Hahahaha..lucu lah tok ram..dh rs tgk projek bapak2 pulak” – @BloomLilac
Reaksi spontan ni buatkan suasana live TikTok Tok Ram makin meriah dan relatable. Rata-rata suka tengok ‘sisi baru’ Tok Ram yang jauh lebih santai dan kelakar dari yang biasa ditonjolkan di TV.
Apa yang dilakukan Tok Ram sebenarnya beri mesej besar kepada pasangan muda:
Tok Ram dan Alyah jadi contoh sweet couple yang saling menyokong. Bukan sekadar cinta kata-kata, tapi dalam perbuatan. Untuk ibu-ibu muda yang ada bisnes kecil-kecilan, jangan malu ajak suami join sekali. Kadang-kadang, dari situ la datang semangat baru!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah hidup sepasang warga emas yang serba daif namun penuh kasih sayang terhadap empat cucu orang kurang upaya (OKU) benar-benar menyentuh hati ramai. Di sebalik kekangan usia dan kudrat, si datuk tetap gigih mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup keluarganya.
Lebih menyayat hati, lelaki warga emas tersebut sanggup berjalan perlahan sambil bertongkat, semata-mata untuk mencari sesuap nasi buat keluarga tersayang. Beliau tetap tidak menyerah kalah, malah masih menjaja tudung saji dan barang kraf tangan meskipun dalam keadaan fizikal yang semakin uzur.
Rakaman video berdurasi lebih seminit yang dimuat naik di profil TikTok @Mr.Cool – Asnaf Hunter, memaparkan detik-detik lelaki itu baru pulang dari berniaga di sekitar Bandar Tumpat, Kelantan. Dedikasinya mengharukan, lebih-lebih lagi apabila diketahui bahawa di rumah sedang menanti isteri tercinta serta empat cucu OKU yang memerlukan perhatian rapi.
Perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah keadaan rumah mereka yang sangat bersih dan kemas, walaupun jelas serba kekurangan. Ramai netizen memuji ketekunan pasangan warga emas ini yang tetap menitikberatkan kebersihan dan adab dalam melayan tetamu.
Antara pujian yang diterima termasuk:
“Rumah dia bersih ja, menandakan dia orang memang rajin. Betul lah mak cakap, kalau rajin semua nampak kemas,” – @Norjannah Tahir
“Terus hidang air untuk tetamu. Tingginya adab budaya Melayu kita,” – @Zarinah Sulaiman
“Kuatnya pak cik, walaupun kudrat terbatas. Moga murah rezeki pak cik sentiasa,” – @MaMaYonG
Kata @Mr.Cool, suasana di rumah itu sangat sederhana dan sukar dilihat dalam masyarakat moden kini. Keikhlasan dan layanan mesra si isteri turut memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihatnya.
Kisah ini bukan sekadar kisah kesusahan. Ia adalah kisah ketabahan, cinta keluarga, dan nilai budaya yang masih utuh diamalkan. Dalam dunia serba moden yang sering mengejar material, pasangan ini mengingatkan kita akan pentingnya kasih sayang, tanggungjawab dan adab.
Semoga kisah warga emas ini menjadi inspirasi kepada kita semua – bahawa kasih sayang dan pengorbanan tidak pernah mengenal usia atau kekurangan.
SUMBER:- KOSMO!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.