“Mommy, kita hantar Ali ke Playschool lah, senang. Nanti dia boleh main-main sambil belajar” ramai sebenarnya ibu bapa beranggapan bahawa plasyschool adalah tempat terbaik untuk anak-anak belajar dan bermain. Memang tidak dinafikan banyak kelebihan yang bakal anak-anak perolehi.
Namun jika anda mengabaikan anak-anak ketika mereka dirumah, tidak berkomunikasi, tidak bermain malah ‘menyuapkan’ mereka dengan gajet supaya tidak menganggu anda, adakah perbuatan tersebut baik untuk mereka?
Ads
Ads
Ads
Cuba tengok gambar. Ini yang sedang berlaku. Ibu bapa berpusu-pusu mahu menghantar anak kesayangan di mana-mana tadika/taska yang berkonsepkan bermain. Cuma ada 2 persoalan yang mewujudkan masalah lanjut.
(1) Lambakan tadika/taska yang self-claimed menggunakan pendekatan bermain dalam ‘manifesto’, tetapi jauh panggang dari api tentang konsep play yang sebenar.
(2) Pendidikan yang tidak berterusan. Di rumah didik lain, di sekolah ajar lain. Contohnya penggunaan gajet yang melampau.
Saya nak fokuskan masalah yang kedua.
Namakan apa sahaja jenis gajet yang memenuhi kehidupan. Ipad, mobile phone, tablet, laptop etc. Kebergantungan kita terhadap gajet semakin menjadi-jadi. Sampaikan nak diamkan anak yang menangis sekali pun, ibu bapa terus menghulur gajet supaya mereka diam. Bahkan, ada ibu bapa yang memberikan seoarang satu anak masing-masing yang masih kecil sebuah gajet, dan digunakan tanpa kawalan.
****
Perkembangan awal kanak-kanak adalah melalui deria atau sensory mereka. Mereka bercakap dengan orang dan membuat bunyi, menyentuh dan melihat alam sekeliling, merasa dan menghidu. Mereka perlu bergerak.
Experts dah bagi warning jika ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak tanpa kawalan, maka ia memberi kesan jangka masa panjang yang negatif. Akan wujud masalah tingkah laku.
Fokus mereka hanya untuk gajet menyebabkan tiada interaksi luar yang berlaku. Kurang vocabs. Malu nak bercakap. Tiada keyakinan diri. Tak kenal sesama saudara.
Belum lagi merencatkan perkembangan motor halus. Perkembangan fizikal kanak-kanak tidak berlaku dengan normal. Pada waktu terbaik mereka untuk menguatkan otot, bermain di luar, tetapi kita ubah dengan berikan gajet yang hanya menggerakkan jari jemari.
Emosi mereka tidak terkawal. Cuba ambil gajet dari tangan mereka. Atau tidak benarkan mereka menggunakan gajet untuk sementara waktu. Apa yang akan mereka buat? Boleh jadi, kanak-kanak akan memukul ibu bapa untuk melepaskan geram. Worst case, ia membawa kepada masalah mental.
Sebab itu, no gajet umur 2 tahun ke bawah. Langsung jangan bagi.
Sebab itu, untuk 6 tahun ke bawah, maksimum hanya 2 jam sahaja penggunaan.
Janganlah degil .
***
Benar, kita tidak mahu anak kita ketinggalan. Sentiasa update dengan perkembangan teknologi terkini. Tapi biar berpada. Berpada bagaimana? Berikan ikut umur dan kesesuaian masa dan tempoh penggunaan.
Bukan semua umur kanak-kanak menerima perkembangan dengan kadar yang sama. Adakalanya, mereka belum bersedia. Kalau kita langgar juga, kita melangkaui perkembangan yang sepatutnya berkembang terlebih dahulu.
Solusi?
– Ibu bapa tolong bercakap dengan anak-anak. Tidak bergerak depan skrin akan menjadikan mereka tidak tahu bersosial.
– Letak peraturan waktu penggunaan supaya kanak-kanak tidak sampai tahap ketagih, atau menjadi hamba gajet.
– Role model. Kita tak bagi anak-anak guna gajet ketika makan. Sebagai ibu bapa, kita pun jangan guna juga. Kalau tak jadi sia-sia. Seperti nak suruh anak ketam jalan lurus, tapi mak dia pun jalan senget dan tak betul. Walk the talk.
– Bermain dengan anak tanpa menggunakan gajet. Banyak lagi bahan konkrit dan real yang lain berbanding gajet.
– Games yang berasaskan pendidikan di dalam gajet tu boleh main, tetapi bersama-sama ibu bapa, dan ada limit masa yang dibenarkan. Bukan main bagi je.
***
Berbalik kepada gambar, sebab tu saya rasa kelakar. Ibu bapa yang kononnya tahu tentang anak-anak, tetapi sebenarnya salah faham.
Kita fikir kita dah jadi ibu bapa yang terbaik bila hantar anak-anak ke tadika/taska yang biarkan anak bermain. Tetapi di rumah, kita yang abaikan tanggungjawab dengan merosakkan perkembangan kanak-kanak.
Kita dah buat salah dengan anak pertama dulu. Tapi buat lagi salah dengan anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Kita yang salah.
Kredit: Hazhari Ismail
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah pun untuk kita tunjukkan penghargaan pada pasangan. Tidak perlukan hadiah yang mahal jika tidak mampu tetapi belajarlah berterima kasih dengan ikhlas hati sudah cukup membuatkan rumah tangga makin harmoni dan bahagia.
Belajar menghargai setiap perkara dengan ikhlas. Itu sebaiknya. Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif yang berkongsi cerita kehidupan berumah tangga.
Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.
Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang “
Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.
” Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “
Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.
Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.
Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini : لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”
Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernahkah anda mendengar mengenai keperluan berkhatan atau sunat bayi perempuan? Apakah hukum untuk melaksanakannya dari sudut pandangan Islam, adakah ia wajib atau tidak?
Ikuti kupasan mengenai berkhatan bayi perempuan dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Hukum melakukan sunat bayi perempuan dalam Islam
Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang beragama Islam tidak pernah mendengar mengenai prosedur bersunat untuk anak perempuan, berbanding keperluan bersunat bagi bayi lelaki.
Namun hakikatnya, perbuatan berkhatan atau berkhitan ini bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian komuniti termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala.
Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini sudah diamalkan dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.
Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” – Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).
Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga perlu berkhatan dan bukan hanya lelaki.
Menerusi pembacaan di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berkhatan bayi perempuan adalah wajib.
Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada si manja, maka ia perlu dielakkan. Namun begitu tiada ayat al- Quran atau hadis yang mewajibkan khitan kepada perempuan secara khususnya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi anak perempuan dalam berkhatan.
Manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi bayi perempuan adalah berdasarkan keperluan yang dinilai pakar. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk berkhitan, maka tidak perlu untuk mereka disunatkan.
Kelebihan berkhatan atau sunat bayi perempuan dari sudut sains
Dari sudut perubatan tradisional, terdapat kepercayaan bahawa amalan berkhatan ini mungkin menawarkan kebaikan. Pun begitu, setakat ini tiada kajian menunjukkan khitan kepada perempuan memberikan manfaat kesihatan atau kebaikan dari sudut perubatan.
Anatomi yang terlibat dalam proses sunat bayi perempuan
Jika sunat bagi lelaki melibatkan prosedur pemotongan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar disebut sebagai kulup atau prepuce, bagaimana pula dengan perempuan?
Dalam proses berkhatan perempuan, bahagian yang wajib untuk dibuang adalah kulit di atas saluran kencing – klitoris – seperti balung ayam jantan.
Bahagian tersebut amnya akan dinipiskan atau dikemaskan tanpa melibatkan pemotongan melampau seperti dalam amalan female genital mutilation (FGM).
Dalam bahasa mudah, sunat bayi perempuan hanya melibatkan proses membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris atau disebut kelentit. Tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan bayi.
Tip penjagaan selepas berkhatan bayi perempuan
Tempoh usia bayi yang paling sesuai untuk menjalani prosedur berkhatan ini adalah selepas dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Ada juga saranan yang menyatakan waktu sesuai adalah selepas bayi berusia 3 bulan.
Kenapa sesuai dilakukan pada usia masih bayi? Ini kerana proses penyembuhan yang sangat cepat. Selain itu, bayi juga masih belum mempunyai rasa takut atau malu berbanding saat mereka sudah besar untuk menjalani prosedur tersebut.
Terdapat tiga cara yang biasa dilakukan pakar perubatan untuk berkhitan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, gunting dan jarum disterilkan. Biasanya ketiga-tiga kaedah ini tidak akan mendatangkan kecederaan secara keterlaluan.
Berbeza dengan sunat kanak-kanak lelaki yang perlu ‘berpantang’, proses penyembuhan bayi perempuan yang berkhatan hanya mengambil masa 2-5 hari sahaja.
Tetapi jika menggunakan kaedah pisau dan gunting dengan teknik yang betul, proses pemulihan dijangkakan lebih cepat malah tiada kesukaran penjagaan luka.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak berderet dan semuanya inginkan perhatian, ibu bapa banyak yang panik dan gelabah. Memang mahu berikan yang terbaik, tapi bagaimana kerana tangan & kaki hanya ada dua pasang sedangkan keperluan emosi si kecil yang perlu dipenuhi banyak…
Anak ramai memang seronok, meriah suasana rumah. Tapi tak dinafikan memang ada cabarannya semasa anak-anak membesar. Perhatian dan keperluan emosi adalah yang sesuatu yang kritikal semasa anak-anak membesar.
Perkongsian Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect ini memberikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai menguruskan cara untuk memberikan perhatian dan yang mana perlu didahulukan.
Ibu bapa tidak memahami, anak dihukum sedangkan mereka dahagakan perhatian
Ibu anak 4 semua nak perhatian. Serentak!
Paling mencabar dengan cara menguji kesabaran
Penatnya balik dari kerja, kerja bertimbun perlu diselesaikan ditambah dengan kerenah anak nakkan perhatian
Dalam keadaan letih, kelakuan anak yang normal pun sangat mencabar kesabaran
Ayah main peranan dalam menguruskan huru hara dalam rumah, bagi masa ibu bertenang
Perhatian pertama ialah kepada tingkah laku biggies yang membahayakan, memudaratkan & merosakkan
Tingkah laku biggies anak untuk tagih perhatian ibu bapa.
Tingkah laku biggies diperbetulkan dengan cara tidak memudaratkan orang lain. Mesti ada peraturan.
Perhatian kedua ialah kepada tingkah laku smallies. Hati-hati kerana jika tidak diberikan perhatian smallies boleh jadi biggies.
Satu kelebihan mempunyai anak yang ramai adalah, mereka boleh dilatih untuk saling membantu dan mengasuh antara satu sama lain. Ini juga adalah skil yang harus dipupuk.
Perlu tahu cara beri perhatian. Kalau tidak sia-sia umpama mencurah air ke daun keladi.
Perhatian positif bantu anak berkelakuan baik dan positif.
Silap cara anak boleh jadi manipulatif. Perhatian negatif akan menyebabkan anak mengulangi tingkah laku negatif untuk mendapatkan perhatian.
Anak yang baik jangan diabaikan untuk elak rasa cemburu & tidak puas hati.