
Ramai ibu bapa hari ini cenderung memilih sekolah swasta atau antarabangsa untuk anak-anak, terutama sekali bila kewangan bukan lagi halangan.
Namun, lain pula pilihan usahawan berjaya, Tya Ariffin yang memilih untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan biasa walaupun beliau mampu memberi pendidikan yang lebih mewah.
Walaupun namanya gah sebagai selebriti dan berjaya membina empayar bisnes Mutyara Jamu, Tya tetap memilih jalan sederhana dalam membesarkan anak-anak.
Menerusi perkongsian video Tya di Instagramnya, anak kelahiran negara Indonesia ini menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan.
“Rutin sebagai mak, ambil report Arif. Dengar laporan cikgu, pengsan sekejap. Boy will be boy.
“Sekali menguruskan kemasukan Ara untuk tahun 1. Tahun depan sudah ada anak tahun 3 dan tahun 1.
“Dulu ingat lagi, saya yang duduk di bangku sekolah itu tapi sekarang kita yang hantar anak ke sekolah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan menyifatkan usahawan berusia 31 tahun itu sebagai seorang wanita yang merendah diri.
“Bagus betul Tya, walaupun jutawan tetap sekolahkan anak dekat sekolah kebangsaan.
“Terbaik Tya sebab hantar anak di sekolah biasa, rasa sangat dekat di hati kami. Arif siap beli jajan dekat luar.
“Saya baru tahu Arif sekolah kebangsaan. Tya pengsan dengar cikgu komen apalah tu agaknya.
Terdahulu, Tya mendirikan rumah tangga bersama usahawan Asyraf Khalid pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 8, dan Azzahra Jiwa, 5 dan Aghnia Amira Jiwa.
Sumber: IG Tya Ariffin