Melihat daratan yang berubah menjadi lautan sekelip mata meninggalkan trauma yang cukup mendalam di hati mangsa banjir. Pelakon, Diana Rafar turut merasakan hal yang sama malah masih berada dalam keadaan trauma dan masih sukar melupakan kejadian banjir yang melandanya dan anak-anak pada Sabtu lalu.

Kata Diana menerusi perkongsiannya di Berita Harian, insiden itu tidak mungkin dapat dilupakannya sampai bila-bila malah kini dia trauma untuk pulang ke kediaman jenis kondominium yang menjadi rumah persinggahan mereka sekeluarga di Seksyen 13, Shah Alam.

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

Kedudukan kediamannya yang berada di aras enam membolehkan Diana melihat semua yang berlaku sekelip mata. Malah sempat melihat seorang warga emas yang melambai-lambai meminta bantuan. Semuanya berlaku sekelip mata.

“Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam sekelip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium.

“Saya sempat meninjau ke luar tingkap. Saya ternampak seorang warga emas melambai-lambai meminta bantuan kerana keretanya ditenggelami air.

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

“Saya jadi panik kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Alhamdulillah, lelaki terbabit akhirnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya berkongsi.

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

Mula panik bila ada penduduk terperangkap

Menurut kata Diana, dia kemudiannya mendengar pengumuman dibuat pengurusan kondominium agar semua penduduk turun. Untungnya ketika itu dia berada berdekatan dengan rumah kakaknya, Linda Rafar.

“Saya panik semula. Kebetulan kakak (Linda) tinggal bertentangan rumah saya. Kami kelam-kabut turun tanpa sempat mencapai apa-apa.

IKLAN

“Saya hanya membawa telefon bimbit dan anak. Rumah juga dibiarkan tidak berkunci akibat terlalu kelam-kabut. Kami juga terpaksa turun menggunakan tangga kerana perkhidmatan lif tergendala,” katanya.

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

Diana berkata, sebaik tiba di arah bawah, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak.

Keadaan bertambah kecoh apabila dua penduduk dikatakan terperangkap dalam kenderaan di parkir aras bawah ketika dipercayai cuba menyelamatkan kereta.

“Saya sangat panik lebih-lebih lagi mendapat tahu ada penduduk terperangkap dan dikhuatiri lemas. Air dari sungai berhampiran melimpah dengan deras lalu memasuki ruang parkir aras bawah,” kongsi Diana yang sempat merakam video ketika situasi cemas itu.

Diana berkata, risau kemungkinan air naik dan mula terfikirkan anak-anak, dia dan Linda kembali ke unit kediaman masing-masing.

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

“Saya dan Linda sangat bimbang jika keadaan bertambah buruk. Lebih-lebih lagi, bekalan elektrik sudah terputus. Kami tidak mampu bertenang.

IKLAN

“Jantung saya berdegup laju sepanjang malam akibat terlalu risau. Linda pula sukar bernafas disebabkan macam-macam bermain dalam fikiran.

“Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam melihatkan air yang bertakung seperti lautan di sekeliling kondominium,” katanya.

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

Tak mampu lelapkan mata

Malah kata Diana lagi, sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan pelbagai perkara buruk tambah pula suaminya ketika itu tidak ada bersama. Dia tidak mampu melelapkan mata.

“Saya merasakan malam terlalu panjang sehingga terfikir apakah dunia akan kiamat. Saya pernah terbaca, sebelum kiamat dunia akan gelap selama tujuh hari,”kongsinya lagi.

Tambah Diana, dia dan Linda masing-masing memakai tudung dan menyarung jaket sepanjang malam supaya andai berlaku kejadian tidak diingini, mereka sudah bersedia. Namun dia bersyukur keesokan harinya, air mula surut.

IKLAN

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

“Saya dan Linda buat keputusan meninggalkan kediaman kami dan menumpang sementara di rumah kakak.

“Saya sangat trauma. Suami ada mengajak menjenguk kondominium kami, tetapi saya masih belum bersedia.

“Saya terkejut dan tidak sangka sebaik mendapat tahu banyak tempat yang lebih teruk seperti di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam,” kongsinya lagi.

Kata Diana, sehingga kini dia masih trauma dengan insiden itu malah setiap kali mengenangkan kejadian ‘hitam’ itu, hatinya amat tersentuh dan bulu roma berdiri.

Menarik: Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers, Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

“Hanya Bawa Anak & Telefon Bimbit” Diana Rafar Masih Trauma, Cerita Detik Cemas Banjir!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI