Bukan mudah untuk mengajar anak bebas pampers sepenuhnya. Perlukan kesabaran dari mak ayah yang tinggi tanpa putus semangat. Barulah anak semakin yakin dengan diri sendiri tanpa pampers.
Perkongsian ibu, Nurul Ashila Ahmad Sobri ini memang mudah. Jom ikuti perkongsiannya dengan tip potty train anak cara mudah. Paling menarik si comel, Muhammad Izz Anaqi, baru sahaja berusia 1y 10 months. Memang terbaik!
Alhamdulillah selesai hari ke 7 potty train Anaqi. Anaqi sangat bagi kerjasama. Hari pertama terkucil 2 kali. Hari pertama struggle sikit. Tak sampai 5 minit dia ajak p toilet takut terkencing lagi.
Bila takleh kencing dia tereyak-teriyak tanya pasaipa ayaq kencing takmau keluaq. Then slow-slow dia faham. Start hari kedua dah pandai kencing dalam toilet dah tak payah nak suruh-suruh kencing dah.
Tips untuk sapa yang try potty train anak
1. Tips pertama sebelum start tu tiap-tiap malam bagitau anak lepasni Anaqi tak boleh pakai pampers dah taw. Anaqi dah besaq, mama dengan abah tak pakai pampers pun. Kalau nak kencing nak berak mama abah masuk toilet. Tiap-tiap malam bagitau anak sebelum tidoq.
2. Simpan semua karpet yang cantik-cantik tu senang bila anak terkencing taklah stress nak lap teruk-teruk.
Ads
3. Prepare siap-siap training pants dan toilet bowl lawa-lawa sebelum start potty train. Mama Anaqi tak sempat nak beli toilet bowl. Pkp pulak memang tak keluar pi mana.
4. Seeloknya start potty train masa mama dan abah ada di rumah. Bila dua-dua ada boleh tolong-tolong tengokkan anak. Kena kerjasama baru tak stress. Kena betul-betul fokus dekat anak. Thank you abah banyak sangat tolong mama.
5. Hari first confirm anak akan terkucil. Jangan marah anak tau. Ajar slow-slow. Bila dia pandai kencing atau berak dalam toilet tepuk tangan. Puji melambung sikit. Baru anak semangat nak masuk toilet lagi.
6. Jangan tanya anak nak kencing @ tak. Terus bawak anak p toilet setengah jam sekali. Tunggu bagi dia kencing. Anaqi jenis banyak minum air dan makan buah memang kena kerap pergi toilet.
Ads
7. Mama Anaqi akan buka lampu dan pintu toilet sepanjang proses potty train ni. Kalau nak kencing terus ja Anaqi pergi toilet. Takpa membazir sikit nak anak belajar kan. Make sure takda baldi yang berisi air @ benda-benda yang berbahaya taw dalam toilet.
8. Untuk tiga hari pertama Anaqi akan pakai training pants bila nak tidur siang @ malam. Hari ke 4 dah tak pakai training pants. Sebelah malam Anaqi dah tidur baru mama tukaq pakai pampers. So anak tak confius eh kenapa kena pakai pampers pulak ni.
9. Sebelum tidur make sure bagi anak kencing dulu. Bangun tidur terus bawak anak ke toilet.
10. Hari pertama ja Anaqi kencing dalam pampers sebelah malam. Lepas pada tu bangun pagi pampers kering. Nak kencing dia akan bangun. Hari ke 6 mama try tak bagi Anaqi pakai pampers sebelah malam. Alhamdulillah everything went well. Anaqi sangat bagi kerjasama. Pagi-pagi dah bangun sebab nak terkencing.
11. Sediakan reward untuk anak. Dah penat-penat seharian ulang alik p toilet dapat reward seronok lah sikit anak kan. Reward Anaqi buah. Happy sangat dia dapat makan buah banyak-banyak.
Ads
12. Kalau ada kerja yang tak dapat mama nak tengok Anaqi sepenuhnya mama akan buka seluar Anaqi bagi dia pakai baju ja. Senang nak kencing tak lah terkial-kial anak nak buka seluar slow-slow kan. Nanti lambat terkecing stress pulak anak. Pesan siap-siap kalau nak kencing jerit panggil mama kuat-kuat. Kena alert taw. Bahaya bagi anak masuk toilet sorang-sorang. Takut benda tak diigini berlaku.
Penat memang penat sementara anak nak betul-betul pandai. Kena banyak bersabar. Nak start umur berapa pun takpa tak kisah cepat atau lambat, asalkan anak dah ready. Good luck untuk mama-mama semua. Semoga kita dapat bagi yang terbaik untuk anak-anak kita.
Terima kasih Anaqi selalu memudahkan mama dan abah. Sayang Anaqi sangat-sangat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita. Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Perkongsian dari seorang bapa, Mohd Fhais ini mengenai rezeki yang tak pernah putus baginya walaupun pada awalnya dia sendiri rasa tak mampu.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas Annur Rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
9 amalan saya menjemput rezeki berbakti pada anak :
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
P/s : Tolong sampaikan pesanan ini pada ibu bapa lain ye supaya makin ramai ibu bapa yang tahu pentingnya tak berkira untuk anak isteri.
Gelagat anak bergambar di pagi raya memang mencabar emosi mak-mak. Susah nak dapatkan gambar yang ‘perfect’ bila ada anak kecil dan anak ramai. Itulah yang dialami oleh pasangan pelakon, Aeril dan Wawa Zainal.
Sama seperti ibu bapa lain, Wawa mengakui gambar raya kali ini tiada yang okay sehinggakan dia berseloroh untuk ‘tutup kilang’ kerana susah nak bergambar dengan anak-anak yang ramai dan pelbagai gelagat.
“Terpaling lambat upload gambar raya. Tak ada gambar yang ok. Terus rasa nak tutup kilang. Susah betul nak begambar anak 4”
Pasangan usahawan ini juga sempat mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada pengikutnya di instagram.
Tidak berputus asa dengan gambar hari raya pertama, Wawa masih lagi mencuba untuk gambar raya ke-2 namun hasilnya tetap sama.
“Mmmm raya ke dua sama je.. tak de perfect photo”
“Semalam sedapkan hati, tak apa la esok mesti ada gambar yang ok. Namun hampa dan kecewa. Attar nak menangis kepanasan .. tapi tempat uall panas tak? Merasa kan panas betul ye raya kali ni. On ac pon macam tak jalan”
Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat anak Wawa Zainal yang pelbagai ragamnya.
wnwathiq’s profile picture Pak nyer semua gmbr steady aje.. mak nyer mcm2 gaya dh.. semua mak2 struggle teruk amik gmbr 🤣🤣
ainasha_81’s profile picture Kann..Cerita dia mmg yg plg kecik kena kepit mcm gambar last tu br boleh control sikit 😂😂
shahrizzat123’s profile picture presiden ok tak ok tu? 🤨
wnleana’s profile picture Yg no 3 tu..lg ditayang gigi dia 😂😂
Sejak kebelakangan ini banyak kes kemalangan jalan raya yang berlaku. Lebih menyedikan apabila anak kecil turut menjadi mangsa korban nahas jalan raya. Ada yang maut akibat tercampak keluar dari kereta dan ada yang maut akibat terkena hentaman airbag.
Seorang doktor tampil berkongsi cerita apabila dia berada dalam situasi cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak dua tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ikuti perkongsian ini.
Tujuan Untuk Memberi Kesedaran
Saya muatnaik gambar ini bukanlah bertujuan untuk nak membangga diri mahupun nak memberitahu seluruh dunia bahawa saya seorang yang baik dan suka membantu orang lain, tetapi, niat dan tujuan utama saya memuatnaik gambar dan penulisan ini adalah untuk memberi satu dua pengajaran khususnya kepada mana-mana pembaca yang mempunyai anak kecil.
Jika anda lihat, gambar yang saya muatnaik ini menunjukkan saya memegang sehelai kain yang berlumuran darah. Kain tersebut merupakan baju Melayu yang saya pakai dalam perjalanan untuk singgah ke kedai roti yang terletak di jalan utama sebelum ke masjid. Perjalanan saya terhenti apabila saya terlihat akan satu kemalangan yang baru sahaja berlaku yang melibatkan dua buah kenderaan.
Kemalangan itu tidaklah berlaku di depan mata saya, namun, saya rasa, kemalangan tersebut baru sahaja berlaku memandangkan tidak ada orang ramai lagi yang berkerumun di situ. Alah, seperti biasalah, orang kita ni kan semua mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. Pantang ada kemalangan, pasti akan ada ramai orang berkumpul ibarat pesta muda-mudi pula gamaknya.
Dua Buah Kereta Remuk
Saya terus berhentikan kereta di bahu jalan. Saya lihat, terdapat dua buah kereta yang remuk di dihadapannya. Melihatkan kedua-dua kereta tersebut bertentangan diantara satu sama lain, sudah tentu pelanggaran yang berlaku ini adalah secara head-on. Mungkin sebuah kereta terbabas, dan memasuki jalan bertentangan sehingga melanggar kereta yang satu lagi. Tanpa membuang masa, saya terus berlari merapati mangsa.
Dalam kereta pertama, ada seorang lelaki, lingkungan umur dalam 40-an. Dia boleh keluar sendiri daripada keretanya tanpa bantuan dan dapat lihat luka-luka kecil di bahagian mukanya. Kemungkinan besar adalah daripada serpihan kaca daripada cermin hadapan keretanya ketika pelanggaran terjadi. Kereta yang kedua pula, lebih teruk. Terdapat satu retakan pada cermin hadapan kereta tersebut belah tempat duduk penumpang. Kedua-dua lelaki dan wanita tu masih lagi duduk di dalam kereta tersebut, dan kelihatan kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. Disebabkan kereta tersebut model yang lama, maka, saya tidak dapat lihat mana-mana deployed airbag.
Ada Budak Kecil Atas Ribaan Ibunya, Ada Satu Luka Bergaris Panjang
Wanita tersebut menjerit-jerit meminta pertolongan. Saya buka pintu belah penumpang dan barulah saya sedar, terdapat seorang budak kecil di dalam kereta itu. Kakinya berada di atas riba ibunya dan kepalanya pula di atas dashboard kereta tersebut. Budak tersebut memang menangis dan berteriak dengan kuat. Saya perhatikan, terdapat satu luka bergaris panjang di atas kepalanya, daripada dahi sehingga ke belakang telinga kanannya. Lukanya mirip luka yang terpotong dengan pisau, atau terma perubatannya kita panggil sebagai laceration wound. Dengan segera saya buka baju melayu saya yang bewarna kelabu itu, dan saya tekan pada luka tersebut.
Hentikan Pendarahan Dengan Segera
Darahnya mengalir dengan sangat pantas. Untuk pengetahuan anda, bahagian kulit kepala kita ini mempunyai banyak salur darah. Mana-mana luka yang terjadi di situ akan mengakibatkan darah yang keluar ini sangat pantas. Daripada konsep dan pespektif perubatan kecemasan, tidak kira luka di mana sekalipun, perkara yang perlu dilakukan dengan segera adalah menghentikan pendarahan tersebut. Caranya adalah dengan menggunakan kain (kain kapas yang menyerap air lebih baik) dan menekup pada luka tersebut.
Kehilangan Darah Yang Banyak Boleh Menyebabkan Pelbagai Komplikasi
Untuk budak berumur lebih kurang 2 tahun itu, isipadu darah yang berada dalam badan mereka jauh lebih sedikit daripada darah orang dewasa. Kehilangan darah berterusan boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ utamanya seperti jantung, buah pinggang dan otak. Terminologi perubatan untuk keadaan ini dipanggil haemorrhagic shock dan kondisi ini amat berbahaya kerana boleh merosakkan organ-organ utama seperti kerosakan kekal pada otak dan mempunyai risiko kematian yang sangat tinggi.
Ibu kepada budak tersebut, yang cedera ringan terus menelefon 999 sementara saya cuba sedaya upaya untuk memastikan darah tidak terus-menerus keluar daripada luka tersebut. Saya rasa amat takut kerana budak lelaki tersebut sekejap sedar dan sekejap tidak sedar. Apabila dia sedar, dia membuka mata dan menangis, dan beberapa saat kemudian, dia badan dia menjadi lemah-longlai pula. Hal ini memang disebabkan oleh pendarahan tersebut dan memang saya buat sehabis baik untuk menekan bahagian luka tersebut.
15 minit kemudian, kedengaran ambulans sampai di tepi jalan. Seorang Medical Assistant (MA) menghampiri saya, dan saya terus bercakap dengannya
“Estimated 2 years old boy, deep laceration wound extending from the forehead to behind the right earlobe. I didn’t manage to do full primary yet because of the bleeding. Help me grab as many gauze as you can so that we can stop the bleeding together”
Apa yang saya maksudkan adalah mengenai luka dan kecederaan yang dialami. Primary survey bermaksud pemeriksaan daripada kepala ke kaki untuk mengesan mana-mana kecederaan yang lain. Memang tidak dinafikan, apa yang saya buat itu melangkau sahaja primary survey kerana tumpuan saya adalah pada bahagian yang mengalami pendarahan yang teruk. Saya tidak sempat nak periksa bahagian dada, abdomen, kaki, tangan dan lain-lain kerana saya terlalu risaukan pendarahan di kepala budak itu.
Saya bercakap dengan MA tersebut yang saya perlu alihkan kain yang saya gunakan kerana anda faham-faham sahajalah, kain baju melayu yang licin ni bukanlah kain yang terbaik untuk menyerap darah, namun, saya tiada pilihan lain semasa kejadian tersebut berlaku. Singlet yang saya pakai juga, kainnya jenis polyester, juga amat tidak berkesan kalau nak hentikan pendarahan. Jadi, mahu tak mahu, saya terpaksa alihkan kain baju melayu tersebut dan MA tersebut dengan pantas menekup bahagian luka tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca, anda seharusnya tidak mengalihkan kain yang anda pakai untuk menutup luka. Andai kata kain tersebut basah lencun dengan darah sekalipun, anda perlu meletakan selapis lagi kain diatasnya. Jika masih basah dengan darah, anda harus menambah lapisan demi lapisan sehinggalah darah tidak lagi kelihatan di atas kain tersebut. Cuma macam dalam kes saya, saya terpaksa alihkan kerana jenis kain yang saya gunakan amat tidak sesuai.
Akhirnya, selepas banyak lapis kain diletakkan, jarum pun sudah berjaya ditusuk di tangan budak tersebut dan diberikan air untuk menggantikan darah yang hilang buat sementara waktu sebelum dihantar ke hospital. Ibu kepada budak tersebut juga masuk ke dalam ambulans dan ikut sama. Kedua-dua lelaki yang berada di dalam kedua-dua buah kereta saya paksa ke hospital walapun mereka kata tak nak kerana mereka rasakan mereka okay. Kita tidak akan tahu sepenuhnya tahap kecederaan seseorang itu selagi pemeriksaan lengkap dan skan tidak dilakukan. Mujur ada hamba Allah yang baik hati dan menawarkan diri untuk menghantar mereka berdua ke hospital.
Kanak-Kanak Tersebut Tidak Duduk Di Dalam Car Seat
Apa sebenarnya yang berlaku ni? Apa yang menyebabkan budak tersebut cedera teruk tetapi ibu bapanya tidak? Jawapannya adalah pengabaian soal keselamatan. Saya tidak ingin memarahi atau mengutuk mangsa yang terlibat kerana saya pasti, saya sendiri pun kadangkala memandang remeh isu keselamatan ketika memandu. Kadangkala rasa malas nak pakai tali pinggang keledar kerana destinasi yang nak ditujui tu dekat sahaja. Kadangkala malas nak pakai helmet bila masuk ke jalan kampung dan lain-lain.
Kejadian seumpama ini adalah kerana sikap terlepas pandang ibu bapa mangsa berkenaan. Saya dapati, kedua-dua ibu dan ayah kepada mangsa memang memakai tali pinggang keledar. Malangnya, budak tersebut berada di atas pangkuan ibunya semasa pelanggaran terjadi. Memang ibunya meletakkan budak tersebut di atas ribanya ketika pelanggaran terjadi.
Budak Tercampak Ke Depan
Sudah tentu daya momentum yang terjadi apabila pelanggaran head-on ini akan menyebabkan budak tersebut tercampak ke hadapan, dan kepalanya terhentak pada cermin hadapan dengan begitu kuat sehingga berlakunya luka yang agak besar. Izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu di sini andai kata penulisan saya ini terlalu kasar dan berterus terang.
Banyak Kejadian Bayi Tercampak
Apa yang berlaku pada mangsa dalam kejadian tersebut sebenarnya dikira bernasib baik kerana mengikut pengalaman saya, saya pernah lihat bayi berusia tak sampai setahun tercampak keluar daripada kereta apabila kereta tersebut mula bergolek-golek selepas pelanggaran berlaku. Anda bayangkan sahajalah bayi yang tercampak dan melambung keluar daripada kereta pada ketinggian beberapa meter dari atas jalanraya. Daya graviti memang sudgh cukup kuat mengakibatkan kematian apaila mangsa terhempas di atas jalanraya daripada ketinggian tersebut.
Saya akui, saya tidak ada anak dan tidak berapa pasti ragam anak-anak kecil ini. Akan tetapi, saya mempunyai adik-beradik yang mempunyai anak. Saya sendiri kadangkala berasa amat kasihan apabila anak saudara saya diletakkan di dalam carseat di belakang menangis. Mereka menangis, melalak dan kadangkala menjerit-jerit apabila dipasang dengan strap dan diletakkan di belakang kereta di dalam carseat. Ibu mana yang tak kesiankan anak mereka. Ayah mana yang sanggup nak mendengar tangisan anak-anak mereka di dalam kereta.
Akhirnya, mereka mengalah. Mereka mengambil anak mereka itu, dan diletakkan di atas riba. Diusap-usap, dicium-cium dan ditimang-timang supaya anak mereka tidak lagi menangis. Namun, saya tertarik dengan komen beberapa orang semasa saya meletakkan entri ini di Facebook saya. Katanya, lebih baik menahan telinga mendengar anak menangis daripada ibu bapa yang menangis tanpa henti apabila tragedi berlaku. Saya tidak mendoakan atau menyatakan tragedi akan berlaku kepada anda, tidak.
Saya tidak mengatakan pembelian carseat akan boleh melewatkan atau mencegah ajal. Tidak!. Cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah andai kata tragedi tersebut berlaku (nauzubillah), adakah anda sudahpun buat yang terbaik untuk anak anda? Saya teringat kata-kata seorang pesakit semasa saya bekerja di hospital dulu, iaitu pesakit psikiatri yang kehilangan anaknya yang baru berumur 3 tahun akibat kemalangan, dan jawapan yang dia berikan kepada doktor pakar psikiatri saya rasa amat baik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Apabila ditanya oleh doktor pakar mengenai bagaimanakah dia boleh cope dengan keadaan yang terjadi beberapa minggu sebelum itu, dia menjawab
“Perkara yang boleh buatkan saya reda dengan pemergian anak saya adalah saya tahu, saya dah buat yang terbaik daripada segi pencegahan terhadap kemalangan tersebut. Ajalnya sudah tiba dan memang amat sakit (emosi) pada awalnya, namun, saya terima dan boleh bertahan hanya kerana seperti yang saya katakan, saya sudah buat yang terbaik untuk keselamatan dia dan saya tahu, saya tiada kuasa untuk melawan takdir”
Sebelum saya akhiri artikel ini, saya ingin menyatakan di sini satu lagi informasi yang telah dikongsikan oleh pembaca-pembaca semua iaitu mengenai soalan, adakah selamat jika kita letakkan budak di atas riba kita, kemudian kita pakaikan tali pinggang keledar sekali bersama dengan kita? Jawapannya tidak selamat. Gabungan momentum ke hadapan, bersama letusan airbag yang memberikan daya tolakan ke belakang apabila kemalangan berlaku sudah cukup kuat untuk memberi kecederaan dalaman kepada kanak-kanak akibat dihimpit di tengah-tengah.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Andai kata artikel ini terlalu panjang, saya mohon kemaafan. Saya berharap agar anda dapat mengambil pengajaran dan isi yang baik daripada kejadian yang saya lalui ini. Saya tidak tahu kesudahan kepada kes ini, namun, marilah kita berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan mereka. Terima kasih kerana sudi membaca.
**Penerbitan Artikel Ini Telah Mendapat Kebenaran Daripada Dr. Onn Azli Bin Puade**
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.