Anggota kumpulan Drama Band, Daus atau nama sebenarnya, Mohd Nor Firdaus Abu Bakar, 30, meminta semua pihak agar mendoakan anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.
Nuha yang baru sahaja dilahirkan pada 11 April lalu mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.
“Semasa Nuha dilahirkan, dia seorang bayi yang sihat dan memang tidak menghidap sebarang penyakit. Nuha juga tidak mengalami demam kuning.
“Selepas dua bulan, pada 16 Jun lalu, Nuha tiba-tiba diserang demam, batuk dan selsema.
“Nuha semakin lemah hingga mula batuk teruk dan sesak nafas sehingga dikejarkan ke Hospital Serdang pada jam 6.30 pagi dan dia terus dirawat di zon kritikal,” katanya kepada Gempak.
Ads
Tambah Daus, selepas itu, Nuha terpaksa menggunakan tiub oksigen untuk membantu pernafasan.
“Dia terlalu penat dan tak mampu bernafas sendiri dengan baik sehingga terpaksa menggunakan tiub oksigen.
“Pada 4.30 petang, Nuha dipindahkan ke wad ICU dan doktor telah mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam paru-paru.
Ads
“Jangkitan itu membuatkan paru-paru Nuha tertutup dan oksigen tidak sampai ke paru-paru. Sehingga sekarang, Nuha masih di ICU dan membantu bantuan oksigen untuk bernafas oksigen.
“Saya bersama isteri bertabah menghadapi ujian ini dan kami berharap Nuha segera disembuhkan.
“Saya juga meminta peminat dan semua pihak agar mendoakan anak kedua kami cepat sihat seperti selalu,” katanya lagi.
Daus yang merupakan bassist Drama Band turut berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram dan rata-rata peminat serta rakan artis mendoakan agar Nuha kuat melawan penyakitnya.
Daus mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta, Nurul Aswani Zain, 30, pada 15 Mei 2015 dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak, Muhammad Na’im Irfan yang kini berusia tiga tahun.
Ibu yang pernah melahiran anak secara caesar sebenarnya masih boleh melahirkan anak seterusnya secara normal dengan syarat berbincang dengan doktor. Doktor O&G ini terangkan satu per satu tentang kebaikan dan keburukan dari caesar kepada kelahiran secara normal.
Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”
Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor
Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS )
Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya. Dalam menentukan pilihan mana yg SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni:
-Kenapa buat caesar yg terdahulunya?
-Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu?
–Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang?
-Jenis potongan dibuat pada rahim?
-Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya?
-Kandungan skang ni ada masalah atau apa apa komplikasi
-Brapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dgn setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.
Saya perlukan intraoperative notes ( apa yang berlaku masa caesar itu ) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti.
Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yg melakukan pembedahan tersebut.
Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal, dan tak terlalu lewat.
Lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dgn kehamilan yg tidak bermasalah BOLEH bersalin normal
Apa faktor-faktor yg meninggikan kejayaan bersalin normal?
-Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita) -Sakit bersalin tu datang secara semulajadi -BMI ibu kurang 30
Kelebihan bersalin secara normal lepas 1 pembedahan caesar
-Komplikasi dibandingkan dgn caesar sgt KURANG
-Peratusan kejayaan utk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
-Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah -Duduk hospital pun sekejap je -Senang nak mulakan breastfeeding Risiko-risiko operation dapat dielakkan;
-Baby kurang risiko dapat masalah pernafasan
Keburukan bersalin Normal lepas ada 1 pembedahan caesar
-Mungkin kena emergency caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan caesar yg dilakukan secara kecemasan membawa risiko yg lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yg dirancang.
-Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yg menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
-Mungkin ada koyakkan bersalin yang teruk pada vagina
KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar
-Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean –Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya –Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim ( classical lscs )
–Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal
Kelebihan bersalin secara ERCS;
-Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000
-Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yg dipilih ini.
Keburukkan bersalin secara ERCS;
-Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan caesar yg pernah buat sebelum ni.
-Jangkitan kuman -Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism -Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah -Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy mmg akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim ( placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yg dilakukan lagi tinggi risikonya.
-Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100
-Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yg lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yg lahir secara normal.
Kalau bayi yg lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.
Maka da jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu anda sendiri.
Sakit, susah, keliru, mengantuk, penat & lapar. Para suami bantulah isteri selepas bersalin untuk elak perkara tidak diiingini.
Menurut Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, pensyarah & pendakwah, beliau berpendapat wanita/ isteri dalam tempoh selepas bersalin wajar untuk diberikan bantuan & perhatian.
Umum mengetahui kesakitan, keletihan, rasa mengantuk, rasa lapar dan kesusahan yang ditanggung isteri dalam tempoh lama boleh mengakibatkan pelbagai perkara buruk seperti meroyan, tekanan perasaan dan depresi.
Berikut ialah perkongsian beliau,
Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra Syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.
Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).
TANGGUNGJAWAB PERLU DIKONGSI
Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.
BADAN LEMAH PERLUKAN REHAT
Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari.
Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula?
Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.
DIPERLI & DISINDIR
Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat.
Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh.
Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.
DAMBAKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.
Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok sehingga 31 Mac 2020. Semua tadika, taska, sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup sepenuhnya.
Malah premis kerajaan dan juga swasta turut ditutup bagi membendung penularan pandemik covid-19 yang semakin hari semakin meruncing di seluruh dunia. Sehingga semalam 16 Mac 2020 Malaysia telah mencatatkan sebanyak 553 kes positif dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Waktu dua minggu yang ada ini boleh digunakan oleh ibu dan ayah untuk meluangkan masa bersama anak-anak sebaiknya. Rancang aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan bersama supaya anak-anak tidak bosan sepanjang dua minggu berada di rumah.
Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah membuat eksperimen yang menarik seperti yang dilakukan oleh Kevin Zahri dan anak-anaknya ini. Seperti yang kita sedia maklum salah satu langkah pencegahan dan mengurangkan risiko penularan virus covid-19 adalah sentiasa memastikan tangan berada dalam keadaan bersih.
Kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun selain menggunakan hand sanitizer amatlah digalakkan pada masa sekarang. Tapi biasalah anak-anak kalau tak disuruh liat nak membasuh tangan.
Eksperimen yang dibuat oleh Kevin dan anak-anaknya Rafael dan Mikaela untuk menunjukkan kepada kanak-kanak keberkesanan membasuh tangan menggunakan sabun untuk melawan kuman.
Dalam video tersebut Kevin menggunakan barang-barang yang ada di rumah untuk eksperimen tersebut. Antaranya bekas yang berisi air kosong, serbuk lada hitam dan juga sabun basuh tangan.
Mikaela dan Rafael turut melibatkan diri dalam eksperimen tersebut dengan mencelupkan jari mereka ke dalam bekas yang dikatakan mempunyai kuman itu. Menurut Kevin eksperimen yang dibuat bagi menjelaskan kepada anak-anak kenapa mereka perlu membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.
Aktiviti-aktiviti sebegini memang bagus untuk dilakukan bersama si kecil di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengan menjaga kebersihan seperti ini semoga penularan virus dan juga kuman lain yang ada dapat dibendung. Stay safe everyone!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.