Menyedihkan. Itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi, hari ini.
Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, sebelum ini dilaporkan hilang ketika dijaga suami isteri, pertengahan bulan lalu, sebelum dia dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, mangsa ditemui selepas polis menahan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun di Ampang, Selangor, jam 4 petang semalam.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.
“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.
“Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.
Ads
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.
Ads
Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.
Sementara dalam laporan sebelum ini hasil soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit terbongkar sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.
Ads
Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.
“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.
“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” katanya.
Nota ditulis pada kadbod dan tergantung pada motosikal “Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak,” cukup menyentuh perasaan. Tambah lagi bila seorang ayah sanggup buat apa saja demi memastikan anak di rumah tidak berlapar dan cukup makan.
Menerusi perkongsian di Facebook Alin Taharin yang berkongsi kisah duka lelaki itu di media sosial miliknya, dia menjelaskan lelaki tersebut bukan untuk meminta tetapi dia berusaha untuk menjual bagi mendapatkan rezeki.
Sanggup jual tudung & berpanas untuk beli keperluan anak
Melalui status yang dimuat naik Alin Taharin itu dia menjelaskan terserempak dengan saudara itu di sebuah stesen minyak Petronas Seberang Jaya.
“Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya. Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda,” katanya.
Jika dilihat melalui gambar tersebut, tudung yang nak dijual itu bukanlah banyak dan ramai yang beranggapan mungkin milik isterinya sendiri.
Bagaimanapun usaha dan kesungguhan seorang bapa untuk mendapatkan juga wang dalam sekarang ini yang agak terhad mencari rezeki wajar dipuji dan dibantu.
Mungkin dengan tularnya gambar ini, ia menjadi asbab untuk lelaki ini mendapat rezeki lebih walaupun dia bukanlah meminta diberi bantuan.
Dalam pada itu, perkongsian yang cukup menyentuh perasaan ini telah mendapat perhatian netizen apabila ramai sudi membantu lelaki berkenaan malah ada bertanyakan nombor akaun banknya.
Sekiranya ada maklumat lengkap lagi mudah untuk disalurkan bantuan secara terus. Mana tahu rezeki yang kita kongsikan ini boleh memberi kegembiraan buat ahli keluarganya. Doalah yang baik-baik agar urusan bapa ini dipermudahkan dan dapat dibantu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengumumkan pakej bantuan khas kepada rakyat. Pakej bantuan terbaru yang akan diumumkan, tertumpu kepada usaha untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar dalam mendepani impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
PM telah mengumumkan Pakej baharu iaitu Pakej Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak 15 Billion Ringgit untuk menambahbaik ekonomi rakyat.
Selain itu, PM turut mengumumkan pemberian Program Bakul Makanan (RM100/Setiap bakul) bagi yang layak.
Selain itu, Moratorium & Pengurangan Ansuran Pinjaman diteruskan bagi yang layak.
Berita penuh akan menyusul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan, atas rasa simpati, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang mana dia bersyukur diberi kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun keadaan diri yang tengah sarat hamil 7 bulan.
Ernie turut ditemani suaminya, Syamel dan beberapa pihak lain lagi pergi ke beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
“Terima kasih kerana izinkan saya ikut kamu, shurami! Pengalaman naik lori semalam best sampai bayi dalam perut pun bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” tulis Ernie.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pasangan itu telah menyediakan makan malam untuk 300 orang, bekalan keperluan dan makanan kering untuk mangsa banjir.
Ernie juga turut luahkan rasa sedih dengan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan tanpa dijangka sama sekali dan mendoakan agar semua mangsa terus reda dan dipermudahkan urusan.
Kredit: IG Ernie Zakri
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.